Memohon Pakej Haji

Apabila seseorang telah bertekad menunaikan ibadat rukun Haji, dia berdoa semoga dipermudahkan Allah segala urusannya. Jika ditakdir di sampai jua akhirnya di Tanah Suci, sebenarnya telah tercatit di Luh Mahfuz sebegitu. Disebut didalam kitab, apabila Nabi Ibrahim as menyeru manusia untuk datang ke Kaabah mengerjakan Haji, ruh-ruh menjawab “Labbaik …”, ertinya “Saya datang…”. Jika ruh seseorang itu menjawab sekali, maka dia nanti akan ke Mekah sekali seumur hidupnya. Jika dua kami maka dua kali di ke Tanah Suci, dan begitulah seterusnya. 

Memohon Pakej Haji adalah seperti berikut :

1- Hubungi pejabat kami di talian 06 – 764 4494 (Haji Azhar 016 – 696 7770) atau 06 – 764 0040 (Puan Akhma 019 – 669 9620) dan daftarkan nama dan no tel anak, isteri dan sesiapa yang akan pergi bersama. (Mendaftar bersama adalah penting untuk mendapat Kod Haji Tabung Haji yang sama agar dapat pergi bersama nanti). Pendaftaran berjalan sepanjang tahun.

2- Isi Borang TH-SW/07 (Borang Pakej Tabung Haji, TH-SWasta) sebanyak 2 salinan dengan membayar Deposit RM1000.00. Pihak pejabat akan membantu tuan puan membuat Surat Rayuan Naik Haji sekiranya perlu.

3- Tuan puan akan mendapat maklumbalas dari pihak kami dari masa ke semasa. (Lesen Tahunan Pakej TH-SWasta dikurniakan secara tahunan. Oleh itu sebaik lesen diperolehi oleh pihak kami sekitar bulan April/Mei, proses pendaftaran akan dilakukan secara formal).

Itu sahaja. Dengan ini tuan puan telah didaftarkan untuk menunaikan Haji pada tahun tersebut.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers

%d bloggers like this: