Banyak Allah Mudahkan Tahun Ini

Bagi Pengelola Jemaah Haji (PJH) seperti saya, melicinkan pergerakan dan aktiviti Jemaah Haji adalah salah satu keutamaan disamping berusaha mereka mencapai Haji yang Mabrur. Alhamdulillah, banyak pencapaian yang diperolehi pada tahun ini, seperti juga tahun-tahun sebelum ini. Diantaranya ialah :

(1) Bas yang membawa Jemaah Haji dari hotel di Mekah ke Arafah hanya memakan masa sekitar 2 jam, berbanding dengan ramai jemaah-jemaah lain kerana kesesakan jalan-jalan utama Mekah – Arafah.

(2) Khemah di Arafah berdekatan dengan Pintu Masuk/Keluar Khemah. Oleh itu semasa menunggu bas, Jemaah Haji Mitra Kembara tak perlu meninggalkan khemah dan duduk ditepi jalan berjam-jam.

(3) Perjalanan kemuncak dari Arafah ke Muzdalifah hanya memakan masa sekitar 1 jam, seperti tahun lalu. Tahun lalu ada pakej haji yang memakan masa 30 jam! Bahkan ada jemaah yang meninggal dunia di dalam bas!

(4) Di padang terbuka Muzdalifah, Jemaah Haji dapat berehat sementara menunggu Tengah Malam (wajib) kemudian mengutip batu, bertolak jam 2.00 am ke Mina dan tiba di Mina jam 4.00 am untuk bersiap solat Subuh (5.20 am). Berbanding dengan Syarikat Zahafiz yang mempunyai lebih 2000 orang jemaah terpaksa tinggal di Muzdalifah menunggu bas sehingga jam 12 tengahari! berbumbung matahari yang panas terik! Apabila matahari semakin terik di padang terbuka Muzdalfah, sambil menunggu bas sehingga sekitar jam 9.00 am, Syarikat Rayhar (1200 jemaah) mengambil keputusan untuk berjalan kaki 3 kilometer ke khemah Mina, sebelum pancaran matahari semakin terik.

(5) Cuaca tidak terlalu sejuk berbanding Musim Haji 1427H tahun lalu (2006M). Malam terakhir di Mina (Malam Ke 03) cuaca agak sejuk, namun Jemaah Mitra Kembara telah bersedia dengan selimut tebal yang dibawa. alhamdulillah.

(6) Khemah yang disediakan di Mina adalah mencukupi dan boleh memuatkan dengan selesa Jemaah Mitra Kembara, berbanding sesetengah syarikat dimana jemaahnya terpaksa membentang tikar dan tidur di luar khemah kerana ruangan dalam khemah yang tidak mencukupi. Kekadang ruangan mencukupi tetapi ia menjadi sempit kerana kehadiran tilam-tilam yang dibawa dari luar atau sikap sesetengah jemaah yang mengambil ruang lebih untuk dirinya.

Demikian sedikit catitan perjalanan ibadah Haji fasa Arafah-Muzdalifah-Mina yang banyak dimudahkan Allah swt. Semoga Jemaah mendapat Haji yang Mabrur. Amin.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 81 other followers

%d bloggers like this: