Tawaran Pakej Umrah+EgyptTour 11Feb RM6750 (+Istanbul,Turki Tour RM1990)

Rombongan Umrah+EgyptTour bersama Ustaz Halim (duduk tengah). Di belakang ialah Masjid & Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir.

Kini, HAJIUMRAH.COM menawarkan pakej Umrah+EgyptTour RM6750(*) berlepas pada 11 Feb 2012 dimana jemaah Umrah menziarahi Masjid Universiti Al-Azhar dan tempat-tempat menarik lain di Kaherah yang terkenal selama 3 malam, menziarahi Masjid Nabawi, Madinah Munawwarah sebanyak  3 malam dan di Masjidil Haram, Mekah Mukarramah sebanyak 6 malam.

(*) Tertakluk kepada bilangan minima yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan EgyptAir.

Aturcara program :

11 – 15 Feb 2012 : Egypt Tour

15 – 18 Feb 2012 : Ziarah Madinah

18 – 24 Feb 2012 : Umrah (Mekah) dan terus pulang ke Malaysia, ATAU

24 – 27 Feb 2012 : Istanbul Tour (optional) dan terus pulang ke Malaysia

Aturcara program adalah seperti berikut :

Hari 01 – Berlepas dari KLIA ke Kaherah, Mesir jam 10.00 pm.

Hari 02 – Pagi : Tiba Kaherah. Masuk hotel. Melawat Masjid dan maqam Imam Syafie, Kubu Salahuddin Al-Ayyubi, Masjid Sultan Hasan, masjid Imam Rifaie dll. Petang, berbuka di Masjid Universiti Al-Azhar yang bersejarah. Ia adalah universiti yang tertua di dunia.

Hari 03 – Melancung ke Kaherah atau Iskandariah, bergantung kepada situasi, keadaan dan juga perbincangan dengan jemaah Umrah.

Hari 04 – Melancung ke Piramid, The Spinx, Museum Mesir (Museum Firaun). Menyaksikan mumi-mumi purba termasuk mumi-mumi Firaun.

Hari 05-08 – Berlepas ke Jeddah. bertolak dan tiba di Madinah Al-Munawwarah. Ziarah sekitar Madinah.

Hari 08-14 – Di Mekah Mukarramah. Mengerjakan Umrah.

21 Mac 2012 – Tiba di KLIA.

Untuk Pendaftaran, sila hubungi :

Pejabat Urusan 06-764 4494 (pej) / 016-696 7770 (Haji Azhar) atau email ke pendaftaranhajiumrah@yahoo.com

Semoga mendapat Umrah yang mabrur.

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM 019-678 0000

.

.

.

.

Penerangan Am : Pakej UMRAH+EGYPT TOUR.

Diantara pakej yang paling diminati ialah Pakej Umrah Ziarah+Ziarah Mesir. Ringkasan aturcara Pakej ini adalah seperti berikut :

Hari 01 : Berlepas dari KLIA. Tiba di Cairo, Egypt. Ziarah Hari Pertama seperti Maqam dan Masjid Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie, Masjid dan Universiti Al-Azhar yang terkenal, seluruh dunia Islam, Masjid Sultan Hasan, Masjid Imam Rifaie dan lain-lain kesan peninggalan Islam.

Hari 02-03 : Ziarah Iskandariah (Alexandria) termasuk Kubu Salahuddin Al-Ayyubi di Laut Medditerranean, Masjid Abbas Al-Mursy, bandar Iskandariah dan lain-lain. Ziarah Ancient Cairo (Kaherah Kuno) seperti Piramid, Museum Firaun, Sungai Nil dan sebagainya.

Hari 04-06 : Ziarah Madinah Al-Munawwarah.

Hari 07-13 : Umrah dan ziarah di Mekah. Berlepas pulang ke Malaysia.

Hari 14 : Tiba KLIA.

(Aturcara tertakluk kepada perubahan).

Setelah 8 jam berlepas dari KLIA (tengah malam), rombongan Umrah+EgyptTour tiba di Cairo International Airport pada waktu pagi. Bas siap untuk ke tempat penginapan.

Di hadapan Masjid Imam Syafie. Di dalamnya terdapat maqam Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie yang dianuti oleh kebanyakan orang Melayu.

Di maqam Imam Syafie. Ustaz Halim sedang memberikan penerangan mengenai riwayat hidup Imam Syafie dan kelebihan yang ada pada beliau.

Rombongan di hadapan Masjid Sayyidina Hussein, cucu Rasulullah saw yang terletak bertentangan dengan Universiti Al-Azhar.

Rombongan di Universiti Al-Azhar (kelihatan di belakang). Ia adalah universiti yang tertua di dunia yang yang termasyhur di Dunia Islam dalam bidang pengajian Islam seperti Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Kelihatan Ustaz Halim, graduan universiti berkenaan, duduk di hadapan tengah.

Rombongan dibawa masuk ke dalam Universiti Al-Azhar melalui pintu utama (kelihatan di belakang).

Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Bazaar Khan Khalily yang terkenal di Cairo, tempat membeli souveniers bagi para pelancung. Dikatakan ia adalah salah satu bazaar yang terbesar di dunia.

Masjid Imam Ar-Rifaie.

Masjid Sultan Hasan.

Masjid Sultan Muhammad Ali di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi.

Rombongan dibawa menziarahi Masjid Sultan Muhammad Ali, yang terletak di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi (Citadel) di Kaherah. Rekabentuk masjid tersebut hampir menyamai Masjid Biru di Istanbul kerana ia dibina dizaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki.

Sebahagian rombongan berfoto di ruang solat utama di dalam Masjid Sultan Muhammad Ali.

Di dalam Masjid Amru Al-As. Ini adalah masjid yang pertama di bumi Mesir, didirikan oleh sahabat Nabi saw bernama Amru bin Al-As yang memimpin jihad membuka Mesir dizaman Khalifah Umar Al-Khattab ra.

Rombongan berfoto di Sungai Nil, sungai paling bersejarah dan paling panjang di dunia (melebihi 4000 batu).

Berfoto di Piramid, Cairo, salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia.

Berfoto di hadapan The Spinx yang kelihatan di belakang, terletak diantara rombongan dan Piramid.

Rombongan menziarahi Museum Firaun, di tengah-tengah kota Kaherah (Cairo). Di dalamnya terdapat banyak firaun (raja) termasuk Firaun Ramses II yang menentang Nabi Musa as.

Salah satu dari mami. Proses pengawetan jenazah dilakukan dengan penuh teliti sehingga ke peringkat ia dibalut menyebabkan jenazah itu kekal sejak ribuan tahun lalu hingga sekarang. Seelah dibalut, topeng diletakkan di wajah jenazah. Jenazah orang biasa diletakkan topeng biasa, manakala jenazah raja diletakkan topeng yang dibuat dari emas padu seperti topeng mami Raja Tutankhamon.

Setelah beberapa hari melancung di Mesir, rombongan berlepas ke Tanah Suci untuk menziarahi Rasulullah saw di Madinah dan mengerjakan Umrah di Mekah.

About these ads

3 Respons

  1. Assalam Ustaz,

    Saya jemaah Haji dalam kumpulan Ustaz pada tahun 2008.

    Kami anak beranak serta adik-adik (antara 11 – 13 orang) berhasrat untuk buat umrah tahun ini. Tapi kami berhajat untuk buat pada bulan November atau Disember 2012 ini (lebih kurang 40 hari lepas musim haji tahun ini).

    Apakah Ustaz ada rancangan untuk kelolakan pada waktu itu?

    Terima kasih dan wassalam.

    Abdul Rahman Hitam
    .

  2. salam Ust. Kami semua mendoakan ust cepat sembuh kat hosp seremban tu.

  3. Assalamualaikum Ustaz,

    Pada tahun ini kami sekeluarga seramai 18 org (13 dewasa + 5 kanak2) ingin menunaikan umrah+egypt tour. Adakah ustaz dapat memberikan harga pakej berkumpulan yg terbaik & tarikh cadangan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 81 other followers

%d bloggers like this: