1 Cara Ibadah HAJI

kaabah-1880m.jpg 

 Kaabah pada tahun 1880M

1)      NIAT HAJI 

1.1)      PERSEDIAAN BERNIAT

  1. Mengerat kuku.
  2. Menanggal bulu.
  3. Mandi.
  4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
  5. Memakai pakaian putih.
  6. Solat sunat ihram

 1.2)      MIQAT HAJI

a)                   Miqat Zamani  ialah    Bulan-bulan Haji (Syawal, Zulkaedah & awal Zulhijjah).

b)                  Miqat Makani

·         Bagi Penduduk Mekah adalah di Tanah Haram.

·         Bagi Penduduk Jauh ( Afaq / أفاق ) ialah :Qarnul Manazil – jika datang dari arah Timur seperti Malaysia, Teluk Parsi dll.Bi’r Ali (Zulhulaifah) – jika datang dari arah Madinah dan utaranya. 

1.3)      NIAT HAJIنَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ  ِللهِ تَعَالَىْ“Sengaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram kerananya kerana Allah Taala”. 

1.4)      TALBIYAHSunat bertalbiyah selepas berniat Umrah sehinggalah seseorang itu hendak memulakan Tawaf Umrah. Lafaz Talbiyah berbunyi :لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,  لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ ,  إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ ,  لاَ شَرِيْكَ لَكَ . 

1.5)      PANTANG LARANG IHRAM

  1. Menutup kepala (lelaki).
  2. Pakaian bersarung (lelaki).
  3. Menutup muka (wanita).
  4. Memakai sarung tangan.
  5. Memakai bau-bauan.
  6.  Memakai minyak rambut.
  7. Menanggalkan bulu.
  8. Mengerat kuku.
  9. Memotong pokok Tanah Haram.
  10. Membunuh binatang buruan yang halal dimakan di Tanah Haram atau Tanah Halal.
  11. Bersetubuh.
  12. Pendahuluan persetubuhan.
  13. Akad nikah.

  Setibanya di Mekah, seorang yang mengerjakan Haji akan berTawaf Qudum. 

tawaf.jpg 

2)      TAWAF QUDUM (Ifrad& Qiran sahaja) 

2.1)      Syarat-syarat Tawaf

  1. Niat Tawaf Qudum
  2. Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
  3. Suci badan, pakaian dan tempat.
  4. Menutup aurat seperti dalam solat.
  5. Mula tawaf di sudut Hajar Aswad.
  6. Kaabah sentiasa di sebelah kiri.
  7. Bertujuan Tawaf.
  8. Cukup 7 keliling dengan yakin.
  9. Tawaf di dalam Masjid dan di luar Kaabah..

 2.3)      Sunat-sunat Tawaf

  1. Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
  2. Berittibak (buka bahu kanan bagi lelaki).
  3. Ramal / berlari-lari anak Pusng 1,2,3).
  4. Istilam Hajar Aswad & Rukun Yamani.
  5. Membaca zikir dan doa. (Lihat bab Doa).
  6. Berturut-turut 7 pusingan.
  7. Tawadhuk dan khusyuk.
  8. Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim.
  9. Berdoa di Multazam.
  10. Minum air Zam-zam sambil berdoa.

  3)      TARWIYAH (8hb) Sunat berada di Mina selama 5 waktu solat mulai Zuhur 8 hb hinggalah Subuh 9 hb.  

4)      WUQUF DI ARAFAH (9 hb) 

wuquf.jpg 

4.1)      Syarat-syarat Wuquf

  1. Berada di bumi Arafah, di sebelah dalam sempadannya.
  2. Berwuquf walau sedetik diantara masuk Zuhur 9 hb. hingga masuk subuh 10 hb. (Aidil Adha).

 4.2)      Sunat-sunat Wuquf

  1. Suci dari hadas kecil dan hadas besar.
  2. Berkhutbah.
  3. Membaca Al-Quran.
  4. Bertalbiyah.
  5. Beristighfar dan berdoa.
  6. Berada di Arafah pada sebahagian hari 9 hb. dan sebahagian 9 hb. malam 10 hb.
  7. Berada di kaki-kaki bukit Jabal Rahmah.
  8. Menghadap Kiblat.
  9. Khusyuk dan tawadhuk.

     5)      BERMALAM DI MUZDALIFAH 

mabit-muzdalifah.jpg 

5.1)      Syarat-syarat

  1. Berada di bumi Muzdalifah.
  2. Berada walau sedetik di antara tengah malam 9 hb. malam 10 hb. hingga masuk subuh 10 hb.

 5.2)      Sunat-sunat

  1. Suci dari hadas kecil dan besar.
  2. Berada di Muzdalifah sehingga subuh 10 hb.
  3. Mengutip anak-anak batu untuk melontar.
  4. Berdoa.
  5. Berada di Masyaril Haram.
  6. Bertalbiyah.
  7. Beristighfar dan berdoa.
  8. Menghadap Kiblat.
  9. Khusyuk dan tawadhuk.

  6)      MELONTAR AQABAH 10 hb. 

 melontar-jamrah.jpg

6.1)      Syarat-syarat Melontar Aqabah

  1. Melontar 7 biji batu pada setiap Jamrah.
  2. Tertib Hari iaitu lontaran 10 hb, kemudian 11, 12, 13 hb. mengikut tertib.
  3. Bertujuan melontar Jamrah.
  4. Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya.
  5. Batu jatuh ke dalam Jamrah dengan yakin.
  6. Melontar dengan gaya melontar.
  7. Melontar dengan tangan.
  8. Melontar untuk orang lain hanya setelah melontar untuk dirinya sendiri.

 Syarat Khusus Lontar Aqabah 10 hb.

  1. Melontar selepas Tengah Malam 9 hb malam 10 hb. dan tamat tempoh pada azan Maghrib petang 13 hb.

 6.2)      Sunat-sunat Melontar

  1. Melontar pada waktu Dhuha 10 hb bagi lelaki.
  2. Didahulukan wanita, kanak-kanak dan orang tua pada malam 10 hb ke Mina untuk melontar.
  3. Melontar dengan menjadikan Mina di sebelah kanan dan Mekah di sebelah kiri.
  4. Bertakbir pada setiap lontaran.

  7)      GUNTING HAJI

cukur.jpg 

7.1)      Syarat-syarat Gunting Haji

  1. Dilakukan setelah masuk Tengah Malam 9 hb malam 10 hb Zulhijjah.
  2. Menggugurkan rambut kepala sekurang-kurangnya 3 helai.

 7.2)      Sunat-sunat Gunting

  1. Bercukur bagi lelaki.
  2. Berdoa ketika bergunting. (Lihat bab Doa).
  3. Melalukan mata pisau di atas kepala jika seseorang tidak mempunyai rambut.

  8)      TAWAF HAJI        Masuk waktu Tawaf Haji ialah selepas Tengah           Malam 9 hb malam 10 hb Zulhijjah. 

 kaaba8s.jpg

8.1)      Syarat-syarat Tawaf       1.    Suci dari hadas besar dan hadas kecil.       2.      Suci badan, pakaian dan tempat.       3.      Menutup aurat seperti dalam solat.       4.      Mula tawaf di sudut Hajar Aswad.       5.      Kaabah sentiasa di sebelah kiri.       6.      Bertujuan Tawaf.       7.      Cukup 7 keliling dengan yakin.       8.      Tawaf di dalam Masjid dan di luar Kaabah. 

8.3)      Sunat-sunat Tawaf       1.      Berjalan kaki (kecuali jika uzur).       2.      Berittibak (buka bahu kanan bagi lelaki).       3.      Ramal / berlari-lari anak Pusng 1,2,3).       4.      Istilam Hajar Aswad & Rukun Yamani.       5.      Membaca zikir dan doa. (Lihat doa-doa di        6.      buku-buku Panduan Umrah).       7.      Berturut-turut 7 pusingan.       8.      Tawadhuk dan khusyuk.       9.      Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim.      10.    Berdoa di Multazam.       11.    Minum air Zam-zam sambil berdoa. 

9)      SAIE HAJI

saie-zaman-dulu.jpg 

9.1)      Syarat-syarat Saie

  1. Dilakukan selepas Tawaf Qudum atau Tawaf Haji (bagi yang tidak melakukan Tawaf Qudum).
  2. Mula di Bukit Safa.
  3. Cukup 7 perjalanan dengan yakin.
  4. Saie hingga sampai ke hujung.
  5. Saie di Batnul Wadi (landasan).
  6. Bertujuan Saie.

 9.2)      Sunat-sunat Saie

  1. Ke tempat Saie melalui Pintu Safa.
  2. Naik Bukit hingga sampai ke batu.
  3. Di bukit, menghadap Kiblat, angkat kedua-dua tangan dan bertakbir.
  4. Berlari-lari anak (bagi lelaki sahaja) di antara 2 tiang hijau sambil berdoa di bawah ini :

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ,  وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ ,  وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ ,  إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ

  1. Berturut-turut 7 perjalanan.
  2. Berwuduk.
  3. Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
  4. Berdoa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).

 10)           BERMALAM DI MINA 

mina-dulu.jpg

Berada di bumi Mina sekurang-kurangnya separuh malam (hampir 6 jam) pada :  

1.          10 hb malam 11 hb,   

2.          11 hb malam 12 hb, dan   

3.          12 hb malam 13 hb. (jika berNafar Thani).  

11)    MELONTAR JAMRAH ULA, WUSTA, AQABAH (11, 12, 13 hb.) 

lontar-jamrah.jpg 

11.1)   Syarat Khusus Lontaran 11, 12 dan 13 hb.

1.       Melontar selepas masuk Fajar hari tersebut (contoh :  Lontaran 11 hb. mula dengan azan Subuh 11 hb. Begitulah bagi 12 dan 13 hb.) dan lontaran bagi kesemua 11, 12 dan 13 hb. tamat tempohnya pada azan Maghrib petang 13 hb.

2.       Tertib Jamrah iaitu didahului dengan Jamrah Ula, kemudian Jamrah Wusta, kemudian Jamrah Aqabah.

3.       Tertib Hari iaitu didahului dengan lontaran 10 hb, kemudian 11, 12, 13 hb. mengikut tertib.

4.       Melontar untuk orang lain hanya setelah melontar ketiga-tiga Jamrah untuk dirinya sendiri. 

11.2)   Sunat-sunat Melontar

1.       Afdhal melontar selepas masuk Zuhur hari tersebut.

2.       Berdoa selepas melontar di Jamrah Ula dan Jamrah Wusta.

3.       Melontar dengan menjadikan Mina di sebelah kanan dan Mekah di sebelah kiri.

4.       Bertakbir pada setiap lontaran.  

12)    TAHALLUL AWAL & THANI 

12.1)   Tahallul Awal  Selesai mengerjakan 2 dari 3 perkara di bawah :

1.                   Melontar Jamrah Aqabah 10 hb.

2.                   Bergunting Haji.

3.                   Tawaf Haji dan Saie Haji. 

Selepas bertahallul awal, jemaah Haji terlepas 10 dari 13 pantang larang dalam Ihram. Tiga pantang larang yang masih berjalan ialah :

1.                   Bersetubuh.

2.                   Pendahuluan persetubuhan.

3.                   Akad nikah. 

12.2)   Tahallul Thani   Tahallul Thani (lepas pantang peringkat kedua) ialah apabila seseorang yang telah bertahallul awal melakukan perkara ketiga yang masih belum dilakukan. Dengan kata lain, dia telah selesai melakukan ketiga-tiga manasik Melontar Aqabah 10 hb, Bergunting Haji dan Tawaf & Saie Haji.  

13)    NAFAR AWAL & THANI 

13.1)   Nafar Awal   Jemaah Haji boleh memilih untuk tidak bermalam di Mina pada 12 hb malam 13 hb seterusnya tidak membuat Lontaran 13 hb. Mereka dinamakan Kumpulan Jemaah Haji Pertama atau “Nafar Awal”. Pilihan ini diharuskan sekiranya seseorang itu telah mencukupkan 4 syarat  iaitu :

1.                   Telah bermalam 2 malam di Mina (iaitu 10 hb malam 11 hb, dan 11 hb malam 12 hb).

2.                   Telah membuat Lontaran 10, 11 dan 12 hb.

3.                   Berniat Nafar Awal.

4.                   Meninggalkan bumi Mina sebelum azan Maghrib petang 12 hb. (Sekiranya masih berada di Mina selepas azan Maghrib maka wajib bermalam dan melontar 13 hb). 

13.2)   Nafar Thani  Jemaah Haji yang memilih untuk terus bermalam pada malam terakhir (12 hb malam 13 hb) di Mina seterusnya membuat Lontaran 13 hb pada keesokannya dinamakan Kumpulan Jemaah Haji Kedua atau “Nafar Thani”.   

TAMAT HAJI

kaabah-org-doa.jpg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 85 other followers

%d bloggers like this: