2 Kursus Haji

Bakal-bakal jemaah digalakkan membaca buku-buku berkenaan Haji disamping menghadiri kursus-kursus Haji seperti berikut :

(1) Kursus oleh Ketua Pembimbing & Rombongan.

Ini kebiasaannya dilakukan di masjid yang dipilih oleh bakal Ketua Rombongan anda. Sila dapatkan maklumat berkenaan dengan tarikh bermula kursus, masa, hari dan tempat samada dari beliau sendiri atau dari masyarakat sekeliling yang pernah menghadiri kursus beliau. Kebiasaannya Kursus Haji seperti ini bermula bulan Februari atau Mac, sebaik selepas Ketua Pembimbing pulang dari mengetuai rombongan Haji di Tanah Suci.

Contoh:

Kursus Haji Bersiri Ustaz Halim (Seremban) Mingguan bagi tahun 2008 diadakan setiap hari Sabtu, 2.00 – 4.00 pm di Masjid Jamek Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan bermula pada 3/5/2008. Kursus adalah percuma, walaubagaimanapun peserta digalakkan membuat kutipan sesama mereka untuk minum petang.

(2) Kursus Bersiri Tabung Haji Malaysia

Kursus ini bermula sekitar bulan April setiap tahun. Ia dijalankan secara mingguan dan bersiri selama 15 minggu. Bakal-bakal Jemaah Haji akan dimaklumkan oleh Tabung Haji mengenainya melalui surat.

(3) Kursus Intensif Tabung Haji

Kursus ini memakan masa selama 2 hari berturut-turut selepas tamatnya Kursus Bersiri. Ini lebih berbentuk kursus ulangkaji intensif disamping tempat untuk menyampaikan maklumat terkini berkenaan dengan urusan Haji pada tahun tersebut.

(4) Kursus Haji Perdana

Kursus ini adalah sebagai kursus penamat bagi bakal-bakal Jemaah Haji sebelum berlepas ke Tanah Suci. Latihan amali seperti Tawaf dan Saie dilakukan di padang dengan menggunakan model-model yang dibuat khas.

Tuan puan baka-bakal Jemaah Haji adalah digalakkan untuk mnghadiri kesemua kursus-kursus di atas demi kefahaman dan perlaksanaan ibadah Haji kita yang sempurna di Tanah Suci nanti.

24 Respons

  1. Asalamualaikum
    Ssaya menetap di UAE.Ingin menunaikan Haji tahun depan.Bilakah masa terdekat kursus Haji, dan bolehkah saya bertolak dari UAE dan bertemu di Jeddah menyertai kumpulan dr Malaysia.

  2. saya ingin dapat jadual bilakah kursus haji 2009 bermula iaitu sekitar kajang dan cheras. saya berhajat nak menyertainya.

  3. Assalamualaikum wbkt.

    Saya ingin mengikuti kursus haji pada hari Ahad. Dimanakah lokasi yang berdekatan dgn kaw. rumah saya? Saya tinggal di Kg. Baru, K.L. atau sekitar Lembah Klang.

    T kasih.

  4. Assalamualaikum,
    Bagaimana saya boleh mendapatkan jadual Kursus Bakal Haji 2009? Adakah kebanyakan kursus diadakan di masjid2? Perlukah saya mendaftar untuk menghadiri kursus tersebut atau adakah saya hanya boleh pergi ke tempat yang ditetapkan oleh Tabung Haji sahaja? Bgmana jika saya pergi dengan agensi persendirian (bkn dgn Tabung Haji), bolehkah saya meghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak Tabung Haji?

  5. Assalamualaikum.
    Musim haji 1429, ada ke jemaah dari kelantan dlm rombongan Ustaz?

  6. Saya telah terlepas kursus haji yang di jadualkan dari March 2009 ke Jun 2009 di kebanyakan tempat di KL. Saya ingin mendapat maklumat kalau ada kursus haji yang akan di jadualkan bermula dari Jun 2009. Sila hubungi saya di 019-3525449 atau sila beri maklumat lanjut untuk saya hubungi.

    Sekian, Terima Kasih

  7. bilakah tarikh kursus haji perdana bolehkah saya berniaga pakaian lelaki seperti jubah t shirt.seluar

  8. Assalamualaikum boleh saya dapatkan jadual kursus haji bagi tahun 2010? Saya akan insyaAllah menunaikan haji bersama ibu dan isteri tetapi ibu tinggal di Jerantut, Pahang. Adakah kursus haji wajib pergi bersama atau ibu saya boleh mengikutinya di Jerantut manakala saya dan isteri tinggal di Nilai Negeri Sembilan boleh mengikuti kursus di N. Sembilan.

  9. ustaz sy ingin bertanya. ada tak kursus umrah di sekitar kuala lumpur? insyaAllah, saya akan pergi ke umrah pada bln march… saya bekerja shift dan memerlukan tempat kursus yg berdekatan…….

  10. bolehkah saya menyemak keputusan rayuan untuk menunaikan haji tahun 2010 sekarang?

  11. asalammulaikum, saya dipilih stand by untok kemekah, sayangnya saya belum pernah prgi kekrusus haji. saya benar2 nak pegi dan suami tak ikut. apakah nasihat ustaz

  12. Salam..

    Ustaz,

    Suami saya telah berdaftar untuk pergi haji pada tahun ini. Beliau bercadang untuk membawa saya,ibu ,ayah dan 2 0rg jiran. Beliau telah berdaftar sekitar bulan Julai yang lalu. Soalan saya…adakah confirm kami boleh menunaikan haji dalam tahun ini juga? Saya begitu risau kerana ibu mertua saya begitu amat berharap dapat menunaikan haji dalam tahun ini setelah 2 tahun mengikuti kursus haji yan dianjurkan oleh Tabung Haji…kebetulan pula ayah mertua saya masih di dalam wad kerana jangkitan kuman pada paru-parunya. Soalan kedua….Bilakah trikh sebenr senarai nama akan dikeluarkan? Jika ditakdirkan nama ada dlm senarai ,saya perlu memohon cuti untuk mengerjakan haji daripada jabatan….

    Sekian, tk

    • Salam,

      Kami satu group 6 org memang telah mendaftar di bawah syarikat Ustaz pada hujung julai lalu..

  13. assalamualaikum Ustaz..

    Saya mewakili ibu bapa saya dalam bertanyakan mengenai proses mengerjakan haji.ada beberapa soalan yang perlu saya ajukan untuk mendapatkan kepastian.antaranya ialah:-

    1) Orang tua saya telah mendaftar di pej tabung haji cawangan Tawau Sabah pada 2006. 2 tahun kemudian,kami membuat surat rayuan mengerjakan haji. namun permohonan di tolak. adakah orang tua saya perlu membuat surat rayuan semula ke pej tbung haji?

    2) Semenjak 2006 sehingga kini,orang tua saya belum menerima No pendaftaran haji dan apa2 panggilan mengikuti kursus haji. adakah di sebabkan tiada No pendaftaran dan panggilan kursus berkenaan membuatkan permohonan mengerjakan haji di tolak bagi tahun2 yang sudah?

    3) Sekiranya saya membatalkan pendaftaran dengan pej tabung haji tersebut, Bagaimana cara mendaftar haji dengan pakej Ustaz di Sabah-dengan siapa kami perlu berurusan?

    3)

  14. assalamualaikum ust,,ana merupakan penerbit buku dr zulkifli al bakri,,menterjemahkan kitab taudih krgan imam nawawi,,dan kitab tersebut di sokong oleh lembaga tabung haji..jika ust berminat dan para2 jemaah berminat boleh emel kepada saya..terima kasih

  15. assalamualaikum Ustaz..

    Kursus Haji Bersiri Ustaz Halim (Seremban) Mingguan bagi tahun 2011 di Masjid Jamek Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan sudah bermulakah? Hari apa(sabtu atau ahad)? Waktu apa?

  16. sudah buat rayuan tapi masih x dapat menunaikan haji tahun ini, apakah kateteria yang perlu ada
    dan apakah syarat2nya.

  17. salam..saya afham dari ulu klang..saya ingin menawarkan i-talk kepada jemaah2 haji..i-talk memudahkan jemaah2 haji untuk berhubung dengan keluarga di malaysia kerana majoriti di semua hotel2 di mekah menyediakan telefon TM(telekom)..kadar cas serendah RM1 seminit berbanding dengan rooming lain2 perkhidmatan sehingga RM4 seminit..jika berminat boleh hubungi saya ditalian 0132322270 untuk mendapatkan i-talk dan juga komisyen dari setiap jualan i-talk dari saya..terima kasih

  18. Saya berhajat menunaikan haji dengan suami pada tahun 2013. Boleh kah saya mengikuti kursus haji tahun 2012 dan tempat sekitar Bangi. Saya tinggal di Bandar Baru Bangi, Selangor. Saya bercadang untuk mengambil pakej.

  19. as kum…. adakah kursus haji di Sungai Buluh untuk tahun 2013? maksud saya dekat bandar baru sg. buluh

  20. Assalamu alaikum w.b
    Ustaz ada mengendalikan kursus haji pada tahun 2013?,
    Jika ada bagaimana dengan jadualnya?
    Wassalam

  21. Assalamualaikum ustaz..saya dan suami telah buat surat rayuan utk menunaikan haji pada tahun ini (2014).saya ingin tahu bila kursus asas haji akan bermula di daerah port dickson?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 83 other followers

%d bloggers like this: