5 Kenangan Pakej Haji 2007M/1428H

Pakej Haji 2007 pada tahun ini mengandungi seramai 98 orang Jemaah Haji dan 2 orang Petugas (termasuk saya selaku Ketua Rombongan & Bimbingan). Hotel di Mekah ialah Hotel Asia Palace (20 meter) dan Hotel Burj Raid (30 meter) di kawasan Asy-Syamiah, Mekah. Harga Pakej Haji 2007 ialah RM15,850 (Bilik Berkumpulan) dan RM23,650 (Bilik Berpasangan).

Aturcara Pakej Haji 2007 adalah seperti berikut :

  1. Jemaah melapur diri di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor pada masa yang telah ditetapkan iaitu 2.30 am 7.12.2007 bagi Jemaah KT78, 10.30 pm 7.12.2007 bagi Jemaah KT80 dan 1.50 pm 12.12.2007 bagi Jemaah KT94. Timbangan bagasi, serahan pasport dan cenderahati akan dibuat di sana.
  2. Jemaah menaiki bas yang disediakan menuju ke KLIA. Perjalanan mengambil masa 1 jam.
  3. Di KLIA, Jemaah berehat, solat jika masuk waktu dan masuk ke pesawat setelah pengumuman dibuat.
  4. Selepas 6 jam di udara, Jemaah akan berniat Umrah (jika Tamattuk) atau Haji (jika Ifrad) dan berTalbiyah.
  5. Setiba di Lapanganterbang Jeddah, Jemaah akan menaiki bas Muassasah Saudi menuju ke Mekah.
  6. Di Mekah, setelah masuk bilik di hotel, Jemaah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan Tawaf, Umrah dan Bergunting (jika Umrah) masing-masing.
  7. Pada hari Selasa 18.12.2007, Jemaah akan bertolak ke Padang Arafah untuk berwuquf pada Rabu 19.12.2007, kemudian ke Muzdalifah pada Rabu malam Khamis 20.12.2007 untuk bermabit (bermalam), kemudian ke Mina.
  8. Di Mina, pada Khamis 20.12.2007 Jemaah akan melontar Jamrah Aqabah, bergunting lalu berTahallul Awal (Pertama), kemudian akan bermabit (bermalam) dan melontar Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah pada Jumaat 21.12.2007, Sabtu 22.12.2007 dan Ahad 23.12.2007.
  9. Jemaah akan pulang ke Mekah dan menyempurnakan Tawaf Haji dan Saie Haji, lalu berTahallul Thani (Kedua). Dengan ini ibadat Hajinya tamat. Semoga mendapat haji Mabrur.
  10. Bermula Ahad 30.12.2007 program-program Umrah dan Ziarah akan diatur hampir setiap hari seperti Umrah Tan’iem, Umrah Jakranah, Umrah Hudaibiah, ziarah maqam isteri-isteri Nabi saw, Khadijah dan Maimunah, Museum Mekah, masyarakat Melayu di Mekah dan sebagainya.
  11. Setelah Tawaf Wadak, Jemaah bertolak ke Madinah dan tiba selepas 6 jam perjalanan bas.
  12. Di Madinah, Jemaah akan dibawa menziarahi Maqam Rasulullah saw, Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Rawdhah (taman dari taman-taman Syurga (- Hadis), Uthman bin Affan, isteri-isteri dan anak-anak Nabi saw. serta lebih dari 40 tempat bersejarah. Setiap tempat akan diberikan penerangan terperinci beserta pengajarannya.
  13. Jemaah berpeluang solat di Masjid Qubak, Madinah bagi mendapat pahala satu Umrah seperti yang disebut dalam Hadis.
  14. Jemaah berlepas pulang ke Malaysia (KLIA) dari Lapanganterbang Madinah.
  15. Jemaah tiba di KLIA pada 19.1.2008 (KT78), 20.1.2008 (KT80) dan 13.1.2008 (KT94).

4 Respons

  1. SALAM
    SAYA SUAMI N ISTERI TELAH MENDAFTAR DGN TH TP TERLALU LEWAT TARIKH NYA.KLU SAYA MENDAFTAR KE SYARIKAT TUAN ADAKAH SAYA BOLEH PEGI PADA TAHUN NI (2009) DAN BERPA KAH KOS HAJI SEORANG. KONTAK NO SAYA: 012-9147655. TERIMA KASIH

  2. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya adan suami telah 4 kali menunaikan umrah tajaan anugerah syarikat dan juga persendirian. Soalan saya, apakah hukum orang yang menunaikan umrah, sedangkan dia masih belum menunaikan haji walaupun sudah berkemampuan.

  3. assalamualaikum ustaz,saya ingin bertanya adakah pakej rombongan untuk 4 orang.

  4. boleh tanya kos untuk menunaikan haji bagi 5org(2 lelaki, 3 perempuan) berapa kos pada tahun 2013?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 84 other followers

%d bloggers like this: