1 Cara Ibadah

UMRAH

Oleh : Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Abdullah B.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo), B.E. (Queensland), Ahli Muzakarah Kebangsaan Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia 1999, 2000M. Tel :  019 – 678 0000 (Malaysia),  +966 503 508 007 (Mekah/Madinah).

Seseorang yang melakukan Umrah mesti melakukan 5 perkara Rukun iaitu :

  1. Niat Umrah,
  2. Tawaf Umrah,
  3. Saie Umrah dan
  4. Gunting Umrah.
  5. (Tertib mengikut susunan di atas)

Ketika melakukan 4 rukun di atas, dia mesti melakukan 2 perkara Wajib iaitu :

  1. Berniat di Miqat dan
  2. Berpantang Larang.

Ini masjid di Bi’r Ali, salah sebuah tempat Miqat Umrah, tempat jemaah berniat Umrah jika datang dari arah Madinah atau utara, ke Mekah. Di sini jemaah bersiap-siap seperti memotong kuku dan bulu, mandi sunat Ihram, memakai bau-bauan, minyak wangi dan meminyakkan rambut.

Pemandangan di dalam Masjid Bi’r Ali. Selepas jemaah Umrah bersolat Sunat Ihram 2 rakaat, mereka terus berniat Umrah dan mula berpantang larang (berihram).

1)      NIAT UMRAH

1.1)      PERSEDIAAN BERNIAT

  1. Mengerat kuku.
  2. Menanggal bulu.
  3. Mandi.
  4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
  5. Memakai pakaian putih.
  6. Solat sunat ihram

1.2)      MIQAT UMRAH

a) Miqat Zamani (Masa) : Pada bila-bila masa.

b) Miqat Makani (Tempat) :

Bagi Penduduk Mekah adalah di Tanah Halal.·

Bagi Penduduk Jauh ( Afaq / أفاق ) ialah Qarnul Manazil – jika datang dari arah Timur seperti Malaysia, Teluk Parsi dll.· Bi’r Ali (Zulhulaifah) – jika datang dari arah Madinah dan utaranya.

1.3)      NIAT UMRAH

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا  ِللهِ تَعَالَىْ

“Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah Taala”.

1.4)      TALBIYAH

Sunat bertalbiyah selepas berniat Umrah sehinggalah seseorang itu hendak memulakan Tawaf Umrah.

Lafaz Talbiyah berbunyi :لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,  لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ ,  إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ ,  لاَ شَرِيْكَ لَكَ .

Setelah berniat Umrah di Miqat Bi’r Ali dan mula berpantang larang dalam Ihram, jemaah terus bergerak ke Mekah (450 km) dan memasukki Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf, Saie dan Gunting mengikut tertib. Foto : Jemaah kali pertama melihat Kaabah sebaik tiba di Mekah.

1.5)     PANTANG LARANG IHRAM

  1. Menutup kepala (lelaki).
  2. Pakaian bersarung (lelaki).
  3. Menutup muka (wanita).
  4. Memakai sarung tangan.
  5. Memakai bau-bauan.
  6. Memakai minyak rambut.
  7. Menanggalkan bulu.
  8. Mengerat kuku.
  9. Memotong pokok Tanah Haram.
  10. Membunuh binatang buruan yang halal dimakan di Tanah Haram atau Tanah Halal.
  11. Bersetubuh.
  12. Pendahuluan persetubuhan.
  13. Akad nikah.

Pantang larang di atas berkuatkuasa sebaik setelah berniat Umrah dan tamat sebaik setelah berTahallul.

Tawaf adalah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dengan memenuhi syarat-syaratnya.

2)      TAWAF  UMRAH

2.1)      Syarat-syarat Tawaf

  1. Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
  2. Suci badan, pakaian dan tempat.
  3. Menutup aurat seperti dalam solat.
  4. Mula tawaf di sudut Hajar Aswad.
  5. Kaabah sentiasa di sebelah kiri.
  6. Bertujuan Tawaf.
  7. Cukup 7 keliling dengan yakin.
  8. Tawaf di dalam Masjid dan di luar Kaabah..

2.3)      Sunat-sunat Tawaf

  1. Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
  2. Berittibak (buka bahu kanan bagi lelaki).
  3. Ramal / berlari-lari anak Pusng 1,2,3).
  4. Istilam Hajar Aswad & Rukun Yamani.
  5. Membaca zikir dan doa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
  6. Berturut-turut 7 pusingan.
  7. Tawadhuk dan khusyuk.
  8. Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim.
  9. Berdoa di Multazam.
  10. Minum air Zam-zam sambil berdoa.

Saie ialah berulangalik diantara Bukit Safa dan Bukit Marwa. Jarak antara kedua bukit tersebut ialah lebih kurang 400 meter. Foto : Kelihatan juga lampu hijau dimana jemaah lelaki sunat berlari anak diantara kedua lampu hijau tersebut.

Jemaah yang bersaie melepasi Bukit Marwa, dan sekarang menuju ke Bukit Safa pula.

3)      SAIE UMRAH

3.1)      Syarat-syarat Saie

  1. Dilakukan selepas Tawaf Umrah.
  2. Mula di Bukit Safa.
  3. Cukup 7 perjalanan dengan yakin.
  4. Saie hingga sampai ke hujung.
  5. Saie di Batnul Wadi (landasan).
  6. Bertujuan Saie.

3.2)      Sunat-sunat Saie

  1. Ke tempat Saie melalui Pintu Safa.
  2. Naik Bukit hingga sampai ke batu.
  3. Di bukit, menghadap Kiblat, angkat kedua-dua tangan dan bertakbir.
  4. Berlari-lari anak (bagi lelaki sahaja) di antara 2 tiang hijau sambil berdoa di bawah ini :

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ,  وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ ,  وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ ,  إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ

  1. Berturut-turut 7 perjalanan.
  2. Berwuduk.
  3. Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
  4. Berdoa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).

4)      GUNTING UMRAH

4.1)      Syarat-syarat Gunting Umrah

  1. Dilakukan setelah selesai Saie Umrah.
  2. Menggugurkan rambut kepala sekurang-kurangnya 3 helai (atau Melalukan mata pisau di atas kepala jika seseorang tidak mempunyai rambut).

4.2)      Sunat-sunat Gunting

  1. Bercukur bagi lelaki.
  2. Berdoa ketika bergunting. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).

TAHALLUL & TAMAT UMRAH

Setelah bergunting atau bercukur, sempurnalah Umrah yang dilakukan dan sekaligus tamatlah ihram atau pantang larangnya (Tahallul).

DOA-DOA

Doa-doa ketika bertawaf, bersaie dan bergunting terdapat di dalam buku-buku panduan Haji dan Umrah dalam pasaran.

Sekian, semoga mendapat Umrah yang mabrur.

Ustaz Halim


41 Respons

  1. Assalammualaikum..

    Saya yanti dari Johor Bahru, saya ingin mendapatkan doa safar yang dibaca sebelum berangkatnya jemaah ke tanah suci. kalau boleh saya ingin doa ini berserta terjemaahnya sekali.

    yang benar,
    yanti

  2. Allahumma inna nas aluka fi safarina haza albirra wattaqwa (Ya Allah, kami memohon di dalam musafir kami ini kebajikan dan ketaqwaan).

    Allahumma na’uzubika min wa’thaa issafar, wa kaabatil manzar, wa suu ilmuqalab fil maali wal ahl (Ya Allah, kami mohon dijauhkan dalam musafir kami ini kepayahan, pemandangan yang buruk dan kesudahan yang tidak baik dalam harta, keluarga dan anak-anak).

  3. askum.. sy adira dari terengganu.. sy ingin mengerjakan umrah pda bulan julai nanti.. boleh ustaz terangkan perkara wajib umrah.. apa yng perlu kita buat.. apa doa sebelum kita berangkat…

  4. Jika ini Umrah yang pertama, eloklah menghadiri kursus dimana sahaja dan anjuran siapa sahaja di tempat yang berdekatan. Dalam Umrah, juga Haji, istilah “Wajib” dan “Rukun” ada implikasinya yang tersendiri. Yang lebih penting ialah Rukun, tetapi Wajib juga mustahak. Rukun ada 5 (Niat, Tawaf, Saie, Gunting dan Tertib). Wajib ada 2 (Miqat, Pantang Larang Ihram). Semua bentuk doa sebelum, semasa Umrah adalah sunat belaka.

  5. salam, InsyaAllah saya akan mengerjakan ibadah Umrah minggu depan (14.07.08). Saya telah menghadiri kursus yg tlah dianjurkan oleh Tabung Haji. Saya kurang jelas dgn zikir@doa yg perlu dibaca ketika saie & tawaf. Penceramah TH kata boleh baca doa@zikir pendek tapi tdk jelas. Boleh ustaz berikan doa@zikir pendek yg perlu dibaca ketika tawaf & saei.

  6. asalamualaikum ustaz, insyaallah saya akan menunaikan umrah, saya mendapat tahu ada doa untuk dibaca untuk menangguhkan kedatangan haid. boleh tak ustaz berikan doa berkenaan

  7. Asalamualaikum Ustaz,
    Saya seorang peramugari, punya penerbangan ke Saudi , punya 3 hari penuh di Jeddah dan bercadang beramai-ramai ke Mekkah,InsyaAllah. Bolehkah saya mengerjakan umrah dalam keadaan trip kerja seperti ini? adakah niat umrah boleh dipasang di hotel (jeddah) sebelum turun ke Mkkah?perlukan petunjuk.. ini pertama kali saya berpeluang begini.

  8. Saya tertarik dengan ekonomi pada bulan april 2009
    Minta keterangan lanjut.

  9. Assalamualaikum ustaz..
    Saya telah menunaikan umrah pada bulan Ramadhan yang lepas tetapi tidak sempat mengerjakan tawaf widak disebabkan kesuntukan masa. ( Bas yang kami naikki bertolak awal pagi – selepas subuh ) apakah hukumnya dan adakah denda di kenakan…?

  10. Ustaz,
    saya dan suami bercadang mengerjakan umrah pada 2009, dan membawa 2 anak perempuan kami.
    Pertengahan tahun depan, seorang akan berumur 5 tahun dan seorang lagi 6 bulan.
    Apa pandangan Ustaz dalam hal mengerjakan umrah dgn membawa anak kecil, mungkinkah akan menjadikan pelaksanaaan ibadah lebih sukar?

  11. Assalamualaikum ya-akhii,
    you didnt’ change your phone nos by any chance?

  12. assalamualikum,
    adakah ustaz buka travel umrah ke jordan?

    +962777457338

    • Tahun2 lalu, saya ada bawa romb Umrah melalui Jordan kerana tempat2 lawatannya sangat menarik. Sejak Royal Jordanian diswastakan, pentadbirannya kurang menarik minat ramai travel agen. Mungkin dalam setahun dua lagi, akan berlaku pemulihan dan ramai jemaah Umrah akan memalui Amman semula seperti dulu.

  13. assalamualaikum…
    saya nadia dr mesir…pljr dirasat alex….akhawat medic mesir akn menunaikan umrah pd 23/8 ni…oleh krn dulu sy pernah menunaikan umrah,jd mrk meminta sy membuat taklimat/kursus spy mrk lebih jelas ttg umrah sblm mrk pergi ke sana…jd sy hrp ustaz dpt membantu dr segi ape yg perlu diberitahu kpd mrk..@syorkan mana2 blog yg bole sy rujuk….(doa2 yg perlu dibaca) klu dr mesir….niat ihram dkt mana?? dan tawaf yg pertama dinamakan tawaf qudum kan??dan akhir tawaf wida’…biasanya disana klu nk niat ihram dkt tana’im kan??n ape persediaan sblm berangkat ke sana??sy takut ade bnde yg terlupe nk bgtau mrk….hrp ust dpt bantu,mungkin ust bole email shj kpd sy…utk pengetahuan ust,insyaAllah sy akn mebuat taklimat pd 16/8 nih…hrp ade tindakbalas dr ust sblm tarikh tu….jazakallahu khairan kathira

    • - Mereka akan ziarah Rasulullah saw dulu, selepas 2-3 hari, baru kami masuk Mekah dan itu barulah buat Umrah. jadi, ana juga boleh taklimatkan mereka nanti di madinah nanti. Jangan niat apa2 sehingga mereka jumpa ana dulu.
      - Niat Umrah ialah “Nawaitu Al-Umrata, wa ahramtu biha lillahi taala” (Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah taala”.
      - Sebelum niat, bersiap dgn perkara2 sunat seperti kerat kuku, potong bulu, mandi, sikat rambut, sedikit minyak wangi di kulit badan.
      - Niat mereka nanti ialah di Bi’r Ali iaitu di pinggir bandar Madinah, dihari nak ke Mekah nanti.
      - Tawaf Qudum ialah untuk Haji Ifrad.
      - Dalam Umrah tiada Tawaf Qudum, akan tetapi Tawaf Umrah Hari Pertama itulah mengambi tempat “Tawaf Qudum”.
      - Tawaf Wadak (lebih tepat dari sebutan Widak) wajib semasa nak tinggalkan Mekah nanti.
      - Setelah Umrah Pertama (niat di Bi’r Ali) selesai, tawaf kedua, ketiga dan seterusnya boleh guna miqat penduduk Mekah iaitu mana2 di Tanah Halal (di luar Tanah Haram). Ya, Tan’iem termasuk dalam Tanah Halal, tetapi disana ada tempat2 lain iaitu Jakranah, Hudaibiah dsb. Ana akan cuba bawa mereka ke tempat2 tersebut nanti.
      - Persiapan ialah pakaian beberapa pasang, barang2 toilet, wang saku, kamera, buku2 doa, handphone, ubat2an jika kena bawa, dsb.
      - Disebabkan mereka/kami ke Madinah dulu, elok ukhti baca juga ttg Madinah dan adab2 ziarah Madinah.

      JZKK.

  14. Assmkm ustaz..
    saya merupakan seorang usahawan muda..
    saya sedang membangunkn suatu produk digital doa haji & umrah dengan usahasama sebuah syarikat dripada china, bagi kemudahan para jemaah haji dimasa hadapan..

    saya telah mendapatkan pandangan tabung haji dan JAKIM, tiada masalah bagaimanapun terdapat beberapa perkara perlu diperbaiki..sedang dlm pembangunan

    persoalan saya:
    adakah sekiranya projek saya berjaya, gadget digital (elektronik) itu nanti boleh dibawa bersama ke dalam kapal terbang dan adakah kerajaan Arab Saudi membenarkan penggunaannya semasa di Mekkah dan madinah?

    harap ustaz dapat memberikan pandangan,
    t.kasih

    • Waalaikumsalam wr wb.

      Insyaallah akan dibenarkan, asalkan standardnya mencapai kelulusan JAKIM. Oleh kerana doa berkait dengan ayat2 AlQuran dan Hadis, harap dapat dibuat dengan tepat dan tidak ada kesilapan nahu Bahasa Arab dan sebutannya sahih menepati bunyi Arab (tajwid). Dapatkan kepakaran Bahasa Arab, bukan sekadar dari seorang yang bergelar “ustaz” sedang Bahasa Arabnya tidak kuat.

      Teruskan usaha2 yang baik.

      ( Iklan/Pengumuman : Pendaftaran Pakej Haji dan Pakej Umrah dibuka sepanjang tahun. Untuk pendaftaran, sila daftarkan dari sekarang, nama-nama penuh (mengikut ic/pasport) dan no tel ke Pejabat Urusan 06-764 4494 / 06-764 0010 / 016-696 7770 (Haji Azhar) / 019-651 7758 (Puan Tati). Selepas itu pihak kami akan buat susulan, insyaAllah. Tkasih ).

      “HARAPAN ANDA, MATLAMAT KAMI”

      Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM
      019-678 0000

  15. Assalamualaikum ustaz, sekiranya membawa anak yang berumur 3 tahun & memakai pampers, bagaimanakah caranya ketika melakukan tawaf?

    • Waalaikumsalam wr wb

      Tawaf tidak boleh dilakukan dalam keadaan berhadas kecil (mesti ada wuduk) dan dalam keadaan bernajis (mesti bersih badan, pakaian dan tempat tawaf). Oleh itu anak 3 tahun atau sesiapa sahaja mesti bertawaf dalam keadaan demikian. Cara anak 3 tahun berpampers ialah membersihkannya, memakaikan pampers, berwuduk SEBAIK SEBELUM bertawaf, dan disetiap pusingan pastikan dia masih berwuduk, bersih. Jika dia mula bernajis pada pusingan ke 4 misalnya, pergilah bersihkannya semula, wudukkannya dan mula dari Pusingan ke 4 dan seterusnya. Pusingan ke 1-3 dah lulus sebelum dia bernajis tadi.

      ( Iklan/Pengumuman : Pendaftaran Pakej Haji dan Pakej Umrah dibuka sepanjang tahun. Untuk pendaftaran, sila daftarkan dari sekarang, nama-nama penuh (mengikut ic/pasport) dan no tel ke Pejabat Urusan 06-764 4494 / 06-764 0010 / 016-696 7770 (Haji Azhar) / 019-651 7758 (Puan Tati). Selepas itu pihak kami akan buat susulan, insyaAllah. Tkasih ).

      “HARAPAN ANDA, MATLAMAT KAMI”

      Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM
      019-678 0000

      • Assalamualaikum ustaz, boleh ke menggunakan push chair untuk kanak-kanak ketika tawaf & saie. Wasallam.

  16. benarkah kitA boleh megerjakan umrah beberapa kali satelah kita selesai kerjakan umrah yang pertama …jika boleh adakab hadizny?

    • Boleh, secara umumnya semua ibadat sunat boleh kita kerjakan sebanyak yang kita hendak. Puasa sunat boleh dikerjakan selain Isnin dan Khamis. Solat tarawih boleh dikerjakan lebih dari 8 rakaat (yang dilakukan dizaman nabi saw), sedekah boleh sumbang lebih, dan sebanaginya.

      ( Iklan/Pengumuman : Pendaftaran Pakej Haji dan Pakej Umrah dibuka sepanjang tahun. Untuk pendaftaran, sila daftarkan dari sekarang, nama-nama penuh (mengikut ic/pasport) dan no tel ke Pejabat Urusan 06-764 4494 / 06-764 0010 / 016-696 7770 (Haji Azhar) / 019-651 7758 (Puan Tati) atau berurusan melalui email dialamat pendaftaranhajiumrah@yahoo.com. Selepas itu pihak kami akan buat susulan, insyaAllah. Tkasih.. ).

      Mohon nama2 penuh dan no tel untuk kami daftar dan uruskan.

      “HARAPAN ANDA, MATLAMAT KAMI”

      Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM
      019-678 0000

    • Umrah boleh dikerjakan berulang kali. Begitulah kaedah semua amalan sunat yang lain seperti solat, puasa dsb.

      ( Iklan/Pengumuman : Pendaftaran Pakej Haji dan Pakej Umrah dibuka sepanjang tahun. Untuk pendaftaran, sila daftarkan dari sekarang, nama-nama penuh (mengikut ic/pasport) dan no tel ke Pejabat Urusan 06-764 4494 / 06-764 0010 / 016-696 7770 (Haji Azhar) / 019-651 7758 (Puan Tati) atau berurusan melalui email dialamat pendaftaranhajiumrah@yahoo.com. Selepas itu pihak kami akan buat susulan, insyaAllah. Tkasih.. ).

      Mohon nama2 penuh dan no tel untuk kami daftar dan uruskan.

      “HARAPAN ANDA, MATLAMAT KAMI”

      Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM
      019-678 0000

  17. salam ustaz, bgaimana apabila tiba di madinah masih dalam hadas besar( haid), masjid2 tidak boleh masuk la ea? lagi satu, perlukah niat di bir ali jika masih belum dalam keadaan suci dari hadas tersebut? ustaz, mohon pndgn…..

    • Boleh masuk masjid dengan tujuan lalu sahaja, dan tak boleh Iktikaf. Ini dengan syarat tidak mengotorkan Masjid. Jika uzur dan ke mekah melalui Bir Ali, mesti niat di Bir Ali walaupun sedang uzur, kerana nanti di Mekah selepas suci, boleh terus tawaf, saie dan gunting – mengerjakan Umrah – dengan niat di Bir Ali tersebut. Sekiranya tidak berniat di Bir Ali, nanti selepas bersih di Mekah dan nak buat Umrah, kena pula ke Bir Ali (450 km) semula untuk berniat Umrah, kerana di situ Miqat bagi orang yang datang dari arah Madinah/utara !!!!

      ( Iklan/Pengumuman : Pendaftaran Pakej Haji dan Pakej Umrah dibuka sepanjang tahun. Untuk pendaftaran, sila daftarkan dari sekarang, nama-nama penuh (mengikut ic/pasport) dan no tel ke Pejabat Urusan 06-764 4494 / 06-764 0010 / 016-696 7770 (Haji Azhar) / 019-651 7758 (Puan Tati) atau berurusan melalui email dialamat pendaftaranhajiumrah@yahoo.com. Selepas itu pihak kami akan buat susulan, insyaAllah. Tkasih.. ).

      Mohon nama2 penuh dan no tel untuk kami daftar dan uruskan.

      “HARAPAN ANDA, MATLAMAT KAMI”

      Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM
      019-678 0000

    • ( Iklan/Pengumuman : Pendaftaran Pakej Haji dan Pakej Umrah dibuka sepanjang tahun. Untuk pendaftaran, sila daftarkan dari sekarang, nama-nama penuh (mengikut ic/pasport) dan no tel ke Pejabat Urusan 06-764 4494 / 06-764 0010 / 016-696 7770 (Haji Azhar) / 019-651 7758 (Puan Tati) atau berurusan melalui email dialamat pendaftaranhajiumrah@yahoo.com mailto:pendaftaranhajiumrah@yahoo.com mailto:pendaftaranhajiumrah@yahoo.com mailto:pendaftaranhajiumrah@yahoo.com . Selepas itu pihak kami akan buat susulan, insyaAllah. Tkasih.. ).

      Mohon nama2 penuh dan no tel untuk kami daftar dan uruskan.

      “HARAPAN ANDA, MATLAMAT KAMI”

      Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM
      019-678 0000

  18. salam ustaz,
    bagaimana hukum ibubapa kepada bayi yang berumur 9 bulan yang mana bayi tersebut di gendong semasa mengerjakan ibadah umrah. bayi tersebut memakai pampers. mungkin ibubapa bayi tidak sedar yang bayi tersebut sudah bernajis. adakah ianya membatalkan kerja kerja umrah ibu bapa bayi itu. perlu kah mungkin setengah jam sekali ibubapa tersebut kena check bayi tersebut bernajis? apa pendapat ustaz?? terima kasih

    • wsm ww

      Menggendong najis membatalkan solat, tawaf. Oleh itu tawaf si bapa itu tidak sah. Tawaf adalah rukun Umrah, maka Umrah itu belum selesai. Kena tawaf semula tanpa bayi bernajis, Saie dan Gunting.

      ( Iklan/Pengumuman : Pendaftaran Pakej Haji dan Pakej Umrah dibuka sepanjang tahun. Untuk pendaftaran, sila daftarkan dari sekarang, nama-nama penuh (mengikut ic/pasport) dan no tel ke Pejabat Urusan 06-764 4494 / 06-764 0010 / 016-696 7770 (Haji Azhar) / 019-651 7758 (Puan Tati) atau berurusan melalui email dialamat pendaftaranhajiumrah@yahoo.com . Selepas itu pihak kami akan buat susulan, insyaAllah. Tkasih.. ).

      Mohon nama2 penuh dan no tel untuk kami daftar dan uruskan.

      “HARAPAN ANDA, MATLAMAT KAMI”

      Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM
      019-678 0000

  19. assalamualaikum ustaz…saya akan mengerjakan umrah pada bulan Mei ini, insyallah…saya ingin bertanya jika membawa anak berumur 3 tahun 4 bulan, berapakah tambang yang pihak ustaz caj…adakah separuh daripada tambang orang dewasa…terima kasih

    norazriza bt abdul manan

    • Wsm ww

      Harga pakej bagi kanak-kanak (2-12 tahun) adalah 80% dari harga pakej dewasa.
      harga pakej bagi bayi (<2 tahun) adalah RM2,500 flat rate (tanpa seat dlm pesawat dan tanpa katil di hotel).

      ( Iklan/Pengumuman : Pendaftaran Pakej Haji dan Pakej Umrah dibuka sepanjang tahun. Untuk pendaftaran, sila daftarkan dari sekarang, nama-nama penuh (mengikut ic/pasport) dan no tel ke Pejabat Urusan 06-764 4494 / 06-764 0010 / 016-696 7770 (Haji Azhar) / 019-651 7758 (Puan Tati) atau berurusan melalui email dialamat pendaftaranhajiumrah@yahoo.com . Selepas itu pihak kami akan buat susulan, insyaAllah. Tkasih.. ).

      Mohon nama2 penuh dan no tel untuk kami daftar dan uruskan.

      “HARAPAN ANDA, MATLAMAT KAMI”

      Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM
      019-678 0000

  20. salam ustaz,
    mcm mane jika kita bersentuhan dengan wanita bukan mahram ketika mengelilingi ka’abah dan ketika itu kita sedang tawaf? batalkah air sembahyangnye??

  21. Salam ustaz. Saya kelak akan ada urusan di Jeddah. Bolehkah saya sekadar pergi bersolat di masjidil haram tanpa membuat umrah? Saya ada diberitahu tidak boleh jika sekadar masuk ke makkah tanpa membuat umrah. Sekian, terima kasih.

  22. Assalamualaikum ustaz..

    Saya kini bertugas dlm misi PBB di Lubnan. Sy berniat untuk mengerjakan umrah apabila dpt cuti nnt.

    Soalan saya, semasa kt bersiap2 untuk berniat di Miqat, antara persediaannye adalah memakai bau2an. tetapi di dalam pantang larang ihram salah satunye memakai bau2an.

    So, cmne tu ustaz. bukan ke slpas niat tu kt da kene pakai ihram ker?

  23. assalamualaikum ustaz,

    mohon pencerahan…24/1/2013 ni isyaAllah saya akan ke umrah…dengan membawa dua anak kecil..seorang 3 tahun…seorang 1 tahun..bagaimana persiapan ketika membawa anak membuat umrah…

  24. A’kum ustaz

    Saya akan buat umrah 12 April..saya bawa anak 12 tahun yg belum baligh..saya d fahamkan bahwa saya juga kena niat utk anak saya kerjakan umrah..betul ke ustaz?

  25. Jika anak nak juga kerjakan Umrah, maka kita tolong niatkan untuk dia. Jika di adah boleh mengulang, kita ajarkan dia berniat.

  26. salam , nak tanya macan mana kalau kita selalu terkeluar air kencing sedikit2 boleh kah kita buat umrah

  27. Macam niat org tua cuma niatkan untuk nya.

  28. Sebaik sebelum mula Umrah, basuh, sumbat, berwuduk dan terus Tawaf tanpa mengira kencing keluar atau tida. Ia sama dalam hal solat.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: