Upah Haji >RM1500 1429H/2008M Dibuka

Permohonan dari pihak tuan puan waris kepada aruah atau orang yang tidak berkuasa untuk ke Tanah Suci, dibuka sekarang. Borang Permohonan Upah/Badal Haji boleh didapati di Pejabat Urusan. Sila hubungi Haji Azhar 06-764 4494 (pejabat), 016 – 696 7770. Cara mengurus Upah/Badal Haji adalah seperti berikut :

  1. Isi Borang Permohonan Upah/Badal Haji. Borang boleh didapati di Pejabat Urusan atau minta difakskan jika anda tinggal berjauhan.
  2. Buat pembayaran di mana-mana pejabat Tabung Haji atas nama FARIZA BINTI IBRAHIM (isteri Ustaz Abdul Halim Abdullah). Buat salinan fotostat akan Slip Deposit tersebut. Serah Slip Deposit yang asli atau faxkannya ke Pejabat Urusan. Bayaran Upah Haji adalah bebas dan ditentukan oleh pihak Pengupah/Waris sendiri yang sekurang-kurangnya RM1500.00. Pada tahun-tahun lalu ada pihak yang bermurah hati untuk mengupah dengan harga RM1800, RM2000, RM2500, RM3000 dan RM4000.
  3. Lafaz akad wakil kepada pihak Pejabat samada hadir ke Pejabat (hari Akad Wakil akan dimaklumkan kelak) atau lafaz melalui telefon.

(Dari prosedur di atas, nyatalah bahawa urusan mengupah Badal Haji boleh dilakukan sepenuhnya dari jarak jauh dari Pejabat Urusan dan tidak semestinya perlu berurusan di Pejabat).

Setelah melalui proses-proses di atas, upah Haji tuan puan akan dibawa ke Tanah Suci dan diserahkan kepada pelaksana setelah ditolak kos cenderahati, perkhidmatan dan sebagainya.

Semoga Haji tersebut mendapat Haji yang Mabrur, menyelesaikan kewajipan aruah dan para Waris sekelian. Sekian, terima kasih.

33 Respons

  1. assalamualaikum….
    saya nak tanya…berapa bayaran untuk upah haji?

  2. ustaz,saya ingin membuat upah haji utk arwah bapa saya yang telah meninggal,jika saya ingin melaksanakan nya pada tahun ini,masih kah ada kekosongan,terima kasih

  3. Assalamualaikum..
    ustaz, sekiranya sy mahu membuat upah haji arwah bapa, apakah prosedur yg kena buat..?
    terima kasih.

  4. Assalamualaikum ustaz,
    maaf…sy tersilap tanya..sebenarnya, sy ingin bertanya, apakah prosedur selepas upah haji dilaksanakan..
    apakah waris akan dimaklumkan secara lisan atau bertulis?
    terima kasih..

  5. Assalamualaikum,

    Masihkah boleh dibuat upah Haji ? Bila tarikh tutup. Terima Kasih

  6. Asalamualaikum !
    Tuan,

    Berapakah Upah Haji pada tahun 2009, Ada saya dengar Rm1,500.00 dan ad yang Rm1,200.00, Yang mana yea. [Maksud saya beri upah kepada orang lain mengerjakan Haji] Boleh tak bagi maklumat sebenar mengenainya.

    Sekian Wasalam.

  7. Assalamualaikum ustaz,

    ustaz,saya ingin membuat upah haji utk arwah ibu dan bapa saya yang telah meninggal dunia.apakah prosedur dan bolehkah saya membuat pembayaran awal untuk tahun 1430H/2009M.Satu lagi, apakah waris akan dimaklumkan secara lisan atau bertulis selepas upah haji dilaksanakan?

    • assalamualaikum
      ustaz, saya hendak membuat upah haji untuk arwah ibu & bapa saya pada tahun ini. apakah saya perlu mengisi borang dahulu dan kiranya kewangan saya tidak mencukupi sedangkan hasrat saya untuk membuat nya tahun ini juga. dan saya ingin tahu berapakah upah haji sebenar untuk seorang yang telah meninggal.harap mendapat penjelasan dari ustaz dengan segera. terima kasih. wassalam.

  8. salam…ustaz,saya ingin membuat upah haji utk arwah bapa saya yang telah meninggal,jika saya ingin melaksanakan nya pada tahun ini,masih kah ada kekosongan,dan mcm mane prosedurnya..terima kasih

  9. Assalamualaikum w.b.t

    Bolehkah saya tahu bilakah pendaftaran Haji Badal untuk tahun 2009 ini akan dibuka. Saya berminat untuk mengupah haji badal bagi pihak arwah ayah saya yang baru meninggal.

    Ayah saya baru sahaja meninggal dunia bulan lepas. Dia sememangnya ingin melakukan haji tetapi tidak sempat melakukannya kerana banyak wangnya digunakan untuk menyara pengajian anak2nya. Adakah ini juga dikira sebagai berkemampuan.

    Satu lagi pertanyaan, bolehkan ustaz terangkan apakah ada perbezaan di alam kubur dia antara penghuni yang sudah melakukan haji dan yang belum melakukan haji lagi.

    Sekian Terima Kasih.

  10. Salam.

    Saya ingin membuat haji untuk arwah bapa saya. Untuk makluman, ibu saya masih hidup dan belum menunaikan haji. Bolehkah saya buat haji untuk arwah bapa saya tanpa buat haji untuk ibu saya terlebih dahulu?. Sekiranya ibu saya mempunyai hutang, perlu kah dijelaskan terlebih dahulu?

    Terima kasih

  11. A’kum,
    Untuk tahun ni 2009 Upah Haji masih buka tak?
    Berapa harganya.

    Note : nak upah haji untuk bapa mertua yang
    meninggal dunia.

    Harap jawab
    Hasni(019-5531541) Penang

  12. salam.

    saya dan adik beradik ingin mengupah haji untuk arwah emak saya yang sudah meninggal 3 tahun lepas. berapakah kos untuk upah haji untuk tahun ini? kalau boleh akhir tahun 2009.

    sekian. (013-3856090)

  13. Salam
    Saya ingin bertanya, pasal upah haji.Masa akad nanti siapa yang patut melakukannya?anak lelaki?menantu lelaki?

  14. bolehkah orang yang di penjara ingin mengupah orang untuk buat haji bagi dirinya..kerana dia berkemampuan tetapi mana tahu umurnya pendek sehingga tak sempat melakukanyya sendiri. Dia di hukum seumur hidup dalam penjara.

    terima kasih

  15. salam HJ;
    kalau upah haji pakai duit arwah boleh tak???
    sapew yg harus lafazkan akad tersebut, terima kasih

  16. Askm Ustaz,
    Adakah orang yang boleh berjalan tetapi uzur dengan sakit asthma kronik diterima hajinya jika mengupah haji? Juga difahamkan badal haji musim ini adalah sekurangnya RM1500. Sekian Terima Kasih.

  17. salam ustaz..mga sntiasa d bwh redha ALLAH..insyaALLAH…ana nk buat upah haji untuk arwah nenek n atuk ana bg thn..nk dftar mcm mna dan bila blh lksanankn tu..sekian..syukran jaziilan

  18. assalammualaikum ustaz,
    ibu saya bercadang untuk mengerjakan upah haji bagi aruah datuk serta abang saya,dan saya ingin mengetahui jumlah kos yang diperlukan setiap seorang dan apakah syarat-syaratnya.dan seandainya upah haji ini dijalankan,adakah pihak keluarga kami akan dimaklumkan terlebih dahulu atau sesudah acara upah haji dijalankan.dan bukti yang disahkan bahawa pihak tuan sudah menjalankan upacara upah haji ini.

  19. Salam ustaz,

    Saya nak buat upah haji untuk arwah ayah saya untuk haji tahun 2010 ni. walaupun arwah telah pergi haji semasa hidupnya, tapi sebelum meninggal arwah teringin nak pergi haji dan umrah sekali lagi. kalau menggunakan duit khairat kematian bagaimana? ataupun duit waris2nya sendiri dengan niat ikhlas?

  20. slm. ustaz msh buka ke upah haji untuk thn 2010

  21. Saya nak buat haji untuk kakak sy yg dah meninggal.camana caranya

  22. Assalmualaikum ustaz,

    Bolehkah saya buat upah haji aruah anak saya yg telah meninggal dunia sebelum baligh ,sbb sebelum dia meninggal dunia dia ada menyatakan hasratnya ingin ke mekah apabila ada org sedekah duit kpd beliau dia minta saya simpan baik2 dan jangan gunakan sbb dia kata dia nk guna duit tu pergi ke mekah.Minta penjelasan ustaz…terima kasih

  23. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya nak buatkan Haji untuk arwah ibu dan bapa saya pada tahun ini (2011). Berapakah kadar perbelanjaan untuk tahun ini bagi seorang? Dimanakah lokasi pejabat ustaz?

    Mohon maklumkan kepada email saya. Terima kasih.

    • assalamualaikum ustaz.
      saya ingin membuat upah hj untuk arwah bapa sy,
      boleh tak,sy mbayar nye mgunakan kad kradit?

  24. Assalamualaikum ustaz, saya telah buat upah haji untuk arwah ibu saya dan mendapat sijil, tetapi saya telah ter mengisar sijil tersebut. Boleh ke sekiranya saya mendapatkan semula sijil tersebut?

    Adakah pihak yang mengeluarkan sijil tersebut mempunyai rekod. Saya sanggup bayar untuk mendapatkan semula sijil tersebut.

    Mohon maklumbalas ustaz pada permasalahan saya ini.terima kasih dan sangat dihargai

  25. Assalamualaikum ustaz…saya berhajat nk buat badal haji untuk mak n abah saya, insyaAllah klu di izinkan Allah saya nk buat dalam taun depan iaitu 2012, saya nk daftar badal haji pd sykt ustaz tp saya xtau berapa kadar upahnya pd taun depan n klu boleh mintk ustaz jelaskan bila agaknya badal hj tersebut akan dibuat n bla bayaran yg perlu saya buat?harap dpt penjelasan dr ustaz..

  26. slm ustaz..sy nk tnya upah haji utk thn ni bpe?

  27. Bila tarihk pendaftaran untk mendaftar upah haji

  28. assalamualaikum..
    saya nk tanya bilakah pendaftaran untuk upah haji bagi orang yang meninggal dunia dibuka untuk tahun ini..terima kasih.harap dapat maklum balas segera.

  29. Ju… (phg)
    salam ustaz…
    saya nak tahu… upah haji untuk tahun ni dah tutup ke?abah baru je meninggal 8.hb 6. 2013..saya,mak n adik beradik yg lain ingatkn nak upah haji untuk arwah abah dlm thun ni jugak…sebabtu nk thu permohonan masih terbuka atau dah tutup
    terima kasih

  30. saya ingin membuat upah haji keatas kedua ibubapa saya dan ingin menggunakan simpanan tahung haji saya tahun ini jumlah 1500 setiap seorang

    • Boleh terus hubungi Pejabat Urusan untuk Upah Badal Haji.

      Terima kasih.

      IKLAN / PENGUMUMAN :
      Pendaftaran pakej-pakej Umrah, Umrah Khas, Umrah+Tour upah Badal Haji, Korban/Aqiqah di Tanah Suci dibuka sepanjang tahun. Sila mendaftar dengan menghubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 (pej), 016-696 7770 (Haji Azhar, staff) atau terus hubungi Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah 019-678 0000.

      Untuk memudahkan tuan puan, semua urusan boleh juga dilakukan melalui jarak jauh.

      “Harapan Anda Matlamat Kami”

      HAJIUMRAH.COM

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 83 other followers

%d bloggers like this: