Kenapa Takda Ustaz Yg Ajar Saya?!

Pada 7-Dis-2007 lalu, saya memimpin Rombongan Haji Syarikat MITRA KEMBARA menaiki KT 78 dari KLIA ke Jeddah dan terus ke Mekah. Di dalam pesawat, apabila hampir melewati Miqat Qarul Manazil kesemua Jemaah dari pelbagai syarikat telah pun menenakan pakaian Ihram dan bersedia untuk berniat dan berTalbiyah, kecuali seorang pakcik dari Syarikat —-. Dia masih berpakaian baju Melayu. Walaupun bukan dari rombongan atau dibawah tanggungjawab saya, atas dasar kewajipan saya menghampirinya dan bertanya kenapa dia belum bersedia. “Saya akan berniat di Tan’iem (miqat penduduk Mekah)”, jawabnya. Saya jelaskan, “Tan’iem adalah untuk Umrah kedua, ketiga dan seterusnya nanti. Adapun Umrah Pertama, miqat kita ialah di atas pesawat sekarang, di Qarnul Manazil, Pakcik”. Kata Pakcik, “Oh ya ke? Kenapa tak ada pengkursus atau ustaz dari Syarikat —- ini yang mengajar atau tunjukkan saya?”, katanya dengan nada kesal sambil menyebut nama pekan-pekan dimana dia menghadiri Kursus Haji di sekitar Melaka, sedang kain Ihramnya didalam ruang bagasi dan bukan dikabin. Sebelum ini dia pernah ke Mekah mengerjakan Umrah. Akhirnya dia bersetuju dengan penyelesaian terbaik iaitu berniat Umrah di situ tanpa pakaian Ihram dengan dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir sebanyak SR60.00 tanpa dosa, berbanding dia berniat dengan berpakaian Ihram setiba di Jeddah Airport yang bukan Miqat yang akan dikenakan Dam Tertib dan Taqdir SR300 (seekor kambing) dengan dosa yang mengganggu kemabruran Umrahnya.

Pengajaran & Nasihat

Pakcik tersebut masih belum memahami selok belok ibadat Haji dan Umrah sehingga ke hari berlepas ke Tanah Suci, samada dia sendiri tidak memberi tumpuan kepada Kursus yang disampaikan atau Syarikatnya terlepas pandang ada dikalangan Jemaahnya yang sebegitu. Syarikat itu juga tidak memastikan di hari berlepas semua jemaahnya bersiap Ihram samada dengan menghantar ustaz mengiringi rombongan atau panduan bertulis yang jelas untuk dilaksanakan di hari berlepas, termasuk bersedia pakaian dan bila hendak berniat.

Ikutilah Kursus dengan tekun sambil membuat bacaan tambahan. Pilihlah siapa yang akan membimbing ibadat Haji dan Umrah anda dan bukan sekadar mendaftar dengan mana-mana syarikat pelancungan kerana kita ke Mekah bukan untuk melancung tetapi melaksanakan ibadat dengan selok beloknya yang terperinci. Pendik kata utamakan SIAPA dari APA (SIAPA pembimbing dan bukan syarikat APA).

Advertisements

2 Respons

  1. Assalamualaikum,

    Ustaz, Saya adalah salah sorang jemaah umrah yang telah mengikuti ustaz ke Tanah Suci tempohari.

    Di sini saya memohon apalah kiranya ustaz dapat mengemailkan semua gambar saya dan isteri dan juga bersama bapa ustaz semasa berada di Madinah untuk kenangan saya dan isteri kerana pada masa itu hanya menggunakan kamera ustaz sahaja.

    Apa2 pun saya bersyukur dan berterima kasih kerana saya dapat melaksanakan niat saya untuk ke Tanah Suci yang mana saya impikan selama ini telah tercapai. Alhamdulillah. Insyallah saya berniat untuk mengerjakan haji pula. Mudah-mudahan niat saya untuk mengerjakan haji pula tercapai, insyallah.

    Sekali lagi saya ucapkan terima kasih buat ustaz atas semua tunjuk ajar ustaz semasa saya dan isteri berada di Tanah Suci. Assalamualaikum.

  2. Sedih juga saya mendengar cerita Pak Cik itu. Perkara di atas tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana semasa Pakcik itu menerima teket penerbangan (biasanya tentu awal lagi), dia sudah tahu tentang pemakaian ehram dan niatnya di mana. Susah nak buat kesimpulan, ia tidak sepatutny berlaku….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: