Mitra Kembara Dianugerah Lagi Lesen Haji 2008M/1429H

Alhamdulillah, sekali lagi Mitra Kembara Sdn Bhd dikurnia Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim Haji 2008M/1429H oleh LembagaTabung Haji baru-baru ini. Ini adalah satu lagi pengiktirafan terhadap perkhidmatan Pakej Haji kelolaan Mitra Kembara kepada para Jemaah Haji Malaysia di Tanah Suci. Lesen PJH dikurniakan secara tahunan dengan syarat khidmat Syarikat pada musim lalu mendapat markah pencapaian melebihi 90%. Markah yang diberi oleh Tabung Haji adalah bergantung kepada mutu perkhidmatan di hotel, ibadat di Arafah, Mina, Muzdalifa, jenis dan jarak hotel, makanan, pegurusan dan sebagainya. Tabung Haji sentiasa memantau khidmat yang dikelolakan oleh syarikat-syarikat yang diberi lesen Haji setiap tahun. Dengan kepercayaan yang diberi oleh Tabung Haji ini, kami berharap dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada Jemaah Haji yang berdaftar dengan Pakej Mitra Kembara pada tahun ini untuk Musim Haji 2008M/1429H, insyaAllah. Ustaz Hali sekali lagi diberi kepercayaan untuk memimpin dan membimbing Pakej Haji Mitra Kembara pada tahun ini. Sehbungan dengan anugerah Lesen PJH di atas, Mitra Kembaradengan resminya membuka pendaftaran Pakej Haji 1429H/2008M kepada semua jemaah yang berhasrat menunaika Haji pada tahun ini. Harga Pakej dijangka kekal pada RM15,850.00 seperti tahun lalu dan berlepas pada 18/11/2008 dan 27/11/2008 dengan jumlah jangkamasa Pakej selama 40 hari. Maklumat muktamad akan disiar dalam brosur tahunan Tabung Haji dalam bulan Jun, insyaallah.

Advertisements

Satu Respons

  1. Alhamdulillah ust. Teruskan usaha-usaha murni. Semoga Allah memberkati dan memperbanyakkan kemurahan rezeki, insyallah. Kami berdoa segala usaha ust. mendapat kejayaan dan hidayah.
    Ikhlas zol koperasi guru.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: