Jemaah Pakej Haji MITRA-Us.Halim ke Tanah Suci

cimg3970

Tatkala posting ini ditulis, kami berada di Madinah, setelah 32 hari di Mekah. Di sini saya muatkan kenangan berupa foto-foto Jemaah Pakej Haji MITRA KEMBARA sejak dari kampung halaman hingga tiba ke Tanah Suci. Mudah-mudahan ia dapat memberi gambaran perjalanan Pakej Haji kami, yang kami memohon ALlah swt menerimanya sebagai Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya kecuali Syurga, seperti disebut di dalam Hadis. Teruskan membaca

Haji Anugerah Allah Maha Agung

kaabah

Nabi Ibrahim as tidak menyangka laungannya yang kerdil di tengah di padang pasir akhirnya disambut jutaan manusia setiap tahun, yang datang dari seluruh ceruk dan pelusuk dunia. Ini tidak mustahil, jika yang mengarahkannya itu sendiri adalah Allah Rabbul Jalil. Teruskan membaca

Mina meninggal seribu pengajaran

mina1

Melontar di Jamrah Aqabah, Mina. Perjanjian Aqabah II berlaku kira-kira 150 meter darinya, ditempat hari ini dinamakan Masjid Bai’ah.

Kelmarin jemaah Haji di Mekah meninggalkan Mina setelah bermalam di sana selama 3 malam. Berada di bumi Mina selama beberapa hari tersebut mengingat bahkan membakar semangat juang seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Mina tempat berputiknya Islam di Madinah dan anak tangga pertama berlakunya Hijrah. Teruskan membaca