Jemaah Pakej Haji MITRA-Us.Halim ke Tanah Suci

cimg3970

Tatkala posting ini ditulis, kami berada di Madinah, setelah 32 hari di Mekah. Di sini saya muatkan kenangan berupa foto-foto Jemaah Pakej Haji MITRA KEMBARA sejak dari kampung halaman hingga tiba ke Tanah Suci. Mudah-mudahan ia dapat memberi gambaran perjalanan Pakej Haji kami, yang kami memohon ALlah swt menerimanya sebagai Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya kecuali Syurga, seperti disebut di dalam Hadis.

cimg3943

Bas disediakan untuk membawa jemaah Haji dari kampung halaman ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor. Kelihatan saudara mara dan sahabat handai turut menghantar para Jemaah Haji di tempat bas bertolak.

cimg3948

Kesemua Jemaah Haji telah menaiki bas dan bersedia untuk bertolak ke Kelana Jaya, Selangor.

cimg3957

Jemaah tiba di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor. Semua penyerahan pasport dan tiket serta timbang beg dilakukan di kompleks ini.

cimg3970

Jemaah masuk ke dalam bangunan Kompleks Tabung Haji untuk urusan berlepas.

cimg3984

Ketua Rombongan dan Bimbingan Pakej MITRA KEMBARA, Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah, menerima paspot Haji dari petugas Tabung Haji di kaunter pertama di lobi kompleks. Semua jemaah yang bakal berlepas mendapat paspot masing-masing di kaunter yang sama.

cimg3989

Jemaah sedang membuat timbangan beg di kaunter. Kebiasaannya bayaran lebihan berat dikenakan apabila terbang pulang dari Tanah Suci ke Malaysia sahaja dan bukan semasa hendak berlepas ke Tanah Suci.

cimg40171

Di Balai Berlepas, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor, para jemaah haji diberi taklimat terakhir sebelum berangkat dengan bas ke KLIA.

cimg4022

Para jemaah bersama-sama mengaminkan doa semoga selamat segala perjalanan dan beroleh Haji yang Mabrur. Ameen.

cimg4041

Setelah menambil pasport, menimbang barang dan mendengar taklimat akhir di Balai Berlepas di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor, jemaah Haji bergerak ke Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kelihatan Ustaz Halim sedang hendak menaiki bas menuju ke KLIA bersama ahli rombongan Jemaah Haji Pakej MITRA KEMBARA. Perjalanan memakan masa 45 minit.

cimg4096

Di KLIA, kami mula masuk ke dalam pesawat. Kesemua beg besar telah di timbang dan dimasukkan ke dalam pesawat sebagai bagasi. Jemaah hanya dibenarkan membawa masuk beg kecil (beg travel) ke dalam kabin pesawat. Pastikan barang-barang penting bersama-sama kita seperti pasport, wang, ubat-ubatan dll.

cimg4099

Pas Menaiki Pesawat (Boarding Pass) menunjukka di mana kerusi kita di dalam pesawat, samada mengikut nombor kerusi atau kawasan di dalam pesawat mengikut warna tiket.

cimg4100

Setelah mendapat tempat duduk masing-masing dan pesawat pun berlepas, semua jemaah bersiap sedia untuk berniat Haji (jika Ifrad) atau Umrah (jika Tamattuk). Solat Sunat Ihram (sebelum berniat) dikerjakan sebaik sebelum berniat, atau di KLIA tadi atau di Kelana Jaya sebelumnya, mengikut kesesuaian disegi masa, tempat dan keadaan ada atau tidak wudhuk.

cimg4103

Di Miqat Qarnul Manazil, tiba masanya Encik Baharuddin, isterinya Puan Masmi dan ibunya Puan Mariam Janariah dari ahli rombongan Pakeh Haji MITRA KEMBARA melafazkan Niat, diikuti dengan laungan Talbiah. Saya memimpin laungan Talbiah semua jemaah dalam pesawat dengan menggunakan pembesar suara pesawat dengan kerjasama krew yang membenarkan penggunaannya.

cimg4126

Alhamdulillah, kami tiba di Lapanganterbang Jeddah, Saudi Arabia dengan selamat, melalui Imigresennya, mengambil beg-beg dan setelah itu menunggu bas yang akan membawa kami ke Mekah Al-Mukarramah.

cimg4155

Setiba di Mekah, para jemaah bersama ribuan jemaah lain yang baru tiba terus menyempurnakan manasik masing-masing. Jemaah yang memilih melakukan Umrah akan menyambung Tawaf Umrah, Saie Umrah, Gunting Umrah dan selesai Umrah pada hari pertama. Jemaah yang memilih melakukan Haji (Ifrad) akan melakukan Tawaf Qudum (Selamat Datang) dan Saie Haji pada hari yang pertama tersebut.

Selepas ibadat hari pertama di Mekah tersebut, kami menunggu Hari Wuquf dengan mengadakan berbagai program seperti Tawaf Sunat, Raptai Haji, Kuliah-kuliah Harian, ulangkaji ibadah Haji dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Halim, Ketua Rombongan & Bimbingan MITRA KEMBARA SDN BHD

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: