Jemaah MITRA di Mekah

wanita-di-arafah

Jemaah wanita Mitra Kembara sedang bersiap untuk masuk waktu berwuquf di Padang Arafah.

Alhamdulillah, segala pergerakan dan ibadah jemaah Pakej Mitra Kembara berjalan dengan sangat lancar. Perjalanan bas dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Muzdalifah, Muzdalifah ke Mina dan Mina ke Mekah tidak memakan masa lebih dari 2 jam tiap satunya, berbanding yang biasa kedengaran berlaku kepada ramai jemaah Haji hingga berbelas jam.

berangkat-ke-arafah

Pada 8 Zulhijjah 1429H, bersamaan dengan 6/12/2008,  Jemaah MITRA di dalam bas dari hotel di Mekah ke Arafah untuk memulakan ibadah Haji mereka.

Hanya tinggal 7 hari lagi sebelum kami pulang ke Tanahair. Alhamdulillah, Allah swt memberi banyak kemudahan pada tahun ini untuk para Jemaah menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah masing-masing. Apabila jemaah ramai mengucapkan teri kasih dan bertanya pakej Umrah yang berikutnya, ia petanda baik dan menggembirakan saya sebagai pengelola Haji Umrah mereka. Moga Allah menerima segala ibadah dan usaha kita.

doa-arafah

Pada 9 Zulhijjah, jemaah Haji berwuquf di Arafah, mendengar Khutbah Arafah yang disampaikan oleh saya sendiri, berTalbiah, bersoa, berzikir, solat berjemaah, berkenalan di antara satu sama lain dan sebagainya.

wanita-di-arafah

Jemaah wanita MITRA KEMBARA di dalam khemah Arafah sewaktu makan tengahari. Alhamdulillah, khemah yang disediakan adalah lapang dan memudahkan pergerakan dan ibadah jemaah Haji.

bermlm-muzdalifah

Pada 9 malam 10 hb Zulhijjah, jemaah Haji bermalam di Muzdalifah. Pada tahun ini ahlamdulillah perjalanan Arafah – Muzdalifah – Mina berjalan sangat lancar seperti Musim Haji tahun lalu juga.

bermunajat-di-muzdalifah

Perkara-perkara sunat ketika bermalam di Muzdalifah ialah mengutip anak-anak batu, bertalbiyah, berdoa, berzikir, menghadap Kiblat, dalam keadaan berwudhuk dan bersolat Subuh.

jemaah-meninggal

Ketika saya sedang duduk-duduk bermalam di Muzdalifah, seorang jemaah dari Pakej Syarikat AN-NILE dalam keadaan sakit jantung yang tenat. Beliau tidak membawa ubat jantungnya sejak berangkat dari Mekah ke Arafah kelmarin. Saya meminta tolong dua doktor dari jemaah kami (MITRA KEMBARA) untuk memberikan rawatan kecemasan apa yang patut.  Kelihatan difoto yang saya rakamkan, wanita tersebut diapit dikirinya oleh Dr Norlelawati, doktor pakar mata Hospital Besar Seremban, dan Dr Nor Hayati, doktor pakar sakit puan Hospital Kuala Pilah. Dengan tiada apa-apa kemudahan di tengah-tengah padang Muzdalifah, takdir menentukan, wanita tersebut

 

Sekian, terima kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: