Berjaya ziarah di Madinah 41 tempat !!!

dpn-kubah-hijau

Sekarang di Madinah. Alhamdulillah, jemaah Pakej Haji MITRA KEMBARA KT 71 dan KT 74 telah selamat berlepas ke Tanahair semalam. Jemaah KT 87 masih bersama saya dan kami akan berlepas ke Tanahair bersama-sama lusa Rabu 7/1/2009. Pada Musim Haji tahun ini Pakej Mitra Kembara Ustaz Halim berjaya membawa jemaah Haji ke 41 tempat di Madinah dengan menaiki bas sebanyak 5 hari berturut-turut (kebiasaannya 1 hari sahaja ziarah menaiki bas).

Selain dari tempat-tempat ziarah biasa yang dilawati seperti Masjid Qubak, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh (Khandaq) dan Pasar Kurma, Ustaz Halim membawa jemaah ke tempat-tempat seperti berikut, rumah sezaman dengan Rasulullah saw, perigi-perigi sezaman dengan Rasulullah saw, bukit yang diguna Ansar untuk menanti Rasulullah saw tiba Madinah dari Mekah semasa Hijrah, masjid paling asli di Madinah (tidak ditokok tambah bangunannya, dll.

dpn-kaab-asyraf

Ketika di depan rumah sezaman Nabi saw, milik Kaab.

Selain penerangan-penerangan di dalam bas semasa ziarah diadakan, Kuliah Harian 4 – 5 pm diadakan di bilik makan. Ini memberi ilmu dan gambaran lebih jelas untuk jemaah sekelian memenuhi masa mereka selama 9 hari 8 malam di Madinah dengan lebih bermakna dan diberkati Allah swt. Kesemua jemaah dapat solat fardhu berjemaah lebih dari 40 waktu, dimana KT 71 mendapat 42 waktu, KT 74 mendapat 41 waktu dan KT 87 bakal mendapat 41 waktu.

urwah-zubair

Siti Aisyah ra pernah makan diundang oleh tuan rumah ini , anak saudaranya sendiri.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Halim www.hajiumrah.com

Advertisements

4 Respons

  1. Assalamualaikum wbt

    Saya dan isteri Hajjah Salmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada Ustaz Halim dan crew kerana telah berjaya membimbing semua jemaah dibawah kelolaan Ustaz bagi Haji 1429 H dengan baik dan cemerlang. Bimbingan dari kuliah serta ziarah2 yang dilakukan adalah amat baik sekali. Hanya Allah saja yang membalas budi Ustaz.

    Diharap Ustaz dan keluarga sihat walafiat dan dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda agar dapat membimbing lagi jemaah2 yang memerlukan bimbingan dari aspek dunia dan akhirat.

    Kepada keluarga Allahyarham Hj Ahmad Fuad, diharap bersabar diatas ketentuanNya, marilah kita berdoa agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Insyallah. Amin.

    Salam ingatan dari

  2. Assalamualaikum wbt
    Saya dan isteri Hajah Hafidah juga mengucapkan terima kasih kepada Ustaz atas bimbingan, serta tunjuk ajar dengan penuh sabar dengan cukup berkesan. Semua kerja haji telah dapat dijalankan dengan sempurna dan berjalan dengan lancar.

    Jazakallahhukhairan kasira.

  3. Assalamualaikum wbt

    Saya dan isteri Hajah Muzliza juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ustaz dan juga staf Mitra Kembara yang secara langsung @ tidak langsung terutama Haji Zabha & Haji Azhar yang banyak membantu dari segi pengurusan semasa di sini sehinggalah semasa berada di Mekah dan Madinah.Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH,segala kerja haji telah berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan.

    Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada ustaz atas bimbingan,kuliah,tunjuk ajar dan ziarah kepada kami jemaah haji 1429H dengan sangat-sangat cemerlang dan telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam di hati kami.

    Mudah-mudahan,ALLAH akan membalas segala jasa baik Ustaz dengan kesihatan yang cemerlang dan rezeki yang murah supaya dapat membimbing lebih ramai jemaah dimasa akan datang.

    Harapan saya,Ustaz dapat mengekalkan kualiti sebegini atau bertambah baik lagi di masa-masa akan datang.Semoga Ustaz dan keluarga sentiasa dilindungi ALLAH selalu hendaknya…wassallam

  4. haai.. bila laa saya dapat jejakkan kaki kat sana.. anyway, salam ziarah dari bumi Dublin, Ireland.. saje lompat2 blog.. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: