Umrah April selesai. Kini bersiap utk Umrah Cuti Sek Mei/Jun & Umrah SuperSaver (now everyone can fly!)

Alhamdulillah, Ustaz Halim tiba di Tanahair dari Tanah Suci semalam menandakan selesai Pakej-pakej Umrah HAJIUMRAH.COM yang dianjurkan sepanjang bulan April 2009. Kini persiapan ditumpukan kepada Pakej-pakej Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun dimana Rombongan Pertama akan berlepas pada 26/5/2009 bersama Ustaz Halim, insyaallah. Teruskan membaca

Jemaah Umrah 11/4 tiba Mekah dari Madinah

cimg6764

Jemaah Umrah (Ekonomi RM4,990) 11/4 di hadapan Masjid Nabawi pada 12/4/2009 lalu. Kelihatan Ustaz Halim di tengah-tengah jemaah. Kelihatan di belakang ialah mercu tanda baru bagi Masjid Nabawi dimana payung besar dipasang di luar masjid (sebelum ini hanya di dalam masjid). Ia baru dipasang minggu sebelumnya.

Alhamdulillah, Jemaah Umrah+EgyptTour  31/3 telah selamat kembali ke Tanahair. Manakala Jemaah Umrah 11/4 telah selamat menziarahi Nabi saw dan Madinah. Semalam mereka tiba di Mekah dan telah pun menyempurnakan Umrah yang pertama. Esok mereka akan dibawa melawat sekitar Mekah termasuk Padang Arafah, Muzdalifah, Mina dsb dengan menaiki bas, insyaallah. Teruskan membaca

Rombongan Umrah+Mesir 31/3 berlepas

dsc_5804

Jemaah Umrah+MesirTour 31/3 masuk ke Dewan Malaysia Al-Abbasiah, Kaherah berpeluang menghadiri Majlis Perkahwinan anak ketua rombongan HAJIUMRAH.COM, Ustaz Halim. Mereka baru sahaja melawat Piramid di Giza, Kaherah. Selepas ini akan melawat Museum Firaun, Kaherah pula.

Rombongan pertama Umrah+Mesir HAJIUMRAH.COM seramai 40 orang berlepas malam ini jam 11.45pm dibawah pimpinan dan bimbingan Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah. Mereka akan menziarahi Mesir (Kaherah & Iskandariah) selama 4 hari 3 malam, 1-4 April, dan berada di Tanah Suci pada 4-13 April 2009. Teruskan membaca