Jemaah Umrah Ramadan selamat pergi & balik

P1040472

Setelah menziarahi Nabi saw di Madinah beberapa hari, rombongan Umrah Ramadan 2009 berniat Umrah di Bi’r Ali (foto di atas) dan bertolak ke Mekah. Kelihatan Ustaz Halim, lelaki kedua dari kiri, mengetuai dan membimbing rombongan.

Alhamdulillah, jemaah Umrah Ramadan + Egypt Tour HAJIUMRAH.COM yang berlepas 19/8/2009 lalu selamat tiba di Tanahair pada 1/9/2009 kelmarin. Jemaah Umrah Ramadan Ekonomi yang berlepas pada 23/8/2009 lalu, kini masih di Mekah dan akan tiba di Tanahair pada 6/9/2009. Jemaah Umrah Akhir Ramadan akan berlepas pada 6/9/2009 (17 Ramadan) dan akan berlepas pulang dari Mekah pada petang 1 Syawal, iaitu setelah bersolat hari Raya Aidil Fitri di Masjidil Haram pada pagi hari yang sama.

P1040228

Rombongan Umrah+Egypt Tour pada 20/8/2009, menziarahi maqam Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie, di Kaherah, Mesir.

P1040240

Rombongan ketika menziarahi Masjid dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Ia adalah universiti yang tertua di dunia.

P1040252

Rombongan mengambil kesempatan berfoto di jambatan atas Sungai Nil, sungai yang paling panjang dan paling banyak sejarahnya di dunia. Di sungai ini, Nabi Musa as dihanyutkan oleh ibunya supaya tidak dibunuh oleh Firaun yang memerintahkan semua bayi lelaki dibunuh.

P1040309

Rombongan menziarahi Piramid di Giza, Kaherah, Mesir, salah satu dari 7 keajaiban dunia.

P1040336

Rombongan berpeluang menyusuri Sungai Nil yang bersejarah itu. Satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

 

Advertisements

5 Respons

  1. Saya hanya berminat untuk membuat umrah pada 15 hari akhir ramadan dan kalau boleh saya ingin menghabiskan masa di Mekah dan Madinah sahaja. Adakah pakej yang disediakan hanya untuk umrah dan tidak melibat kan melawat ke tempat2 lain selain dari Madinah dan Mekah sahaja?

  2. Assalamualaikum,

    As you are aware, the jemaah of the end of ramadan 1430H umrah left one day earlier than schedule due to a blunder of Misbah Travel.

    When will we be reimbursed & compensated as your office have not contacted me though it’s been a month since we came from the umrah.

  3. Assalamualaikum,

    As you are aware, the jemaah of the end of ramadan 1430H umrah left Mekah one day earlier than schedule due to a blunder of Misbah Travel.

    When will we be reimbursed & compensated as your office have not contacted me though it’s been more than month since we came back from the umrah.

  4. Terima kasih, respons dari Ustaz Halim. 21 April Saya nak pergi dan balek dengan Mas 4 Ogos dan balek selepas menunaikan Qiamullail malam 23 Ramadan. Cukup budget untuk itu je dan duduk 4 orang atau lebih sebilik. Difahamkan tambah 100rm sehari. Tolong usahakan . Wassalam.

  5. Assalamualaikum Ustaz Halim.

    Ekoran dari percakapan telefon saya dengan ustaz hari ni Selasa 11 Mei, saya sahkan lagi sekali pekara berikut: Saya dah tetap nak pergi dengan MAS pada 4 Ogos. Ini penting bagi saya atas urusan tertentu.. Kumpulan saya berempat orang, 3 dari Seremban. Mohon book seat untuk kami. Duduk sebulan disana. Norazizah dan Wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: