Jemaah “Standby” masih menunggu

Sehingga ke hari ini, jemaah berstatus “Standby” masih menunggu lampu hijau dari Tabung Haji untuk naik Haji pada tahun ini. Tabung Haji pula masih merayu pihak Saudi agar mengurniakan kepada Malaysia kuota tambahan sebanyak 10,000 untuk membolehkan jemaah berstatus “Standby” mendapat Visa Haji. Kebiasaannya keputusan diperolehi di dalam bulan Ramadan, akan tetapi tahun ini agak berbeza keran berlaku kelewatan dipihak Saudi dalam memberi jawapan.

Pada bulan lalu, pihak Tabung Haji agak positif dan optimis, lalu menawarkan kepada syarikat-syarikat yang dilesenkannya, kuota tambahan, walaupun kepada mereka yang baru mendaftar. Oleh sebab itu HAJIUMRAH.COM menawarkan tempat berkenaan dalam posting yang lalu. Namun, keadaan dan harapan pada hari ini adalah berbeza.

Kita berdoa kepada Allah swt semoga harapan bakal-bakal jemaah Haji untuk ke Tanah Suci menunaikan fardhu Haji pada tahun ini dimakbulkan oleh Allah swt. Ameen.

Ustaz Halim  www.HAJIUMRAH.COM

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: