Semua jemaah HAJIUMRAH.COM naik Haji 2009 !!

P1040472

Jemaah HAJIUMRAH.COM yang lalu sedang bersiap pakaian Ihram dan niat di miqat Bi’r Ali, Madinah.

<URGENT: SILA LENGKAP & SERAH DOKUMEN (Pasport, foto, Borang THSW-07 dll.) ANDA HARI INI> Pada hari Jumaat 23/10/2009, tiga hari yang lalu, Kerajaan Saudi mengumumkan pemberian Kuota Tambahan sebanyak 10,000 kepada Malaysia. Beberapa negara lain turut menerima Kuota Tambahan. Sehubungan dengan itu, semua jemaah yang mendaftar diri untuk mengikuti Pakej Mitra Kembara Sdn Bhd / HAJIUMRAH.COM akan diproses pendaftaran mereka oleh pihak Tabung Haji mulai hari ini dan akan dapat menunaikan fardhu Haji pada tahun ini, insyaAllah.

Kepada jemaah Haji yang belum menyerahkan dokumen-dokumen yang diminta seperti Pasport Antarabangsa, foto dan sebagainya, hendaklah terus ke Ibu Pejabat Tabung Haji, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur dan menyerahkannya selewat-lewatnya jam 5.00 pm hari ini juga.

Kepada jemaah Haji yang telah mendaftar dengan pakej lain atau Muassasah, dan ingin menukar ke Pakej Haji Mitra Kembara – HAJIUMRAH.COM, sila isi Borang THSW-07 dan menyerahkannya beserta  pasport antarabangsa dan foto ke Pejabat Urusan Mitra Kembara Sdn Bhd, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Kepada jemaah yang belum mendaftar dan ingin mendaftar disaat akhir, sila isi Borang THSW-07, mengenakan cap jari kiri di borang berkenaan, dan terus menyerahkannya bersama-sama Pasport Antarabangsa, foto saiz Visa haji (4cm x 6cm) di Pejabat Urusan Mitra Kembara Sdn Bhd, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.  Setelah pasport dan Visa haji jemaah yang telah mendaftar diproses, permohonan jemaah Haji yang baru mendaftar akan dipertimbangkan.

Semoga semua jemaah yang berhasrat untuk naik Haji dan mendaftar pada tahun ini akan dikabulkan Allah harapan mereka dan semoga kita semua mendapat Haji dan Umrah yang mabrur. Ameen.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah,

Ketua Rombongan dan Bimbingan HAJIUMRAH.COM (Mitra Kembara).

Advertisements

Satu Respons

  1. Ustaz, saya telah daftar dengan pakej swasta untuk pergi Haji tahun 2009. Dapat makluman kemungkinan besar akan pergi dengan kuota tambahan pada 15-17 Nov ini. Telah serahkan pasport dsb untuk urusan visa kepada syarikat itu. Tapi sehingga kini belum ada pengesahan dari syarikat dan tabung haji. Saya check dengan Tabung Haji dan status masih lagi rayuan ditolak. Boleh ke pindah pendaftaran ke syarikat ustaz dan sempatkah lagi untuk pergi haji tahun ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: