Semua Jemaah HAJIUMRAH.COM (KT 76) bertolak Jumaat 13 malam Sabtu 14/11/2009

CIMG3957

Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor.

Semua Jemaah Pakej Haji HAJIUMRAH.COM berlepas ke Tanah Suci (lihat Tatacara Hari Keberangkatan) pada Sabtu 14/11/2009 pukul 7.30 pagi menaiki pesawat KT 76 (lihat Jadual Program Harian Pakej HAJIUMRAH.COM KT 76). Oleh itu waktu melapur diri di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya (KTHKJ), Selangor bagi SEMUA jemaah ialah pada Jumaat 13 hb malam Sabtu 14 hb November 2009, pukul 3.00 am (4 jam sebelum waktu berlepas), insyaAllah.

Untuk mengelakkan kelewatan tiba dan melapur diri, jemaah yang datang dari jauh, seperti dari Sabah, Johor, Kedah, Perak dan mana-mana negeri, boleh datang ke KTHKJ lebih awal dan menggunakan kemudahan bilik-bilik penginapan yang banyak disediakan di sana. Setiba di KTHKJ, sila ikut taklimat di pembesar suara resmi berdasarkan ROMBONGAN KT 76, manakala nama syarikat-syarikat adalah tidak penting semasa pengurusan keberangkatan di KTHKJ. Urusan jemaah Haji mengikut nama syarikat akan bermula dengan resmi dan penting sebaik jemaah Haji tiba di Lapanganterbang Jeddah nanti.

Bagi KT 76, jemaah akan pulang ke Malaysia dengan berlepas dari Madinah Airport dan tiba di KLIA pada Rabu 23/12/2009 pukul 11.50 malam (pesawat SV5010). Oleh itu jumlah hari ialah 40 hari.

Sessi Taklimat Akhir (Keberangkatan) akan diadakan pada Khamis 5/11/2009 pukul 9.00 pm/malam di Pejabat Urusan HAJIUMRAH.COM. Semua jemaah dijemput hadir. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, sila ikuti Panduan Hari Keberangkatan di bawah.

PANDUAN HARI KEBERANGKATAN

(Foto-foto di bawah diambil pada malam/hari keberangkatan Jemaah HAJIUMRAH.COM pada Musim Haji 1429H/2008M tahun lalu).

CIMG3943

(1) Jemaah membuat persiapan terakhir di rumah. Pastikan semua bag tertulis nama sendiri, nombor telefon, nama syarikat MITRA KEMBARA, perkataan MALAYSIA, nombor Ustaz Halim di Mekah 0503-508 007, nombor KT 76. Jika berlaku kehilangan beg, Ustaz Halim mudah dihubungi. Bagi jemaah yang ke Kelana Jaya dengan menaiki bas dari Pejabat urusan yang disediakan, sila hadir di Pejabat Urusan pada hari Jumaat 13/11/2009 sekitar pukul 11.59 tengah malam. Bas akan bertolak ke Kelana Jaya pada Sabtu 14/11/2009 pukul 1.00 am/pagi.

 

CIMG3954

(2) Melapur diri di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya (KTHKJ), Selangor selewat-lewatnya pukul 3.00 am (pagi). Sebaik tiba di sana, sila ambil perhatian sebarang pengumuman untuk KT 76. Semua jemaah Haji Malaysia diurus di KTHKJ mengikut KT masing-masing. Sesampai di KTHKJ, jemaah tidak perlu mencari wakil syarikat masing-masing. Sebarang masalah, sila lapur terus ke petugas-petugas Tabung Haji Malaysia di sana.

 

CIMG3955

(3) Bagi jemaah yang memilih untuk tidak bersiap pakaian Ihram di rumah, sebaliknya bersiap di KTHKJ, sila bersiap sebelum pengumuman meminta jemaah masuk ke dalam bangunan KTHKJ. Bilik air banyak terdapat di KTHKJ. Jemaah boleh juga menukar pakaian di Masjid KTHKJ yang terletak di tingkat satu, diatas bilik air di sana. Gunakan kesempatan sebagai Tetamu Allah untuk bersolat Tahajjud, solat sunat Musafir, solat hajat dan lain-lain ibadat di dalam Masjid KTHKJ sempena permulaan perjalanan jemaah sekelian.

 

CIMG3966

(4) Jemaah mengambil beg sangkut kecil (sling bag) yang dihadiahkan oleh Telekom Malaysia Berhad dan lain-lain cenderahati jika ada. Sila letakkan Kad kesihatan, ubat-ubatan, wang dan lain-lain perkara penting didalam beg tersebut. Ketip kuku, pisau blade, gunting dan seumpamanya tidak dibenarkan dibawa didalam beg kecil ini dan mesti diletakkan di dalam beg besar (luggage beg).

 

CIMG3970

(5) Apabila pengumuman dibuat, Jemaah terus masuk ke dalam bangunan KTHKJ dan jemaah akan mula meninggalkan sanak saudara yang turut menghantar di sana.

 

CIMG3990

(6) Urusan Check-in dijalankan berupa timbang beg dan serahan pasport.

 

CIMG4017

(7) Jemaah akan terus ke Balai Taklimat, sebelum menaiki bas untuk ke KLIA. Pastikan Kad Kesihatan berada ditangan anda (dalam beg sling) dan bukan di dalam beg besar (luggage bag) atau beg jinjing (travel beg).

 

CIMG4038

(8) Sebaik selesai Taklimat di Balai Berlepas KTHKJ, jemaah akan menaiki bas ke KLIA. Masa diambil lebih kurang 45 minit.

 

CIMG4089

(9) Setiba di KLIA, jemaah solat Subuh masing-masing di Sudut Solat yang disediakan oleh pekerja KLIA. Kemudian tunggu sehingga panggilan untuk masuk ke dalam pesawat dibuat.

 

CIMG4099

(10) Jemaah akan dipanggil masuk ke dalam pesawat secara berkumpulan mengikut warna tiket masing-masing (merah, hijau, kuning dan sebagainya).

 

CIMG4102

(11) Sebaik mendapat tempat duduk masing-masing, semua jemaah membuka Buku Panduan, mengulangkaji terutamanya bersedia di mukasurat yang terdapat Niat Umrah atau Niat Haji. Setiap jemaah mesti berniat samada mengerjakan Umrah (tamattuk) atau Haji (ifrad) sebelum pesawat melintasi Miqat di Qarnul manazil, iaitu 6 jam selepas pesawat berlepas dari KLIA. Niat Umrah ialah “Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah taala“. Niat haji ialah “‘Sengaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram kerananya kerana Allah taala”. Bagi jemaah yang takut tertidur lalu terlajak Miqat tanpa berniat, diminta berniat seawal boleh tanpa menunggu diakhir tempat Miqat di Qarnul Manazil. Boleh berniat sebaik pesawat berlepas.

 

CIMG4149

(12) Setelah tiba di Lapanganterbang Jeddah, jemaah akan melalui Imigresen, mengambil beg-beg dan kemudian bergerak ke tempat menunggu Jemaah Haji Malaysia. Walaupun lapangan terbang itu besar tetapi panduan ke tempat Jemaah Haji Malaysia telah dipasang. Sila ikut papan tanda dan bendera Malaysia sehingga jemaah tiba dan berehat di Tempat Berehat Jemaah Haji Malaysia. Kebiasaannya makanan akan disediakan oleh Tabung Haji Malaysia di situ.

 

CIMG4155

(13) Setibanya di Mekah, jemaah akan menyempurnakan Niat Umrah yang dilafazkan di dalam pesawat, dengan megerjakan Tawaf Umrah, Saie Umrah dan Gunting Umrah. Jemaah yang berNiat Haji akan mengerjakan Tawaf Qudum (Selamat Datang) dan Saie Haji.

 

Panduan-panduan seterusnya akan disampaikan di Tanah Suci nanti, insyaAllah. Semoga semua jemaah mendapat Haji dan Umrah yang Mabrur. Ameen.

Ustaz Abdul Halim

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM

Advertisements

Satu Respons

  1. Assalamualaikum,
    Harap dapat e mailkan saya jadual umrah untuk tahun 2010 berserta harganya sekali

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: