Ziarah 42 tempat di Madinah !! Hanya dari Pakej Haji HAJIUMRAH.COM !!

RombonganPakej Haji HAJIUMRAH.COM berjaya menziarahi lokasi Perang Badar dan Tanah Perkuburan Syuhadak Badar (14 orang sahabat gugur syahid) di pekan Badar, 160 km dari bandar Madinah. Menziarahi tempat bersejarah jauh di luar bandar Mekah dan Madinah adalah suatu yang jarang berlaku. Kini, bagi Jemaah Pakej Haji HAJIUMRAH.COM, ia menjadi kenyataan di Badar.

Alhamdulillah, Pakej Haji HAJUMRAH.COM baru-baru ini berjaya mengajurkan lawatan ke lebih dari 40 tempat seperti yang dirancang. Kebiasaannya jemaah Haji Malaysia menziarahi hanya 6 – 8 tempat sahaja. Di Madinah, disamping tempat Jemaah Haji menziarahi maqam Rasulullah saw, ia juga adalah tempat yang menyimpan sejarah Islam yang penting. Menziarahi tempat-tempat tersebut memberi kefahaman yang lebih kepada kita tentang Islam itu sendiri. Di sini Rasulullah saw berdakwah, berjuang dan menegakkan Negara Islam. Di sini juga Baginda saw, isteri-isteri Baginda saw dan ramai dikalangan para Sahabat ra yang berjuang dan tempat mereka dikebumikan.

Rombongan berada betul-betul di tapak Perang Badar kawasan Tentera Islam. Di tanah tinggi di belakang ialah tempat tentera Islam membina khemah komanden untuk Rasulullah saw yang dipanggil Al-Arisy. Selepas itu dibina sebuah masjid dinamakan Masjid Al-Arisy. Di mana sahaja di ketahui Rasulullah saw pernah berada, umat selepasnya akan membina masjid di situ.

Pada kebiasaannya, jemaah-jemaah Haji hanya dibawa melawat ke 4 – 6 buat tempat sahaja iaitu (1) Masjid Qubak, (2) Bukit Uhud, (3) Masjid Qiblatain (Dua Kiblat), Masjid Tujuh (Khandak) dan (4) Pasar Kurma. Jemaah yang bernasib baik akan dibawa ke tempat-tempat tambahan seperti (5) Masjid Jumaat, (6) Kilang Cetak Al-Quran.

Di dinding sebelah kiri rombongan ialah senarai nama Sahabat ra yang syahid di Perang Badar. Di sebelah kanan rombongan pula ialah peta lokasi dan pergerakan Tentera Islam dan Tentera Musyrikin sebelum dan semasa Perang Badar berlaku. Ketika di Perang Badar, Abu Jahal dan ramai pemimpin Musyrikin Quraisy terbunuh.

Mercu tanda tapak berlakunya Perang Badar tersenarai 14 nama para Sahabat Rasulullah saw yang gugur syahid.

Pakej Haji HAJIUMRAH.COM dengan moto “Harapan Anda Matlamat Kami” bercita-cita bukan sahaja jemaah Haji memdapat Haji yang Mabrur tetapi juga disepanjang perjalanan dapat memahami sejarah Islam dengan padat dan jelas melalui ziarah-ziarah di berbagai tempat yang dilawati. Penerangan di tempat ziarah dan kuliah di hotel juga diberikan dengan mengupas pengajaran dari sejarah Islam beserta dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Hadis.

HAJIUMRAH.COM “Harapan Anda Matlamat Kami”

Advertisements

2 Respons

  1. Assalamualaikum. Saya sungguh berbangga kerana menjadi rombongan pertama yang dapat ziarah ke lokasi perang Badar ini bersama Ustaz Halim. Berdasarkan survey dikalangan rakan-rakan yang telah menunaikan haji dan umrah sebelum ini, mereka tidak berpeluang untuk berziarah sebanyak seperti mana yang ustaz halim bawa kita semua (sebanyak 40 tempat). Layari http://www.hajiumrah.com dan dapatkan maklumat terperinci. Salam – HJ. SAMSUDIN & HJH. MASTINI 2009-

  2. Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
    Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
    Assalamualaikum..
    Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
    Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
    Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
    Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
    Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
    Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
    Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
    Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
    Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

    Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: