Moga mendapat Haji Mabrur

Sebahagian ahli Jemaah Haji Pakej HAJIUMRAH.COM 2009M berfoto dihadapan Khemah Mina, sebelum bertolak untuk melontar Jamrah Aqabah. Ketua rombongan dan bimbingan, Ustaz Halim bersama isteri berdiri di belakang dan kanan sekali.

Alhamdulillah, rombongan Pakej Haji TH-SW (Tabung Haji – Swasta) MITRA KEMBARA/HAJIUMRAH.COM selamat menunaikan ibadah Haji 1431H di Tanah Suci Mekah. Semua pergerakan dan aktiviti berjalan licin. Jemaah berpuas hati dan memberikan maklumbalas yang sangat positif kepada pihak Pengurusan. Disamping itu selain ibadah Haji, perkara yang tidak kurang pentingnya ialah para Jemaah Haji HAJIUMRAH.COM telah saling berkenalan diantara satu sama lain. Sessi Taaruf (saling berkenalan) diadakan secara khusus di Khemah Mina. Sebelum berlepas pulang ke Tanahair, Tuan Haji Surip Kadir dan isteri beliau (cucu turut sama menunaikan Haji) mengajak semua ahli rombongan HAJIUMRAH.COM ke rumah beliau pada hari Ahad 7.2.2010 sempena majlis perkahwinan anaknya, sekaligus merupakan Re-Union pertama bagi Rombongan HAJIUMRAH.COM 1431H/2010M. Pada pihak penganjur, apabila jemputan dibuat kepada semua ahli rombongan, ini sebenarnya menunjukkan hubungan yang erat telah terjalin di kalangan ahli rombongan sesama mereka di akhir pakej pada 23/12/2009. Hubungan seperti itu sudah tentu belum sedemikian sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci pada 14.11.2009 yang lalu. Moga kenangan dan perkenalan berpanjangan. Moga Allah mengekalkan kemabruran Haji kita. Ameen.

Advertisements

2 Respons

  1. Slm Al-Ust,
    Kalu tak keberatan Ust boleh tonton video hajj 2006 dlm youtube search Mitra Kembara.
    Selamat ke Umrah 9 Mac nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: