Pendaftaran Pakej Haji 2010M/1431H rancak

Sebahagian dari Jemaah Pakej Haji HAJIUMRAH.COM Musim Haji 1430H/2009M baru-baru ini. Jumlah 144 orang. Ustaz Halim dan isteri, Ustazah Fariza dibelakang dan kanan sekali.

Pendaftaran Pakej Haji bagi jemaah yang ingin menunaikan Haji pada tahun ini dibuka dengan mengisi Borang THSW-07 dan menghantarnya ke Pejabat Urusan 06-7644494 / 016-6967770 (Haji Azhar). Harga muktamad Pakej Haji pada tahun ini akan Teruskan membaca

Romb UmrahMac+EgyptTour berlepas 16 Mac

Rombongan Umrah+EgyptTour 16 Mac selamat tiba di Masjidil Haram pada 20 Mac (foto terbaru).

Rombongan Umrah Mac+Egypt Tour 16 Mac berlepas ke Mesir (melancong 2 hari), kemudian ke Madinah/Mekah (12 hari). Moga Allah menerima Umrah mereka sebagai Umrah yang mabrur. Ameen. >>Sila lihat foto-foto di Mesir seterusnya>> Teruskan membaca

Jemaah Haji 2006 buat video. Terima kasih.

Kelmarin, seorang jemaah Pakej Haji 2006 bimbingan saya memaklumkan kepada saya ada satu video dibuat khusus untuk Jemaah Pakej Haji 2006. Menyaksikannya menyebabkan air mata mengalir, terkenang ibadat dan perkenalan di Tanah Suci masih segar hingga ke hari ini, walau beberapa tahun telah berlalu. Teruskan membaca

Mari melihat apa di dalam Kaabah

Ramai jemaah Haji dan Umrah ketika di Tanah Suci menanya saya apa yang ada di dalam Kaabah. Baru sebentar tadi saya terjumpa video animasi dan video yang dirakam oleh orang yang memasukinya. Saya paparkan di dalam website HAJIUMRAH.COM ini untuk menfaat bersama. Teruskan membaca