Pendaftaran Pakej Haji 2010M/1431H rancak

Sebahagian dari Jemaah Pakej Haji HAJIUMRAH.COM Musim Haji 1430H/2009M baru-baru ini. Jumlah 144 orang. Ustaz Halim dan isteri, Ustazah Fariza dibelakang dan kanan sekali.

Pendaftaran Pakej Haji bagi jemaah yang ingin menunaikan Haji pada tahun ini dibuka dengan mengisi Borang THSW-07 dan menghantarnya ke Pejabat Urusan 06-7644494 / 016-6967770 (Haji Azhar). Harga muktamad Pakej Haji pada tahun ini akan disiarkan oleh Tabung Haji Malaysia di dalam Brosur PJH (Pengelola-pengelola Jemaah Haji) yang diedarkan kepada semua bakal-bakal Haji pada bulan Mei/Jun (seperti tahun-tahun lalu). Harga aggaran ialah RM19,980.00

Jemaah Pakej Haji HAJIUMRAH.COM pada Musim Haji 1430H/2009M tahun lalu ketika melakukan Raptai Haji di Padang Arafah, Mekah, sebelum tiba Hari-hari Haji 8-13 Zulhijjah.

Bakal-bakal jemaah Haji dinasihatkan agar mendapatkan pandangan jemaah-jemaah lalu supaya dapat memilih pakej Haji yang terbaik yang boleh membimbing kita kearah mendapat Haji yang Mabrur serta memberi pengertian dan pengajaran yang berguna dari program dan lawatan yang diatur.

Diantara keistimewaan Pakej Haji HAJIUMRAH.COM ialah :

  1. Bimbingan ulamak sepenuhnya disepanjang perjalanan. (Sering berlaku terdapat jemaah haji Malaysia mengadu tidak ada bimbingan yang secukupnya di Tanah Suci dimana mereka terasa dilepaskan begitu sahaja).
  2. Ketua rombongan yang boleh berbahasa Arab dan telah mengikuti kursus-kursus ibadat dan pengurusan Haji anjuran Tabung Haji Malaysia.
  3. Kuliah Harian tidak kurang 20 hari/kali dengan Zikir Berjemaah disetiap permulaan Kuliah. (Kebiasaannya sekali dua sebelum Wuquf da sekali dua selepas Wuquf sahaja).
  4. Program yang tersusun dan padat terutama disepanjang Hari-hari Manasik (Arafah – Muzdalifah – Mina).
  5. Ziarah di Madinah melebihi 40 tempat. (Kebiasaannya sebanyak 6 – 9 tempat sahaja seperti Masjid Qubak, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Pasar Kurma). Sila rujuk jemaah-jemaah yang terdahulu untuk mengetahui 40 tempat yang dilawati.
  6. Setiap tempat bersejarah diberikan penerangan yang lengkap selari dengan Seerah Rasulullah saw.
  7. Perjalanan dan program diatur agar jemaah Pakej Haji HAJIUMRAH.COM mempunyai ikatan erat sesama mereka sebelum pulang ke Tanahair. Ini terbukti dengan re-union yang berlaku selepas pulang dari Haji dihadiri hampir kesemua jemaah yang bersama didalam satu-satu rombongan.
  8. Bilangan ahli rombongan yang tidak terlalu besar (100 – 200 orang jemaah Haji) membolehkan penumpuan diberi kepada setiap ahli rombongan dan memastikan kesempurnaan perlaksanaan ibadat Haji dan Umrah mereka.
  9. Hampir kesemua jemaah yang mendaftar pada tahun 2009 lalu, berjaya naik Haji pada tahun tersebut, kecuali beberapa orang sahaja yang mendaftar sangat lewat iaitu kurang dari tempoh satu bulan dari tarikh berlepas (14 November 2009).

Untuk mendaftar sila isi Borang THSW-07 dan hantar terus ke Pejabat Urusan 06-764 4494 / 016-696 7770 (Haji Azhar, staf).

Selamat mendaftar dan menunaikan Haji pada tahun ini.

HAJIUMRAH.COM

06-764 4494 (pej)

Advertisements

8 Respons

  1. assalamualaikum..
    saya ingin mengetahui perbelanjaan untuk menunaikan haji dengan pakej ini bagaimana?kalau boleh nak tahu dengan detail..saya xpaham..terima kasih

  2. assalamualaikum..wr br

    saya tengok list yang baru TH iklankan, nama Mitra tak de disenaraikan. Ade kesilapan ke ustz.

    terima kaseh

  3. Assalamualaikum Uztaz.

    Baru-baru ni Saya telah mendaftar haji di Tabung Haji On Line dan saya diberi No.Permohonan Daftar Haji. Boleh tak saya pergi ke Haji tahun ini ..? Setelah saya menalipon tabung haji, mereka memberitahu bahawa no Pedaftaran Haji akan dikeluarkan selewat-lewatnya 30 hari dari tarih Permohonan Daftar Haji. Saya mengunakkan No.Permohonan Daftar Haji semasa mengisi borang THSW-07 . Boleh ke Ustaz. Saya dan Isteri amat berharap di pilih Allah untuk mengerjakan haji pada tahun ini bersama Ustaz Halim.

  4. salam

    nak menjemput sekali lagi kepada Ust, Ustzah dan semua jemaah haji mitra kembara 2009 untuk menyertai mailinglist kami di mitrakembara09@yahoogroups.com. jemputan telah dihantar melalui sms, mungkin ada yang dapat atau tidak sekali lagilah dijemput. boleh email alamat email masing masing ke yahoo saya afmz79@yahoo.com

    tkasih

    faizal/jawahir

  5. Askm Ustaz,
    Saya insyallah telah terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Suami saya statusnya: Rayuan. Kami telah mendaftar dengan TH Travel Services untuk pakej haji. Saya telah mendapat surat dari pihak TH Travel yang mahu kami confirmkan pakej pilihan kami dan mahu kami jawab sebelum15 Julai 2010 ini. Soalannya, jika kami mahu menukar kepada syarikat ustaz ie: tidak mahu pakej TH Travel dan tukar kepada PJH swasta—-adakah ini dibenarkan dan apa cara yang kami perlu buat?
    Kedua: Jika kami mahu pergi sekitar 21 hari sahaja atau maximum 30 hari…..adakah ini boleh di uruskan oleh pihak syarikat ustaz.
    Ketiga: Jika saya dan suami mahu bilik berdua diMekah dan madinah…untuk tempoh 21 atau 30 hari…berapa harganya? Adakah harga ini termasuk bayaran WPH?
    Harap Ustaz dapat beri jawapan segera kerana kami tiada banyak masa….
    Terima kasih. Wassalam.

  6. Salam Ramadan

    Nak buat tempahan untuk 3 orang (sebilik) umrah Dec 15, 2010 hingga akhir tahun:

    Kalau boleh untuk 15 hari Umrah. MAS flight?

    Terima kasih.

    Maznah (Emak Raja Rina)

  7. assalamualaikum ustaz dan salam ramadan..

    saya dan suami berhajat untuk mengerjakan haji pada tahun depan 2011.

    No giliran kami di tabung haji ialah di tahun 2022. macamana ya ustaz supaya kami dapat mengerjakan haji (jika iizinkan..) pada tahun hadapan.

    pn ainy

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: