Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM dikurnia Sijil Pengurusan Haji

Ustaz Halim sedang menerima Sijil Pengurusan Haji dari Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr  Muhamad b Muda sambil diperhatikan oleh Pengurus Besar Tabung Haji Malaysia, Tn Hj Salleh b Mubin.

< Iklan: Pendaftaran Pakej Haji 2010M/1431H rancak & masih dibuka>. HAJIUMRAH.COM sekali lagi menempa sejarah apabila Pengarah Urusannya, Ustaz Abdul Halim Abdullah dikurniakan Sijil Pengurusan Haji oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Tabung Haji Malaysia pada 23 Februari 2010, bersamaan 9 Rabiul Awal 1431H.

Sijil Pengurusan Haji Petugas Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dikurnikan kepada Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah, Pengarah Urusan HAJIUMRAH.COM.

Ustaz Halim (tengah) bersama para peserta yang berjaya mendapat sijil Kursus Pengurusan Haji anjuran bersama Universit Sains Islam Malaysia dan Tabung Haji Malaysia.

Suasana pentas dewan utama di hari terakhir dan penyampaian sijil kepada parapeserta yang berjaya.

Ustaz Haji Abdul Halim bin Abdullah, Pengarah Urusan HAJIUMRAH.COM.

Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Seremban, Negeri Sembilan, hanya 15 km dari KLIA, tempat berlepas jemaah Haji dan Umrah Malaysia.

Keseluruhan para peserta kursus.Di tengah-tengah ialah kakitangan Tabung Haji Malaysia dan USIM. Ustaz Halim berdiri di kanan sekali.

Advertisements

11 Respons

  1. Salam..ibu saya..berhajat menunaikan haji,berumur 74 tahun,masalah..tiada muhrim yg bole menemankan dia,apa nasihat ustaz,saya sebagai anak..belum bersedia..memandangkan saya masih mempunyai anak di bwah umur 2 tahun.

  2. salam ustaz adakah program umrah pada bulan shawal

  3. Salam Ustaz,
    Saya akan pergi ke Jeddah untuk menghadiri meeting perniagaan . Kemudian saya bercadang menunaikan umrah. Soalan saya ialah adakah saya wajib niat umrah di qarnul manazil sebelum sampai Jeddah dan menunaikan umrah dahulu di Mekah? Atau selepas meeting perniagaan, saya baru pergi ke tan’im untuk berniat umrah?

    Sebab kalau baca fatwa ulama saudi, mereka berpendapat supaya berniat di qarnul manazil sebab kita sudah berniat hendak melakukan umrah di Malaysia. Mohon penjelasan ustaz, saya pening dengan masalah ini. Terima kasih ustaz.

  4. Ustaz,
    Saya akan menghadiri seminar di Jeddah. kalau ada kesempatan saya bercadanga melakukan umrah. Dimanakah tempat saya patut berniat ihram? Di Jeddah atau di Tan’im? Atau tempat yang sepatutnya saya berniat ihram. Mohon bantuan ustaz. Terima Kasih.

    • Ustaz Halim,
      Terima kasih banyak-banyak. Hati sekarang tenang dengan pendapat ustaz . Kawan saya memberitahu bahawa kitab mughni muhtaj dan pendapat sheikh uthaimain memberi pendapat yang sama dengan pendapat Ustaz. Terima kasih sekali lagi.

  5. Salam ustaz,
    masa tgh browse page Ustaz nk cari info pasal pakej umrah ni, ternampak pula gambar paling atas.
    mcm salah org je gamba atas tu.

    “Ustaz Halim sedang menerima Sijil Pengurusan Haji dari Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr Muhamad b Muda sambil diperhatikan oleh Pengurus Besar Tabung Haji Malaysia, Tn Hj Salleh b Mubin.”

    rasanya nama prof tu Bahrom Sanugi…Pengarah Pusat Hubungan Industri dan Khidmat USIM. rupanya mcm pakcik ana – kalau xsilap la.

  6. Assalamualaikum wbt Ustaz,

    Saya ada terbaca buku yg mengatakan Haji Tamatuk lebih baik drp Haji Ifrad sebab Rasulallah saw pun buat Haji Tamatuk.
    (Betul ke Ustaz?) Ada buku juga yg mengatakan Rasullallah saw buat Haji Qiran.

    Tapi saya difahamkan selama ini bahawa Haji Ifrad lebih afdhal.

    Yg mana satu yg betul Ustz ?

    Saya confuse dan diharap dapat membantu dari segi dalil2 Alquran & haadis.

    Terimakasih banyak atas jawapan.

    Salam
    Fauzi
    ex’-MRSM Ktn

    • Ustaz Halim,

      Terima kasih banyak atas jawapan yang sungguh indah dari Ustaz.

      Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

  7. Saya ada buat rayuan dengan tabung haji untuk tahun ini.Saya daftar dgn pakej TH travel. Saya nk tahu mana lebih senang rayuan kita diterima , malalui pakej TH atau pakej swasta.Saya tgh usaha untuk boleh pg haji tahun..Boleh ustaz jelaskan.

  8. a’kum ustaz halim

    Saya , daud dan isteri dari kuala lumpur akan menunaikan ibadah haji dgn tabung haji, jika ustaz masih ingat semasa saya ikuti rombong umrah pada mac / april 2010 . Jika ada kesempatan bolehlah berhubung dengan ustaz semasa di makkah atau di madinah nanti. No. Phone saya +61078781700 , jika boleh ustaz bagi no. phone ustaz agar mudah berhubung. wasalam

  9. Assalamualaikum wbt, Ustaz Halim. Saya telah membuat Upah Badal Haji untuk arwah ayah saya pada November 2010 dan saya telahpun menerima sijilnya. Yang menjadi kemusykilan saya ialah: Tiada tertera perkataan “HAJI” pada sijil tersebut. Ini telah menimbulkan salah faham di kalangan adik beradik saya yang lain. Di mana saya boleh dapatkan atau membeli air zamzam di sini? Harap Ustaz dapat memberi penjelasan. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: