KT 01 berlepas 29 September 2011

Sebahagian ahli rombongan Pakej Haji HAJIUMRAH.COM tahun lalu (2009M). Kelihatan Ustaz Halim bersama isteri di baris belakang kanan.

Sesiapa yg baru ke pejabat Tabung Haji dan mendaftar hari ini untuk naik Haji akan mendapati melalui kiraan komputer di Tabung Haji dia akan naik Haji seawal-awalnya tahun 2035 !! Iaitu 25 tahun akan datang !! Kebanyakan mereka yang mula bertekad untuk ke Haji dan melangkah ke Pejabat Tbg Haji untuk mendaftar adalah golongan hampir pencen berumur sekitar 50an. Alangkah terkejutnya mereka bila mereka dapati mereka terpaksa menunggu giliran sedemikian rupa dan akan naik Haji ketika umur mereka 50+22 = 72 tahun !! Tak tahu samada ketika itu mereka masih hidup atau jika hidup adakah masih bertenaga baik untuk melakukan kerja-kerja Haji terutama berjalan jauh beberapa kilometer untuk melontar Jamrah dan bersesak-sesak. Begitu juga dikala umur tersebut, daya ketahanan badan melawan jangkitan yang biasa terdapat di Musim Haji seperti pneumonia (jangkitan paru-paru – pembunuh utama jemaah Haji), meningitis, influenza dan lain-lain adalah sangat lemah berbanding daya ketahanan jemaah Haji yang muda.

Pakej Haji HAJIUMRAH.COM

Berikut adalah pakej Haji yang biasa ditawarkan :
– Hotel yang dekat dengan Masjidil Haram (300-600 meter) dan Masjid Nabawi (150-250 meter)
– Makan secara buffet 3 kali sehari (sarapan, lunch & dinner). Pantry minuman panas disediakan 24 jam.
– Ziarah di Madinah ~40 tempat (4-5 hari menaiki bas) berbanding kebiasaan pakej-pakej lain hanya 7-9 tempat (~1 hari naik bas).
– Ziarah di Mekah tempat-tempat istimewa tambahan yang tidak diziarahi oleh rombongan-rombongan lain.
– bimbingan Guru Agama melayu yang bertauliah dan boleh berbahasa Arab secara berterusan dan berkesan.
– program-program penuh di Arafah dan Mina (banyak rombongan mengadu terbiar tanpa program sebaiknya di tempat-tempat Manasik yang mustajab ini).
– program-program yang mengikat perkenalan dan persaudaraan Islam dikalangan sesama rombongan.
– Harga Pakej RM21,950.00 (Bilik Berkumpulan 4-6 katil) dan RM28,950.00 (Bilik Berpasangan).
– Deposit RM1,500.00
– Tarikh tutup pendaftaran 15 Oktober 2011
– Hubungi segera Pejabat Urusan 06-764 4494 / 016-696 7770 (Haji Azhar, kerani).
– Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.hajiumrah.com

Harga Pakej pada tahun ini ialah RM21,950.00 (Bilik Berkumpulan 4-6 katil) dan 28,950.00 (Bilik Berpasangan). Deposit adalah sebanyak RM1,500.00.

SENARAI SEMAK :

Fasa 01 – Pendaftaran :

  1. Isi dan serah Borang THSW-07 kepada syarikat (dgn cap jari kiri).
  2. Bayar Deposit RM1,500.00
  3. Buat Surat Rayuan dan serah ke Ibu Pejabat Tabung Haji, Kuala Lumpur.

Fasa 02 – Tempoh Proses (Ramadan – Syawal) :

  1. Menyediakan baki wang Bayaran Penuh.
  2. Berdoa agar nama naik untuk ke Tanah Suci pada tahun ini.

Fasa 03 – Tempoh Confirmed (Syawal – Zulkaedah) :

  1. Buat Bayaran Penuh.
  2. Kursus Haji Intensif & Taklimat Akhir Keberangkatan (akan dimaklumkan kelak).
  3. Serahan cenderahati berupa kain ihram (lelaki), telekung (wanita), beg, buku panduan/doa dan sebagainya kepada jemaah Haji oleh syarikat.
  4. Tarikh dan masa berlepas dari KLIA akan diumumkan.

Fasa 04 – Berlepas ke Tanah Suci (Zulkaedah – Zulhijjah) :

  1. Melapur diri di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya (KTHKJ), Selangor 4 jam sebelum waktu berlepas.
  2. Menerima cenderahati dari Tabung Haji, syarikat-syarikat koporat dll di KTHKJ.
  3. Check-in /timbang beg-beg, terima Pasport & name tag, tiket pesawat dll.
  4. Berlepas dari KLIA ke Jeddah.

Sekian, terima kasih.

HARAPAN ANDA MATLAMAT KAMI

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah

B.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo), B.E. (Queensland)
019-678 0000

Pengarah Urusan
HAJIUMRAH.COM
Aspirasi Ibadah Anda Yang Mabrur

Advertisements

18 Respons

  1. assalamualaikum
    adakah dah confirm tarikh keberangkatan untuk haji tahun ini?

  2. assalamualaikum ustaz

    kalau jemaah pertama akan bertolak 9 okt nih, bila rasanya boleh tahu keputusan mengerjakan haji ye ustaz? sedih kalau tidak diterima rayuan.

  3. sy ingin menghantar ibu saya rohani bt ali ke haji 2011 ini melalui pakej yang ditawarkan. Harap ustaz dapat beri panduan cara memohon. 0122375024

  4. Salam,

    1) Masih sempatkah lagi mendaftar sekarang untuk mengerjakan haji tahun ini?

    2) Sekiranya saya telah mendaftar dengan Tabung Haji Travel tetapi belum ada pengesahan berjaya ke tanah suci tahun ini, bolehkah saya mendaftar?

  5. assalamualaikum ustaz,
    ada kawan saya yang join pakej syarikat lain telah mendapat tawaran mengerjakan haji walaupun dia baru mendaftar dengan tabung haji. ada apa apa berita ke ustaz?

  6. assalamualaikum ustaz,

    sy difahamkan penerbangan pertama haji adalah pada 9 oktober.
    saya juga ingin tahu,bilakah agaknya tarikh penerbangan terakhir jemaah haji ke tanah suci.

  7. assalamualaikum ustaz,
    masih belum ada berita ke keputusan rayuan yg guna pakej ustaz
    dengarnya tabung haji surat mula hantar surat GAGAL dalam minggu ini kepada yang membuat rayuan

    tk

  8. assalamualaikum ustaz,
    saya salah sorang yang akan mengikut pakej haji ustaz utk tahun ini, boleh kah saya tahu bila agaknya kita dijangka akan berangkat ? sbb sek saya akan adakan exam akhir tahun pada 8/11/2010.

    tk

  9. Salam ustaz,

    Saya telah berdaftar di bawah sykt. ustaz utk mengerjakan haji musim ini. Saya ada bertanya kpd rakan2 yg bakal pergi haji dengan pakej syarikat lain. Ada yg kata mereka dah confirmed & dah dapat tarikh berlepas.. adakah keputusan t.haji dibuat secara berperingkat2 kepada syarikat2 yg mengendalikan pakej haji?

    t.kasih

  10. salam..ust. kemungkinan besar kita akan dapat Kt yg akhirkan…haji jenis apa yg paling sesuai?ifrad ke tamattu`…?..
    jzk

  11. Salam ustaz…. saya mengambil pakej di bawah syarikat ustaz. td pagi saya ada menghubungi th untuk bertanyakan status saya. Namun begitu jawapan yang mengecewakan yang saya dapat. adakah keputusan tabung haji itu akan menjadi keputusan yang sama dari pakej ustaz.

  12. Ustaz
    Saya diminta bayar baki haji sedangkan keputusan rayuan belum diketahui. Boleh ustaz clarify?

  13. Salam Ustaz,
    mak saya diminta hantar pasport, gambar visa dan buat sedikt persediaan, sedangkan keputusan rayuan masih samar2.

    Bagaimana permilihan yang TH lakukan meyebabkan ada pakej lain dah dapat kelulusan w/pun baru mendaftar?

    tk.

  14. Salam ustaz
    Masih ada harapan lagi ke utk rayuan haji diterima memandangkan rombongan haji pertama bertolak esok?

  15. Salam ustaz….

    Mintak tolong ustaz maklumkan segera jika ada rezeki kami untuk mengerjakan haji tahun ini…supaya mudah untuk membuat persiapan…setiap kali pergi tabung haji mesti kami bertanya kepada petugas tbg haji tentang status kami..tetapi jawapan yang diberikan amat mengecewakan…harap2 masih ade lg harapan kami untuk mengerjakan haji pada thn ini..

  16. Salam rakan2..

    Saya juga berdaftar di bawah pakej Ust. Halim bagi musim haji ini..I’Allah kita sama2 berdoa.. saya percaya Ust Halim & teamnya sedang bertungkus-lumus menguruskan perkara ini.. apa yg paling penting ketika ini marilah kita sama-sama berdoa agar ‘dipilih’ oleh Allah utk menjadi tetamuNya pada musim haji kali ini.. wAllahua’lam

  17. saya amat berdoa moga harapan saya untuk mengerjakan haji tahun 2011 akan tercapai.bagaimana kah caranya saya nak mendaftar dengan pakej ustaz/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: