Umrah Dis 2010 & Umrah Mac 2011 sambutan hangat

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM bersama-sama sebahagian ahli rombongan ketika di Padang Arafah, Mekah Al-Mukarramah. Di belakang ialah bukit Jabal Rahmah.

Selepas Musim Haji (Nov-Dis 2010) ini, rombongan Umrah Cuti Sek Dis 2010 (Visa Ziarah) akan mula berlepas selepas 15.12.2010 dan Umrah Cuti Sek Mac 2011 (Visa Umrah). Pada tahun ini pendaftaran kedua-dua musim tersebut mula hangat sejak beberapa minggu lalu. Ini adalah kerana :

  1. Umrah Disember 2010 adalah ketika Cuti Sek Hujung Tahun. (Kedutaan Saudi belum mengeluarkan kenyataan resmi untuk tahun ini berkenaan dengan Visa Ziarah).
  2. Ramai yang mendaftar Haji pada tahun ini nama mereka tidak naik dan terpaksa menunggu lagi ke tahun hadapan atau beberapa tahun lagi. Oleh kerana keinginan untuk menjadi Tetamu Allah itu sangat besar, mereka terus mendaftar Umrah yang terdekat selepas Musim Haji iaitu Umrah Disember 2010. Dijangka berlepas pada atau selepas 15 Dis 2010. Jemaah ke Umrah pada musim ini dengan menggunakan Visa Ziarah (kerana Visa Umrah belum dibuka).
  3. Umrah Cuti Sek Mac 2011 adalah menggunakan Visa Umrah. Sememangnya Visa Umrah dibuka setiap tahun pada bulan Mac. Oleh kerana visa ini percuma, harga pakej Umrah pada bulan ini adalah jauh lebih murah dari pakej Umrah Dis 2010 (Visa Ziarah). Biasanya beza harga ialah sekitar RM800 – RM1000.

Buat masa ini pakej-pakej Umrah Cuti Sek Mac 2011 adalah lebih confirmed berbanding dengan pakej-pakej Umrah Cuti Sek Dis 2010 yang belum dikeluarkan kenyataan resmi oleh Kedutaan Saudi di Kuala Lumpur. Oleh itu, jemaah yang mendaftar untuk Umrah Cuti Sek Mac 2011 adalah lebih mudah untuk mengatur jadual mereka dari sekarang dan pilihan ini yang kami lebih sarankan.

Barang diingat, sambutan terhangat ialah pakej-pakej Umrah Cuti Sek Jun setiap tahun. Ia dikatakan kemuncak musim Umrah dalam setahun pagi jemaah Umrah dari Malaysia. Ini adalah kerana :

  1. Ketika itu cuti sekolah adalah selama 2 minggu, berbanding dengan Cuti Sek Mac (1 minggu sahaja). Hampir kesemua tempoh Pakej Umrah ialah selama 2 minggu.
  2. Harga pakej Umrah Jun (Visa Umrah) adalah lebih murah berbanding pakej Umrah Disember (Visa Ziarah) kerana ia menggunakan Visa Umrah yang percuma.

Pendaftaran adalah mudah sahaja iaitu hantarkan nama-nama penuh dan nombor telefon ke Pejabat Urusan 06-764 4494 (pej / Haji Azhar 016 – 696 7770). Pihak kami akan membuat susulan selepas itu.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Halim 019 Р678 0000   http://www.hajiumrah.com

Advertisements

5 Respons

  1. assalamualaikum ustaz, ana nak tanya berkaitan pakej umrah pada bulan mac 2011, ana bercadang nak bawa isteri dan nenek ana menunaikan umrah, masalahnya nenek ana berada di kelantan, bagaimana dengan kursus umrah, adakah kursus umrah di buat di tanah merah kelantan dan bagi ana dan isteri kursus umrah di nilai atau lokasi yang berdekatan dengan nilai, kalau boleh ana inginkan maklumat lanjut, no tel ana 0123417936

  2. Salam Ustz.

    Saya sazali dari Kuala Lumpur.
    Saya merancang untuk menunaikan umrah pada Mac 2011 nanti. Tapi bolehkan pihak Ustz mengelola pelaksanaan umrah hanya untuk 7 hari sahaja (sepanjang tempoh cuti sek shj). untuk makluman kami seramai 7 orang sekeluarga.

    019-2702490

  3. kursus umrah di terengganu disediakan atau tidak?
    saya ingin menunaikan umrah-4 org sebilik.berapa harganya??
    terima kasih…

  4. salam, saya dr johor, nk tanya agensi ini ada cawangan di johor tak?

  5. Assalamualaikum Ustaz, saya nak tanya berkaitan pakej umrah pada 29 Mei – 11 Jun 201. Ini memandangkan sy seorg guru dan hanya boleh pergi pada tempoh waktu itu.Saya bercadang nak bawa ibu, seorg warga emas 68thn, ank perempuan 25thn. adik perempuan 46 thn, anak saudara 19 thn & anak kecil perempuan down sindrom berusia7 thn. Kami akn pergi tanpa mahram lelaki. Saya & anak di Perak manakala yg lain2 di Selangor.
    Kami berenam ingin tahu:
    i) Kos untuk seorang
    ii) Flight apa yg akan di naikki?
    iii) Kursus yg akan dihadiri?
    iv) Adakah apa-apa masalah besar akan timbul nanti dgn kumpulan kecil kami ini ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: