Jemaah Umrah Cuti Sek Mac selamat pulang

Rombongan HAJIUMRAH.COM didepan Masjid Nabawi pada 12 Mac 2011 lalu bersama Ustaz Halim (berdiri di depan memakahi jubah putih).

Jemaah HAJIUMRAH.COM bagi Umrah Mac 2011 selamat tiba di Tanahair pada 25 dan 26 Mac lalu. Kali ini urusan jemaah dikejutkan dengan bilangan jemaah Umrah yang sangat ramai dari seluruh dunia. Kejutan pertama ialah jemaah yang mendarat di Jeddah dibawa ke Terminal Haji !!! Perkara-perkara yang berjaya dilalui oleh urusan kali, tidak seperti yang berlaku pada sesetengah jemaah lain, ialah :

  1. Visa Umrah disiapkan sebelum pesawat yang dijadualkan berlepas. (Ada jemaah lain yang terkandas kerana Visa tidak siap di hari berlepas).
  2. Tidak ada kehilangan beg, walaupun pada awalnya beg-beg jemaah dibawa ke Jeddah Airport, sedang mereka dibawa ke Terminal Haji.
  3. Tidak berlaku transit hotel. (Ada jemaah lain yang tidur semalam dua di sebuah hotel, dan berpindah hotel pada malam berikutnya).
  4. Ziarah Mekah, Ziarah Madinah dan Ziarah Hudaibiah boleh dijalankan tanpa sebarang pembatalan.
  5. Umrah Tan’iem berjaya dianjurkan beberapa hari dengan percuma.
  6. Tiada kelewatan tiba di Jeddah Airport sewaktu hendak pulang ke Tanahair.
  7. Tiada sebarang delay dalam jadual penerbangan.

Beberapa kenangan Umrah berfoto disertakan di sini :

Rombongan HAJIUMRAH.COM berfoto di depan hotel di Madinah.


Jemaah HAJIUMRAH.COM di Masjidil Haram, Mekah, sebaik tiba dari Madinah. Semoga mendapat Umrah yang mabrur.

Rombongan dibawa melawat salah sebuah masjid yang paling asli di Madinah, iaitu Masjid Bani Unaif.

HAJIUMRAH.COM

Pendaftaran pakej Haji dan Umrah adalah sepanjang tahun. Sila hubungi :

06 – 764 4494 (pej) / 016 – 696 7770 (Pej/Haji Azhar)

Advertisements

2 Respons

  1. menginap kat hotel mana ust? kat makkahd an madinah

  2. Assalamualaikum ustaz,
    saya nak byr badal haji ke akaun mana ye?
    Nak tahu lebih lanjut penerbangan mana yg selalu ustaz ambil dan juga adakah hotel penginapan berdekatan dengan makkah.terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: