Malaysia mohon tambahan 10,000 kuota haji

SEPANG 6 Mei – Malaysia telah menghantar permohonan kepada kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kuota tambahan agar rakyat negara ini yang telah lama mendaftar untuk menunaikan haji dapat berbuat demikian dengan lebih cepat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau telah menyampaikan surat peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi untuk diserahkan kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, bagi mendapat perkenan kuota tambahan itu.

“Kebiasaannya, kuota ini akan dimaklumkan pada penghujung bulan Syaaban atau awal Ramadan,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sekembalinya dari Jeddah.

Jamil Khir berkata, kuota tambahan sebanyak 10,000 tempat itu juga masih mengekalkan keistimewaan untuk diberikan kepada warga emas yang berumur 75 tahun ke atas.

Pada masa ini, kuota rasmi umat Islam negara ini menunaikan haji ialah 26,000 jemaah.

Kini terdapat seramai 693,000 orang dalam senarai menunggu Tabung Haji untuk menunaikan haji dan 2,000 daripadanya merupakan warga emas.

Katanya, Tabung Haji juga telah menyusun rumah-rumah di persekitaran Mekah dan memilih bangunan untuk disewa bagi kemudahan jemaah pada tahun ini termasuk di Madinah.

Jamil Khir berkata, kerajaan Arab Saudi meminta jemaah dari semua negara supaya tidak menumpu kepada tarikh 13 Zulhijjah sahaja untuk menyelesaikan ibadah haji mereka.

Katanya kerajaan Arab Saudi memohon agar jemaah haji menganjakkan kepada hari ke-14 Zulhijjah bagi mengelak kesesakan di Kaabah dan bandar Mekah. – BERNAMA

“Kita faham bahawa apabila sudah selesai wukuf, melontar, bermalam dan sebagainya, mereka cepat-cepat balik ke Mekah. Ini menyebabkan Mekah jadi sesak kerana 3.5 juta jemaah haji berkumpul serentak untuk menyelesaikan ibadah haji mereka,” katanya.

— BERNAMA NJ MAI

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: