Jemaah Umrah Cuti Sek Mei-Jun 2011 selamat pulang

Sebahagian dari rombongan Pakej Cuti Sek Mei-Jun 2011, di Mekah Al-Mukarramah. Kelihatan Ustaz Halim di tengah memakai jubah putih dan beg sandang.

Jemaah Umrah Cuti Sekolah Mei-Jun telah selamat pulang kesemuanya pada 14 Jun yang lalu. Mereka terdiri dari 3 rombongan iaitu Pakej Umrah+EgyptTour 30Mei, Umrah DirectFlight 1 Jun dan Umrah Ekonomi 1 Jun. Maklumbalas yang diterima dari para peserta adalah memberansangkan. Sebahagian dari para peserta adalah jemaah yang pernah mengikuti pakej Haji atau Umrah sebelum ini. Maklumbalas yang diterima kali ini menguatkan azam kami untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan dari mula berlepas, perjalanan ibadat di Tanah Suci sehingga pulang ke Tanah Air. Kami pihak HAJIUMRAH.COM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada swekelian para jemaah diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Salam kami kepada keluarga yang menyambut jemaah sekelian di Tanah Air.

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM

Advertisements

2 Respons

  1. Assalamualaikum wbt. Terima kasih Ustaz diatas umrah kali ini. Semoga Allah swt memberkati usaha Ustaz dan staff Hajiumrah agar dapat lagi membawa seberapa ramai lagi jemaah menunaikan umrah dan haji dimasa-masa akan datang…Insyallah..Amin

  2. Assalamualaikum Ustaz,
    Syukran Jazilan….. Ustaz saya sgt berpuashati dengan pakej umrah dan ziarah yg telah saya sertai (Umrah Ekonomi 1 Jun), walaupun pada awalnya melalui beberapa kengkangan kecil tetapi dengan kehadiran Ustaz bersama kami selama di Madinah dan Mekah saya amat bersyukur dan ber terima kasih atas pengisian setiap saat yang telah Ustaz usahakan, lebih-lebih lagi komitmen Ustaz membawa sendiri jemaah ziarah ke seluruh lokasi ziarah yang saya pasti tidak semua pakej yg serupa dengannya dapat melakukan seperti yg telah Ustaz laksanakan. Tunjukajar dan Nasihat Ustaz dalam perlaksanan ibadah Umrah di Mekah juga amat-amat saya berpuashati.
    Semuga usaha murni Ustaz ini mendapat keberkatan Ilahi dan terus dpt memberi perkhidmatan yg terbaik di masa depan – Insyaallah. Saya doakaan Ustaz dan HajiUmrah.com terus berjaya dan mampu membawa lebih ramai lagi jemaah menunaikan umrah dan ibadah Haji – Insyaallah….aaminnn….
    Insyaallah jika ada rezeki saya ke Tanah Suci lagi,sebolehnya saya akan gunakan khidmat HajiUmrah.com.

    Jazakallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: