Jemaah Ramadan selamat tunaikan Umrah

Semalam 16 Ogos, jemaah Umrah Ramadan selamat mengerjakan Umrah pertama dengan miqat dari Bi’r li, Madinah. Petang tadi mereka telah mengerjakan Umrah ke dua dengan miqat dari Jakranah.

Esok mereka akan mengerjakan Umrah dengan miqat dari Hudaibiah dan lusa dari Tan’iem. InsyaAllah pada hari Ahad 21 Ogos, jemaah Umrah Ramadan akan berlepas ke Tanahair dengan menaiki pesawat MAS (Direct Flight). Semoga mendapat Umrah yang mabrurah. Ameen.

Rombongan Umrah Ramadan berniat di miqat Bi’r Ali, Madinah.

Jemaah HAJIUMRAH.COM ketika menziarahi maqam-maqam Rasulullah saw, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab ra.

  “Assalamualaikum ya Rasulullah saw, assalamualaikum ya Abu Abakar As-Siddiq, assalamualaikum ya Umar Al-Khattab ra”.

Rombongan ketika menziarahi kubur Uthman bin Affan ra di tengah-tengah Tanah Perkuburan Al-Baqiek, Madinah.

 Rombongan wanita HAJIUMRAH.COM sedang duduk di tempat berbuka puasa di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah.

Sedang berbuka puasa di dalam Masjid Nabawi, Madinah.

Tiga hari berturut-turut rombongan dibawa ke Masjid Qubak untuk bersolat didalamnya dengan wudhuk di hotel. “Siapa yang berwudhuk dirumahnya, kemudian ke Masjid Qubak dan bersolat didalamnya dengan satu solat, maka baginya pahala satu Umrah” (Hadis Sahih).

Rombongan di Tanah Perkuburan Syuhadak Uhud, 5 km dari bandar Madinah.

Di belakang ialah Jabal Ruumah (Bukit Pemanah) tempat pasukan pemanah yang ditempatkan oleh Rasulullah saw semasa Perang Uhud. Setelah menang pusingan pertama, mereka turun dari bukit tersebut, melanggar perintah Rasulullah saw kerana cinta kepada harta rampasan yang ditinggalkan oleh Quraisy di kaki bukit. Akibatnya tentera Islam kalah pada pusingan kedua dalam peperangan yang sama.

Meninjau rumah Kaab bin Asyraf, yang hidup sezaman dengan Rasulullah saw. Rumahnya terletak kira-kira 7 km dari rumah Rasulullah saw.

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM, Makkah Al-Mukarramah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: