Jemaah Haji HAJIUMRAH.COM KT82 tiba di Tanah Suci

Sebahagian jemaah Haji HAJIUMRAH.COM bersiap untuk Tawaf dan Saie sebaik tiba di Mekah 27.10.2011 yang lalu. Ustaz Halim di kiri sekali memimpin dan membimbing perlaksanaannya.

Alhamdulillah, sebahagian jemaah Haji HAJIUMRAH.COM telah selamat tiba di Tanah Suci pada 27.10.2011 yang lalu dengan menaiki pesawat KT82. Sebahagian mereka mengerjakan secara Tamattuk manakala sebahagian lagi mengerjakan secara Ifrad. Kebebasan memilih jenis ibadat ini merupakan salah satu ciri istimewa HAJIUMRAH.COM berdasarkan kehendak jemaah Haji sendiri dan pengalaman-pengalaman pengurusan sepanjang 12 tahun yang lalu.

Jemaah HAJIUMRAH.COM tiba di depan hotel berdekatan Masjidil Haram. Perjalanan dan urusan dari Lapanganterbang Haji Jeddah hingga ke depan hotel di Mekah pada tahun ini memakan masa lebih kurang 12 jam. Hotel Daar Kaaki adalah diantara hotel yang terdekat dengan Masjidil Haram dengan jarak hanya 100 meter !!!

 

Jemaah membaca doa bila kali pertama melihat Kaabah. “Ya Allah tambahkanlah bagi Kaabah ini kemuliaan, kehebatan, kebenaran dan kebajikan. Tambahkanlah ya Allah kemuliaan dan kehebatan bagi orang yang memuliakan mengagungkan Kaabah ini”.

Jemaah Haji HAJIUMRAH.COM bersiap untuk menunaikan Tawaf di Kaabah dibawah bimbingan Ustaz Halim. Jemaah Tamattuk mengerjakan Tawaf Umrah, manakala jemaah Ifrad mengerjakan Tawaf Qudum (Selamat Datang).

Jemaah menjamu selera di dewan makan hotel. Setiap hari disediakan sarapa pagi, makan tengahari dan makan malam secara buffet. Minuman panas dan sejuk disediakan 24 jam di dewan yang sama.

Kelmarin Jemaah Haji HAJIUMRAH.COM dibawa melakukan Raptai Haji, bermula dengan Niat Haji di Mekah, kemudian Wuquk di Arafah, bermalam di Muzdalifah, brmalam di Mina dan melontar di Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah.

Ustaz Halim sedang memberi bimbingan ketika Raptai Haji dilakukan di tempat-tempat Manasik Haji seperti Arafah, Muzdalifah dan Mina. Jemaah juga diminta membawa buku panduan dan doa ketika Raptai.

Raptai berwukuf di Padang Arafah seminggu sebelum Wukuf sebenar pada 9 hb Zulhijjah (5 hb November). Ibadat di Arafah adalah mendengar khutbah, dalam keadaan suci, menghadap Kiblat, berdoa dan berzikir, bertalbiah, khusyuk dan tawadhuk, membuat kebajikan, berada di Arafah sehingga masuk Maghrib dan sebagainya. Kelihaan Ustaz Halim di tengah-tengah jemaah sambil memegang pembesar suara. Kelihatan juga bukit Jabal Rahmah di belakang. Ia berada di tengah-tengah Padang Arafah.

Raltai Haji bermalam di Muzdalifah. Kelihatan di belakang ialah Masjid Masy’aril Haram, Muzdalifah. Disini sunat jemaah Haji mengutip anak-anak batu untuk lontar Jamrah di Mina nanti.

( Iklan/Pengumuman : Pendaftaran Pakej Haji dan Pakej Umrah dibuka sepanjang tahun. Untuk pendaftaran, sila daftarkan dari sekarang, nama-nama penuh (mengikut ic/pasport) dan no tel ke Pejabat Urusan 06-764 4494 / 06-764 0010 / 016-696 7770 (Haji Azhar) / 019-651 7758 (Puan Tati) atau berurusan melalui email dialamat pendaftaranhajiumrah@yahoo.com mailto:pendaftaranhajiumrah@yahoo.com mailto:pendaftaranhajiumrah@yahoo.com mailto:pendaftaranhajiumrah@yahoo.com . Selepas itu pihak kami akan buat susulan, insyaAllah. Tkasih.. ).

Mohon nama2 penuh dan no tel untuk kami daftar dan uruskan.

“HARAPAN ANDA, MATLAMAT KAMI”

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM
019-678 0000

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: