Jemaah Haji, Selamat pulang!

Jemaah Pakej Haji TK HAJIUMRAH.COM

Alhamdulillah pada jam 8.00 pm tadi Jemaah Pakej Haji TK (Tanpa Kuota/Giliran) HAJIUMRAH.COM selamat tiba di KLIA dengan disambut oleh sanak saudara. Penerbangan mereka adalah dengan menaiki Singapore Airline dari Jeddah malam semalam jam 9.00 pm, dan transit di Changi Airport selama 3 jam sebelum terbang ke KLIA. Hotel mereka di Madinah ialah hotel Qasr Aus, yang betul-betul menghadap Masjid Nabawi.

Rata-rata mereka sangat berpuas hati dengan semua perjalanan dan perkhidmatan yang disediakan dan ada jemaah yang telah merancang untuk mengerjakan Umrah terdekat melalui HAJIUMRAH.COM. Moga hasrat mereka dikabulkan Allah swt dan mendapat Umrah yang mabrur pula, insyaallah.

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam di KLIA malam tadi :

Sanak saudara yang sabar menunggu Jemaah Haji keluar di Balai Ketibaan KLIA

Moga mendapat Haji yang mabrur. Ameen.

Dua orang jemaah saling mengucapkan tahniah sebelum berpisah ke rumah masing-masing. Bersama lebih sebulan di Tanah Suci dengan bimbingan yang baik boleh mengeratkan perhubungan Ukhuwwah Islamiah sepanjang hayat. Merek amencadangkan agar dibuat pertemuan Re-Union seberapa segera yang boleh.

Ustaz Halim bersama rombongan Jemaah Haji yang pulang malam tadi di KLIA.

Moga mendapat Haji yang mabrur. Ameen.

Lagi jemaah yang tiba dan disambut oleh sanak saudara. Mereka kelihatan sama-sama menangis rindu dan gembira. Syukur.

Ustaz Halim bersama jemaah Haji yang baru tiba di KLIA.

Ustaz Halim 019-678 0000

HAJIUMRAH.COM

Advertisements

5 Respons

  1. Tahniah ustaz
    usaha dan kerja amal ustaz hanya tuhan yang membalas nya
    Jemaah haji tk (Saya berminat ikut sama ustaz) Insha allah

  2. Tahniah atas usaha membawa jemaah TK. Moga Allah membalas budi usaha baik ustaz. Murah rezeki dipanjang umur sihat selalu. Insyallah.

  3. Saya dan isteri adaah antara jemaah TK bawah kelolaan ustaz. Kami amat2 berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan terharu dengan bimbingan dan tujuk ajar dari ustaz. banyak ilmu baru yang kami peroleh. semoga Allah saja membalas usaha ustaz.

  4. ustaz, boleh saya tahu apakah maksud jemaah TK? adalah jemaah ini tidak perlu berdaftar dengan tabung haji. saya dan isteri berhajat untuk mengerjakan haji pada tahun ini, 2012 dan masih mencari-cari pakej yang paling sesuai dan terjamin.

  5. assalamualaikum ustaz, bole x tahun ni ustaz bagi senarai harga haji dalam internet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: