Penerbangan Haji terus K.Trg ke Jeddah

PETALING JAYA 7 Ogos – Buat pertama kali, penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Jeddah akan dikendalikan pada musim haji tahun ini dengan kerjasama Malaysia Airlines (MAS), Tabung Haji dan kerajaan negeri Terengganu.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan MAS, Tengku Datuk Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz berkata, sejumlah sembilan penerbangan akan disediakan.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri upacara menandatangani perjanjian antara MAS dengan Lembaga Tabung Haji bagi operasi penerbangan tambang khas bagi musim haji 2008/2009 di Kompleks MAS dekat sini hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Penolong Pengurus Besar MAS, Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain dan Haj & Charter Services yang diwakili oleh Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (Bahagian Haji), Mohd. Salleh Abdul Mubin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan upcara itu.

Tengku Azmil Zahrudin berkata, untuk musim haji tahun ini, sejumlah 54 penerbangan yang membawa 13,000 penumpang telah diatur antara Malaysia dengan Arab Saudi dengan 16 penerbangan langsung ke dan dari Madinah, sementara 38 lagi ke dan dari Jeddah.

– Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: