(A) 8/6-19/6/2016 Umrah Awal Ramadan (11-13hari) RM7550

HARI 01– Jemaah berada di KLIA dan check-in. Jemaah yang tiba awal sila duduk di kerusi-kerusi dan tunggu berdekatan dengan Pintu 05 di Lantai Berlepas (Departure Floor), iaitu tingkat yang teratas sekali.

HARI 02 – Rombongan jemaah tiba di Jeddah Aiport. Jemaah kemudiannya tiba di Madinah dengan menaiki bas ekspress. Jemaah dibawa menziarahi Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah saw. Kemudian acara bebas di Raudhah, sebuah taman dari taman-taman Syurga (Hadis).

HARI 03 & 04 – Rombongan ibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Madinah peninggalan Rasulullah saw dan para Sahabatnya. Jemaah juga akan melawat Pasar Kurna dan Ladang Kurna untuk membeli buah kurma untuk dibawa pulang ke Malaysia.

HARI 05 – Jemaah bersiap untuk berihram dan bas bertolak menuju ke Mekah. Di miqat Bi’r Ali (kira-kira 7 km dari pusat bandar Madinah), jemaah akan singgah sebentar, bersolat sunat Ihram dan berniat Umrah. Didalam bas, jemaah bertalbiyah dan berehat. Setiba di Mekah jemaah akan mengerjakan Umrah yang pertama dibawah bimbingan mutawif.

HARI 06 – Jemaah dibawa dengan bas ke tempat-tempat bersejarah di Mekah dan juga tempat-tempaty Manasik (mengerjakan ibadat) Haji seperti padang Arafah, Muzdalifah dan Mina. Di tempat lawatan terakhir, Jaaranah, yang merupakan salah satu tempat Miqaat, jemaah akan bersiap ihram dan berniat Umrah. Selepas itu bas membawa jemaah kembali ke hotel atau Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat Umrah yang kedua.

HARI-HARI SETERUSNYA – Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah dan miqaat Umrah untuk mengerjakan Umrah. Tempat-tempat bersejarah termasuk Hudaibiyah (tempat Nabi saw mengadakan Perjanjian Hudaibiah dengan Quraisy), kubur-kubur isteri-isteri Nabi saw dan sebagainya. Ini tertakluk kepada perubahan program.

HARI TERAKHIR – Setelah jemaah menurunkan beg-beg besar ke bawah hotel, jemaah akan Tawaf Wadak (tawaf perpisahan) sebelum bertolak ke Jeddah Airport untuk pulang ke Malaysia.

HARI TIBA KLIA : Rombongan jemaah mendarat dan disambut oleh sanak saudara di KLIA. (Tarikh dan masa mendarat adalah seperti jadual di atas).

“Ya Allah, terimalah ibadah Umrah ku sebagai ibadah yang mabrur. Ameen”

Cara Mendaftar :

Hubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 / 012-659 0000 (Cik Aisyah, staff) atau terus SMSkan / WASAPkan nama-nama penuh dan tarikh pilihan ke Pejabat Urusan 012- 659 0000 (Cik Aisyah, staff).

“HARAPAN ANDA MATLAMAT KAMI”

Ustaz Halim  www.HAJIUMRAH.com 019-678 0000

B. Engineering (University of Queensland, Australia), B.A. Pengajian Islam & Bahasa Arab (Al-Azhar, Mesir), G.D. Pengajian Islam (Cairo, Mesir)

Sijil Pengurusan Haji Tabung Haji Malaysia (Universiti Sains Islam Malaysia) I (2009) & II (2010)

Like this:

Like Memuat…

Sunting entri ini.

11 Respons

  1. Asslalamualaikum ustaz,

    Saya berminat untuk turut serta dalam PAKEJ UMRAH EKONOMI (BIMAN AIR) RM 4980 ini. Saya masih bujang tetapi akan melangsungkan perkahwinan pada 8.8.08. Untuk makluman, saya juga akan pergi berseorangan tanpa ditemani bakal suami. Jadi saya ingin minta nasihat ustaz berkenaan muhrim dan pendaftaran pakej ini. TQVM.

  2. Asslalamualaikum

    Saya dan isteri berminat untuk turut serta dalam PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH EKONOMI (BIMAN AIR) RM 4980 ini.

    Apakah masih ada kekosongan?

  3. Saya – 46, isteri- 45, anak 1 – 21 tahun, anak 2- 17 tahun, anak 3 – 12 tahun berminat untuk umrah cuti sekolah biman air rm 4980.00. Masih ada kekosongan dan macamana caranya?

  4. Assalamualaikum Ustaz,

    Isteri saya dan anak amat berhajat untuk mengerjakan ibadah umrah. Saya ingin mencari pakej yang mampu dan sesuai untuk kami sekeluarga ( 5 orang = suami + isteri dan anak-anak (13 thn, 8 thn & 3 thn).
    Jazakallah.

  5. Assalammualaikum Ustaz,
    Saya bersama suami dan anak (lebih kurang setahun pd 2010) ingin menunaikan umrah nazar pada cuti persekolahan Mei 2010.Mohon ustaz berikn pakej yang sesuai untuk kami.Terima kasih.

  6. rasa berhajat untuk melakukan umrah untuk sesi awal ramadhan 2010. bagaimana saya membayar harga pakej. maksud saya dari bulan berapa saya kena mula bayar? adakah perlu membayar deposit dan bila?

  7. Assalammualaikum Ustaz,

    Boleh saya tahu, ada tidak pakej ini untuk tahun 2010?. Saya merancang untuk menunaikan umrah bermula 16hb Ogos. Ada tidak pakej yang bermula dari tarikh itu. Terima kasih.

  8. Assalammualaikum Ustaz,

    Boleh saya confirm no akaun ustaz utk buat pembayaran :
    05040000590109 atas nama Halim/ Sariza. Betulkah no ini? Terima kasih.

  9. Assalammualaikum Ustaz,

    Saya ingin bertanya tentang syarat-syarat visa umrah. Saya dimaklumkan bahawa jikalau seorang wanita yang pergi tanpa mahram, dia perlu sediakan kad pengenalan ayah ataupun surat lahir adik beradik. Macam mana yer sebab kes saya, ayah saya sudah meninggal dan saya anak tunggal. Lagipun keluarga (seperti bapa saudara) semuanya berada di luar malaysia dan agak payah dijumpai. Bolehkah saya menggunakan sijil kematian ayah saya untuk menggantikan kad pengenalannya, Mohon penjelasan. terima kasih.

  10. Askm Utz,

    saya bercadang, insyaallah… bersama isteri dan anak perempuan saya yg. berumur 3 tahun lebih, PADA 04 – 17/08/2011(14 HARI) untuk tunaikan Umrah…

    1. AB MALEK B. TARAJI
    2. MARAHANI BINTI MISABAH
    3. SITI ADEEZAH BINTI AB MALEK

    Wsllm….

  11. As Salam Ustaz,

    Tempat tinggal di Mekah dan di Madina di mana Ustaz?

    Terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: