(C) 1/7-12/7/2016 Umrah 10 Akhir Ramadan (11-13hari) RM9450

Berfoto di Jabal Rahmah, di tengah-tengah Padang Arafah, Mekah.

HARI 01– Jemaah berada di KLIA dan check-in. Jemaah yang tiba awal sila duduk di kerusi-kerusi dan tunggu berdekatan dengan Pintu 05 di Lantai Berlepas (Departure Floor), iaitu tingkat yang teratas sekali.

HARI 02 – Rombongan jemaah tiba di Jeddah Aiport. Jemaah kemudiannya tiba di Madinah dengan menaiki bas ekspress. Jemaah dibawa menziarahi Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah saw. Kemudian acara bebas di Raudhah, sebuah taman dari taman-taman Syurga (Hadis).

HARI 03 & 04 – Rombongan ibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Madinah peninggalan Rasulullah saw dan para Sahabatnya. Jemaah juga akan melawat Pasar Kurna dan Ladang Kurna untuk membeli buah kurma untuk dibawa pulang ke Malaysia.

HARI 05 – Jemaah bersiap untuk berihram dan bas bertolak menuju ke Mekah. Di miqat Bi’r Ali (kira-kira 7 km dari pusat bandar Madinah), jemaah akan singgah sebentar, bersolat sunat Ihram dan berniat Umrah. Didalam bas, jemaah bertalbiyah dan berehat. Setiba di Mekah jemaah akan mengerjakan Umrah yang pertama dibawah bimbingan mutawif.

HARI 06 – Jemaah dibawa dengan bas ke tempat-tempat bersejarah di Mekah dan juga tempat-tempaty Manasik (mengerjakan ibadat) Haji seperti padang Arafah, Muzdalifah dan Mina. Di tempat lawatan terakhir, Jaaranah, yang merupakan salah satu tempat Miqaat, jemaah akan bersiap ihram dan berniat Umrah. Selepas itu bas membawa jemaah kembali ke hotel atau Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat Umrah yang kedua.

HARI-HARI SETERUSNYA – Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah dan miqaat Umrah untuk mengerjakan Umrah. Tempat-tempat bersejarah termasuk Hudaibiyah (tempat Nabi saw mengadakan Perjanjian Hudaibiah dengan Quraisy), kubur-kubur isteri-isteri Nabi saw dan sebagainya. Ini tertakluk kepada perubahan program.

HARI TERAKHIR – Setelah jemaah menurunkan beg-beg besar ke bawah hotel, jemaah akan Tawaf Wadak (tawaf perpisahan) sebelum bertolak ke Jeddah Airport untuk pulang ke Malaysia.

HARI TIBA KLIA : Rombongan jemaah mendarat dan disambut oleh sanak saudara di KLIA. (Tarikh dan masa mendarat adalah seperti jadual di atas).

“Ya Allah, terimalah ibadah Umrah ku sebagai ibadah yang mabrur. Ameen”

Cara Mendaftar :

Hubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 / 012-659 0000 (Cik Aisyah, staff) atau terus SMSkan / Wasapkan nama-nama penuh dan tarikh pilihan ke Pejabat Urusan 012-659 0000 (Cik Aisyah, staff).

“HARAPAN ANDA MATLAMAT KAMI”

Ustaz Halim  www.HAJIUMRAH.com 019-678 0000

B. Engineering (University of Queensland, Australia), B.A. Pengajian Islam & Bahasa Arab (Al-Azhar, Mesir), G.D. Pengajian Islam (Cairo, Mesir)

Sijil Pengurusan Haji Tabung Haji Malaysia (Universiti Sains Islam Malaysia) I (2009) & II (2010)

Like this:

Like Memuat…

Sunting entri ini.

24 Respons

  1. saya berminat untuk mengikuti umrah pakej ekonomi. saya bersama suami, ayah, ibu dan adik lelaki. Adakah pakej ini masih ada kekosongan. Sila hubungi suami saya di talian 019-6569057- (zaini ismail)

  2. Saya mahu mendaftar untuk pakej umrah awal ramadhan RM4990rm untuk lima orang. Mohon pengesahan

  3. Assalamualaikum.

    saya hendk mengikuti pakej ini
    tetapi saya seorang pelajar (menuntut di russia )

    dan saya hanya pulang julai tahun depan dan akan pulang kembali ke russia pada september

    persoalannya
    bagaimankah saya boleh mendaftar pakej ini?
    dan bayaran pula bagaimana?

    boleh ke saya wakilkan orang untuk daftarkan?
    dan

    kalau bayran tu kalau saya buat bayaran masa saya pulang nanti ,ustaz rasa ada lagi ke tempat>

    atau saya perlu bayar deposit dahulu?

    boleh ustaz terangkan kepada saya apa saya perlu buat>

    sebab saya tiada di malaysia untuk berurusan .

    dan saya tiada akaun online.
    tetapi teringin juga pergi umrah.
    sebab saya hanya habis belajar sehingga 2014.
    sementara bercuti singkat tu baek saya pergi umrah .

    harap ustaz dapat membantu saya

    atau ustaz dapat menghantarkan saya email atau apa-apa penerangan.

    kerana saya bimbang tiada tempat sahaja.
    terima kasih.

    ustaz boleh hubungi saya melalui email atau di blog saya.
    atau ustaz balas sahaja komen saya di sini.saya akan balas .
    insya-Allah.Assalamualaikum.

  4. eh silap.
    july tahun ini la.
    sekarang sudah 2010
    hehe.
    saya hendak mengikuti paker sekitar july – ogos 2010
    harap bantu saya mengenai dilema saya ini
    terima kasih

  5. Saya (dan keluarga) bekerja di Pakistan dan berminat menyertai umrah awal ramadan bersama pakej awal ramadan tabung haji travel.

    Bolehkah kami pergi terus dari Pakistan atas tambang sendiri dan megambil “ground package (hotel, visa dan transport, dll) ” tabung haji travel yg di rancang 13-23/8/2010? Berapa anggaran kos ini?

    Kami akan balik bercuti bulan June 2010 ini dan boleh buat urusan pendaftaran dll.

    Salam.

  6. saya bercadang mengerjakan umrah pada ramadhan ini. berapa bayaran untuk penginapan sebilik dua orang (suami isteri). harap mendapat maklumbalas dari tuan. tq.

  7. Saya dan isteri ingin menunaikan umrah melalui pakej ekonomi awal ramadhan 2010. Untuk pengetahuan pihak tuan saya telah menghubungi pihak tuan tetapi tidak berjaya. Saya berharap agar pihak tuan dapat menghubungi saya kembali di talian 0133622298 atau 03-90211737 bagi urusan pendaftaran nama.

  8. Ustaz tolong selesai masalah saya buat umrah 2004 kemudian buat haji ifrad 2007.Semasa haji saya tak buat umrah untuk saya tapi buat umrah untuk ayah, emak dan kakak saya saja. Macam mana tu ustaz dengan haji saya??.Pada tahun ini saya dan suami bercadang untuk menunaikan umrah pada awal Ramadan (ekonomi) bersama pekej ustaz sekali lagi bilakah pendaftaran boleh dibuat .??.. Terima kasih kerana sudi menyelesaikan masalah saya….salam..

  9. Assalamualaikum,

    Saya berminat untuk pakej umrah awal ramadan. Buat pengetahuan, saya akan membawa 3 warga emas yang berumur 60-70 tahun. Pertanyaan:

    1. Kedudukan hotel untuk pakej tersebut? (madinah+mekah)
    2. Ada tak pakej sambut ramadhan, iaitu hanya 1 atau 2 ramadhan di sana?

    Sekian.
    Tel:012-395 4532

  10. saya ingin membawa mak n bapa mertua menunaikan umrah pada bulan puasa 2011? brp pakej yg murah masih ditawarkan dan masih ada kekosongan lagi?

  11. no tel saya 0133704894

  12. salam,
    saya bercadang mahu mengerjakan umrah. boleh ke saya pergi seorang tanpa mahram?

    masih ada kekosongan?

    bagaimana dgn cara bayaran? boleh buat ansuran?
    0164326531

    trimas

  13. salam,

    saya bercadang untuk pergi pada 4/8 – 15/8/11.

    boleh Ustaz tolong terangkan mengenai Pembiayaan menerusi email?

    adakah saya akan dikenakan interest?

    trimas

  14. Pakej Ramadhan Ekonomi

    salam ustaz.

    sy nak tahu pakej ramadhan ekonomi 2011nutk bilik 2 org suami isteri. berapa kene tambah ustaz?

  15. assalamualaikum ustaz.

    saya berhasrat menghantar ayah saya untuk mengikuti pakej umrah sekitar feb/mac/apr 2011.
    tetapi ayah saya tidak kuat utk berjalan atau berdiri terlalu lama.

    adakah peluang utk mengikuti pakej umrah tersebut?

  16. Salam ustaz,

    Saya berminat untuk mengikuti umrah pada bulan ramadhan 2011 bersama adik saya. tetapi adik saya berada di mesir dan mengambil pakej umrah untuk pelajar dari mesir..pakej mn yang harus saya amik untuk bersama2 menunaikan umrah dengannya?

    terima kasih

  17. Salam, saya berminat untuk mengikuti Umrah :04/8-15/8/2011 Ramadan Ekonomi (12hari) RM5890. soalan saya:-

    1. Saya hanya seorang diri sahaja, bolehkah saya mengikuti rombongan ini.

    2. Dimanakah kursus Umrah akan diadakan, memandangkan saya tinggal di rawang, selangor

  18. Salam ustaz,

    Berkenaan dengan ibadah umrah pada bulan Ramadhan (Ogos), saya berminat untuk menjalankan ibadah tersebut sekiranya mempunyai rezeki. Adakah masih ada kekosongan untuk pakej umrah Ramadhan Ekonomi (12 hari) seperti yang tersebut?

    terima kasih untuk perhatian pihak ustaz.

  19. assalamualaikum ustaz,

    saya ingin bertanyakan,tarikh akhir untuk menunaikan umrah pada tahun ini jatuh pada?tarikh dan bulan yang terakhir sekali.terima kasih

  20. salam, pakej ramadhan ekonomi tu hotelnya di mana? jauh ke dr masjid? saya ingin membawa ibu yg uzur bersama.. tp, sumi ada sekali sbg muhrim kami..

  21. Saya dan 2 anak lelaki berminat mengerjakan umrah ramadan ekonomi. tolong hubungi

  22. assalamualaikumm ustaz..saya ingin buat umrah pada pertengahan
    bulan ramadan slama 14hari ..saya ingin kos bayaran nyer ..saya
    ingin pergi bertiga ..suami dn anak lelaki saya.tksh

  23. pakej ekonomi …14hari bulan ramadan pertengahan ..tksh

  24. Berminat umrah pakej 21/7-3/8/2012 Ramadan Ekonomi (~12hari) RM5890. Bila tarikh terakhir mendaftar? (hp: 0128280064)(kota kinabalu)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: