11/10-22/10/2016 + Egypt Tour (12hari) RM6950

Diantara pakej yang paling diminati ialah Pakej Umrah Cuti Sekolah+Ziarah Mesir. Ringkasan aturcara Pakej ini adalah seperti berikut :

Hari 01 : Berlepas dari KLIA. Tiba di Cairo, Egypt. Ziarah Hari Pertama seperti Maqam dan Masjid Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie, Masjid dan Universiti Al-Azhar yang terkenal, seluruh dunia Islam, Masjid Sultan Hasan, Masjid Imam Rifaie dan lain-lain kesan peninggalan Islam.

Hari 02-03 : Ziarah Iskandariah (Alexandria) termasuk Kubu Salahuddin Al-Ayyubi di Laut Medditerranean, Masjid Abbas Al-Mursy, bandar Iskandariah dan lain-lain. Ziarah Ancient Cairo (Kaherah Kuno) seperti Piramid, Museum Firaun, Sungai Nil dan sebagainya.

Hari 04-06 : Ziarah Madinah Al-Munawwarah.

Hari 07-13 : Umrah dan ziarah di Mekah. Berlepas pulang ke Malaysia.

Hari 14 : Tiba KLIA.

(Aturcara tertakluk kepada perubahan).

Setelah 8 jam berlepas dari KLIA (tengah malam), rombongan Umrah+EgyptTour tiba di Cairo International Airport pada waktu pagi. Bas siap untuk ke tempat penginapan.

Di hadapan Masjid Imam Syafie. Di dalamnya terdapat maqam Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie yang dianuti oleh kebanyakan orang Melayu.

Di maqam Imam Syafie. Ustaz Halim sedang memberikan penerangan mengenai riwayat hidup Imam Syafie dan kelebihan yang ada pada beliau.

Rombongan di hadapan Masjid Sayyidina Hussein, cucu Rasulullah saw yang terletak bertentangan dengan Universiti Al-Azhar.

Rombongan di Universiti Al-Azhar (kelihatan di belakang). Ia adalah universiti yang tertua di dunia yang yang termasyhur di Dunia Islam dalam bidang pengajian Islam seperti Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Kelihatan Ustaz Halim, graduan universiti berkenaan, duduk di hadapan tengah.

Rombongan dibawa masuk ke dalam Universiti Al-Azhar melalui pintu utama (kelihatan di belakang).

Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Bazaar Khan Khalily yang terkenal di Cairo, tempat membeli souveniers bagi para pelancung. Dikatakan ia adalah salah satu bazaar yang terbesar di dunia.

Masjid Imam Ar-Rifaie.

Masjid Sultan Hasan.

Masjid Sultan Muhammad Ali di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi.

Rombongan dibawa menziarahi Masjid Sultan Muhammad Ali, yang terletak di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi (Citadel) di Kaherah. Rekabentuk masjid tersebut hampir menyamai Masjid Biru di Istanbul kerana ia dibina dizaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki.

Sebahagian rombongan berfoto di ruang solat utama di dalam Masjid Sultan Muhammad Ali.

Di dalam Masjid Amru Al-As. Ini adalah masjid yang pertama di bumi Mesir, didirikan oleh sahabat Nabi saw bernama Amru bin Al-As yang memimpin jihad membuka Mesir dizaman Khalifah Umar Al-Khattab ra.

Rombongan berfoto di Sungai Nil, sungai paling bersejarah dan paling panjang di dunia (melebihi 4000 batu).

Berfoto di Piramid, Cairo, salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia.

Berfoto di hadapan The Spinx yang kelihatan di belakang, terletak diantara rombongan dan Piramid.

Rombongan menziarahi Museum Firaun, di tengah-tengah kota Kaherah (Cairo). Di dalamnya terdapat banyak firaun (raja) termasuk Firaun Ramses II yang menentang Nabi Musa as.

Salah satu dari mami. Proses pengawetan jenazah dilakukan dengan penuh teliti sehingga ke peringkat ia dibalut menyebabkan jenazah itu kekal sejak ribuan tahun lalu hingga sekarang. Seelah dibalut, topeng diletakkan di wajah jenazah. Jenazah orang biasa diletakkan topeng biasa, manakala jenazah raja diletakkan topeng yang dibuat dari emas padu seperti topeng mami Raja Tutankhamon.

Setelah beberapa hari melancung di Mesir, rombongan berlepas ke Tanah Suci untuk menziarahi Rasulullah saw di Madinah dan mengerjakan Umrah di Mekah.

Untuk mendaftar, telefon 06- 764 0010/06 – 764 4494 (pejabat) atau smskan / wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012- 659 0000 (pejabat / Cik Aisyah) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia), +966 – 503 – 508 007 (Ustaz Halim, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya. Pakej-pakej lalu yang kami tawarkan disambut baik oleh masyarakat dan maklumbalas yang kami terima dari para peserta adalah sangat menggalakkan. Terima kasih atas sokongan tuan puan. Semoga tuan puan mendapat Haji dan Umrah yang mabrur. Ameen.

Sila pilih pakej di bawah :

  1. Pakej Umrah Cuti Sekolah Mac +Egypt Tour
  2. Pakej Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun + Egypt Tour
  3. Pakej Umrah Ramadan + Egypt Tour
  4. Pakej Egypt Tour.

Untuk mendaftar, telefon 06-764 0010 /06 – 764 4494 (pejabat) atau smskan / wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012- 659 0010 (pejabat / Cik Aisyah, Staff) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia), +966 – 503 – 508 007 (Ustaz Halim, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

HAJIUMRAH.COM

Ustaz Halim 019-678 0000

23 Respons

  1. Interested in the package for two.

  2. wish to send my parents..boleh email the details pasal bank2 tu?..
    tks

  3. i’m interested on package 30/5-12/6/2010….blh book sekarg??

  4. asalamualaikom

    berape hari melawat mesir

  5. saya tinggal di jb. macam mana dengan kursus umrah? blh tlg uruskan kursus di jb tak? kami bercadang nak bawa parents. ada harga istimewa tak untuk senior citizen? 3 senior, 3 dewasa, 3 kanak2.

  6. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya berminat nak pergi Umrah pada tahun 2010, boleh majukan kepada saya pakej Umrah dengan lengkap. Sekian

  7. Salam Ustaz,
    Saya dah minta mlmh Nor Dina Rejab booking untuk kami sekeluarga 5 orang. Tak tahu samada dia dah contact Ustaz. 5 orang tu termasuk mak, Nor Dina dan kami 3 beranak. (anak 7 tahun). Confirmed nak pergi cuti sekolah ni untuk tunaikan nazar arwah abah.
    Sekiranya dia dah contact alhamdulillah, cuma takut kalau dia terlupa. Harap dapat Ustaz advise on the cost. Wassalam.

  8. Salam,
    ustaz, saya sekeluarga berminat berdaftar egpyt tour cuti sekolah jun nanti. 1. adakah kursus nanti akan diadakan di lembah klang?

  9. Salam Ustaz,

    Saya sekeluarga (5D & 3K-K) bercadang menunaikan Umrah Ziarah ke Mesir pada akhir July’10 insyaalah. Memandangkan di website ini tiada trip pada bulan itu, apakah ada kemungkinan pihak tuan akan arrange another trip pada bulan July kelak? Terima kasih.

  10. Assalamualaikum,

    Saya dah daftar nama utk 3 org dewasa utk umrah + egypt tour yg akan berlepas pada cuti sekolah bulan Jun. Pendaftaran tersebut saya lakukan di pejabat Ustaz di Ampangan, Seremban. Bagaimana dgn umrah + egypt tour tersebut? Bilakah perlu saya bayar?

  11. Assalamualaikum Tuan Haji, Saya bercadang menunaikan umrah dan ziarah ke Mesir pada bulan Jun. Saya ingin tahu berapa lamakah passport akan diperlukan untuk proses mendapatkan visa?

    Saya tinggal di Brunei tapi mahu mengikuti umrah dan ziarah melalui pakej dari Malaysia.

    Terima kasih.

  12. Askm Ustaz,

    Saya berhajat utk pergi umrah pada cuti sekolah bulan Jun untuk 7 Dewasa dan 1 Kanak-kanak.Lebih spesifik dari 5-18/6/2010.Adakah pekej ni besertakan Egypt Tour atau Umrah sahaja?Tolong jelaskan package yang mana besertakan Egypt tour supaya boleh saya adjust dari segi cuti kerja.

  13. Assalamualaikum Tuan Haji, minta jasa baik ustaz untuk update status Pakej Umrah+Egypt Tour pada 5/6/2010? Terima Kasih.

  14. assalamualaikum ustaz,

    saya bersama 2 anak perempuan telah mendaftar untuk mengikuti pakej umrah+egypt tour.
    untuk mengikuti pakej 26/5/2010, masalah cuti sekolah belum bermula (cuti sekolah dari 5/6/2010-20/6/2010) dan cuti cikgu yang terhad.
    berharap dapat mengikuti pakej 5-18/6/2010.
    terima kasih.

  15. assalamualaikum,

    sy nak tanye.
    klo mengikuti 26/5 – 8/6

    boleh tak klo salah seorang jemaah pulang lebih awl.
    dalam 3/6 – 4/6 ?

    terdpt sedikit masalh berkenaan jemaah tersebut ?

  16. assalamualaikum ustaz, bagaimanakah status egypt 4-18 Jun 2010? masih diusahakan atau pun dibatalkan. Terima Kasih

  17. Salam..saya telah mendaftar utk pakej umrah + egypt cuti sekolah jun 2011 utk 6 orang…. ada tambahan lagi seorang iaitu Rosidah Ahmad..
    -zara 0126434173-

  18. Assalamualaikum, Ustaz Halim!
    Saya berminat utk mengikuti umrah+ziarah Egypt pd cuti sekolah jun`11. Adakah harga RM6550 ini `all-in’ & terpakai utk 3 org sebilik. Masih ada kekosongan? Kursus umrah ada di KL?
    Terima kasih.

  19. salam ustaz saya dr johor bahru ingin bertanya saya dalam perancangan ingin memilih pakejumrah cuti sek mei/jun+ egypt tour boleh saya tau hotel (jarak dlm km) yang akan didiami sepanjang di mekah serta bilangan peserta bagi stiap bilik. ada tak cawangan di daerah johor bahru, sekian terima kasih.

  20. salam ustaz masih ada lagikah kekosongan umrah ziarah mesir bermula 28/5/2011 dan berapakah harganya sekian terima kasih

  21. assalamualaikum wrt…

    saya bercadang nak buat upah haji untuk ayah saya..cuma saya nakkan alamat pejabat urusan us.halim…yg saya jumpa no tel je…

  22. salam ustaz, pakej umrah mei-jun + cairo masih ada kosong? saya berminat untuk 4 org. terima kasih

  23. As salam ustaz,

    Saya dah mendaftar utk umrah ziarah egypt cuti sekolah jun 3D 1KK. Boleh saya tahu hotel di Mekah dan Madinah utk penginapan jemaah ustaz?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: