17/12-2/1/2016 Umrah+London+Paris RM9,950

“Ya Allah, terimalah (ibadah ini) dari kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Quran).

PAKEJ UMRAH MUSIM DINGIN NOVEMBER / DISEMBER  (Visa Khas/Ziarah)

Perhatian  : Harga Pakej Umrah VisaKhas/Ziarah yang disiarkan adalah tidak termasuk makan minum dan harga tiket masuk ke tempat-tempat pelancungan. Anggaran jumlah kos makan minum dan tiket akan ditunjukkan di akhir muka ini.

DI KLIA

Jemaah tiba di KLIA  untuk urusan Check-in dan berlepas. Sesiapa yang tiba awal, sila duduk di kerusi berdekatan Pintu 5, Tingkat 5 (Departure Hall). Jemaah berlepas pada waktu yang telah dimaklumkan.

depan Kaabah

DI MADINAH

Hari 01 – Jemaah dibawa menziarahi maqam Rasulullah saw dalam Masjid Nabawi dan Tanah Perkuburan Al-Baqiek.

Hari 02 – Jemaah dibawa menaiki bas untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Madinah. Ini termasuk Masjid Qubak (solat didalam dapat pahala Umrah), Masjid 2 Kiblat, Masjid Khandak, Bukit Uhud, Kilang mencetak Al-Quran, dan lain-lain yang biasa dilawati.

DI MEKAH

Hari 01 – Setiba di Mekah jemaah akan mengerjakan Umrah pertama.

Hari 02 – Jemaah dibawa menaiki bas untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Gua Hirak (tempat turun Wahyu Pertama), Gua Thaur (tempat sembunyi ketika Hijrah) dan manasik Haji seperti Arafah, Muzdalifah, Mina dan Jamrah.

Hari 03 – Jemaah akan melawat Hudaibiah (tempat Perjanjian Hudaibiah dan miqat Umrah), Tan’iem (miqat Umrah), Jakranah (miqat Umrah), kubur isteri-isteri Nabi saw, Khadijah ra dan Maimunah ra, tempat tapak Nabi saw dilahirkan dan sebagainya.

DSC_0175

The Parliament House and the Big Ben, London.

DI LONDON

Jemaah akan dibawa  ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar London.

Hari 01 – Tiba London. Check-in hotel. Taklimat.

Hari 02 – Parliament House, Big Ben, Westminster Abbey, Trafalgar Square, Thames River dll.

Hari 03 – Buckingham Palace, Malaysia High Commissioner, London Museum, Tower Bridge, dll.

Hari 04 – Berlepas ke Paris.

DSC_0402The Eiffel Tower, Paris, France

DI PARIS

Hari 01 – Tiba Paris

Hari 02 – Eiffel Tower, Palais de Chaillot dll.

Hari 03 – Arc de Triumph, Champs Elysees, Paris Piramid dll.

TIBA KLIA

Jemaah tiba di KLIA  dan disambut oleh saudara mara. Bas boleh disediakan dari KLIA ke kampung atas rundingan di Tanah Suci nanti.

Blue Mosque

(A) Anggaran maksima kos makan minum dan tiket-tiket masuk :

  • Di Mekah/Madinah, untuk sehari sarapan SR10 + makan tengahari SR20 dan makan malam SR20 = SR50

Maka untuk 6 hari, jumlah,

= 6 hari x SR50 sehari = SR300 (RM260).

  • Di London, sarapan Great Britian Pound Sterling, GBP 5 + makan tengahari GBP 7 + makan malam GBP 7 = GB 19.

Maka untuk 4 hari, jumlah

= 4 hari x GBP 19 sehari = GB 74 (RM74 x 5.41 = RM400) jika ikut rate pada Jan2014.

  • Di Paris, sarapan Euro 5 + makan tengahari Euro 8 + makan malam Euro 8 = Euro 21

Maka untuk 3 hari, jumlah

= 3 hari x Euro 21 sehari = Euro 63 (RM63 x 4.46 = RM 280) jika ikut rate pada Jan2014.

  • Tiket masuk = tempat-tempat terpilih di London dan Paris tiada dikenakan tiket bayaran masuk.

JUMLAH = RM260 + 400 + 280 = RM940.00

(B) Anggaran minima kos makan minum dan tiket-tiket masuk :

  • Di Mekah/Madinah, untuk sehari sarapan SR5 + makan tengahari SR15 dan makan malam SR15 = SR35

Maka untuk 6 hari, jumlah,

= 6 hari x SR35 sehari = SR210 (RM180).

  • Di London, sarapan Great Britian Pound Sterling, GBP 3 + makan tengahari GBP 5 + makan malam GBP 5 = GB 13.

Maka untuk 4 hari, jumlah

= 4 hari x GBP 13 sehari = GB 52 (RM52 x 5.41 = RM280) jika ikut rate pada Jan2014.

  • Di Paris, sarapan Euro 3.5 + makan tengahari Euro 6.5 + makan malam Euro 6.5 = Euro 16.5

Maka untuk 3 hari, jumlah

= 3 hari x Euro 16.5 sehari = Euro 50 (RM50 x 4.46 = RM 223) jika ikut rate pada Jan2014.

  • Tiket masuk = tempat-tempat terpilih di London dan Paris tiada dikenakan tiket bayaran masuk.

JUMLAH = RM180 + 280 + 223 = RM683.00

(C) Penjimatan Maksima

Bawa periuk nasi dan cooker sendiri atau pakat sesama rombongan. Beras, halal meat (daging halal) dan sayuran diperolehi dengan banyak dan mudah di London dan Paris. Beli rempah perasa siap seperti Brahmin, Adabi dll di pasaraya di Malaysia.

PENDAFTARAN

Pendaftaran Umrah :  Sila hubungi Pejabat Urusan 06-764 0010/ 06-764 4494 /  Pn Aisyah 012- 659 0000, atau emailkan pendaftaranhajiumrah@yahoo.com dengan mendaftarkan nama-nama dan no tel ahli kumpulan anda.

Sekian, terima kasih.

HARAPAN ANDA MATLAMAT KAMI

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM  019-678 0000

photo

14 Respons

  1. salam ustaz,,sy ingin bertanyakn,,ada tak pakej untuk student,,sbb sy teringin sgt nk ke pegi umrah,,kalo bleh murah cket,,ada tak pakej mcm tu??

  2. Salam ustaz,
    saya berminat untuk umrah Mac 2012 pakej umrah + Egypt tour, boleh saya tau, jarak hotel ke Masjid Nabawi dan jarak hotel ke Masjidil Haram,
    ii. tawaran pakej yang ustaz buat macam mana? berkongsi dua orang sebilik dan bilik air didalam ke atau diluar?
    iii. berkongsi bertiga/berempat/berlima sebilik

  3. Assalamualaikum ustaz…
    saya nak tanya…

    pakej –> 11/3-25/3 Umrah Ekonomi (12+3hari) RM5390 (confirmed)
    apa maksud 12+3? 15 hari atau macam mana?

    soalan saya…
    1 – kalau perempuan yang tak ada mahram mana nak daftar umrah ini?
    2 – kebiasaannya berapa ramai setiap pakej, ustaz?
    3 – untuk pakej yg saya tanya ini, adakah untaz sendiri akan mengikuti sama?
    4 – pakej yang ni ada transit kemana2 dahulu tak dan guna penerbanagn apa?

    terima kasih…

  4. Salam…
    Saya nak booking Ustaz:
    1/3-25/3 Umrah Ekonomi (12+3hari) RM5390 (confirmed)

  5. 11/3-25/3 Umrah Ekonomi (12+3hari) RM5390 (confirmed)

    Salam,

    Saya & isteri (2 orang) berminat dengan package diatas. Tolong confirm harga untuk 2 pax per room.

    Juga tolong confirm nama2 hotel di Medina & Mecca.

    Juga dengan pesawat apa ustaz?

    Terima kasih.

  6. Assalamualaikum
    saya sudah mengirimkan nama melalui sms ke nombor haji Azhar tempoh hari. Sy inginkan maklumat tentang visa dan pekara2 yang berkaitan. Adakah pihak tuan akan menghubungi sy kemudian? Saya perlukan kepastian dan pengesahan kerana perlu menguruskan pasport anak2. Terima kasih

  7. salam ustaz, tarikh tu betul ke sebab 11/03/2012 hari ahad, bukan hari jumaat. nak tau tarikh sebenar pakej ni. terima kasih.

  8. saya ingin tahu, pakej umrah ’11/3-25/3 Umrah Ekonomi (12+3hari) RM5390 (confirmed)’ menaiki pesawat apa?

    Adakah masih ada kekosongan?

    Berapa harga utk kanak2? (duduk sebilik dgn ibubapa – 4 sebilik)

  9. Assalamualaikum,,,boleh saya tanye,,,masih ade kekosongan x lg paej umrah bulan mac niey,,,iaitu,,,11/3-25/3,,,,

  10. Ade x lg kekosongan bulan mac,,,untuk 20 org,,,saya hrp de kekosongan,,,

  11. assalamualaikum..
    ingin bertanya, untuk umrah, sesuai kah bawa budak kecil umur 3 dan 4 tahun?

  12. Assalamualaikum….. ustaz kalau saya ingin membuat umrah bersama suami, anak berumur 2 – 9 thn berapa kos semua termasuk penginapan….

  13. Saya berniat & berhajat untuk mengerjakan umrah bersama keluarga yg terdiri dari 4 dewasa (saya, isteri, ibu dah bapa mertua serta 2 anak – 8 & 11 tahun). Berapakah kosnya untuk cuti sekolah bulan Mei/Jun 2013.

  14. Salam. saya berhajat Umrah 19/4 to30/4. soalan saya
    1.flight non stop atau transit
    2 bolihkah saya meninggalkan group tersebut mulai hari ke 7 dan pulang sendiri
    3.adakah dibenarka utk saya datang sendiri ke Jedah pada 19/4 dan join kumpulan tuan pada hari ketibaan kumpulan di Jedah

Tinggalkan Jawapan kepada fadilah bt. ramli Batal balasan