(A) 16/1-27/1/2016 Umrah RM5950

“Ya Allah, terimalah (ibadah ini) dari kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Quran).

PAKEJ UMRAH

DI KLIA

Jemaah tiba di KLIA untuk urusan Check-in dan berlepas. Sesiapa yang tiba awal, sila duduk di kerusi berdekatan Pintu 5, Tingkat 5 (Departure Hall). Jemaah menaiki pesawat.

Mihrab Nabi saw (kiri) dan Minbar Nabi saw (tengah) di dalam Ar-Raudhah, satu taman dari Taman-taman Syurga, terletak di Madinah.

DI MADINAH

Hari 01 – Jemaah dibawa menziarahi maqam Rasulullah saw dalam Masjid Nabawi dan Tanah Perkuburan Al-Baqiek.

Hari 02 – Jemaah dibawa menaiki bas untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Madinah. Ini termasuk Masjid Qubak (solat didalam dapat pahala Umrah), Masjid 2 Kiblat, Masjid Khandak, Bukit Uhud, Kilang mencetak Al-Quran, dan lain-lain yang biasa dilawati.

Hari 03 – Jemaah dibawa melawat tempat-tempat istimewa yang jarang dilawati termasuk rumah-rumah sezaman Rasulullah saw, kampung Bani Haram, tempat isteri Nabi saw, Mariah Al-Qibtiah, Perigi Salman Al-Farisi, Perigi Uthman bin Affan dll.

Hari 04 – Jemaah bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Umrah. Singgal di Bi’r Ali untuk bersiap Ihram dan berniat Umrah.

Hajar Aswad, batu dari Syurga terlekat di dinding Kaabah, Mekah.

DI MEKAH

Hari 01 – Setiba di Mekah jemaah akan mengerjakan Umrah pertama.

Hari 02 – Jemaah dibawa menaiki bas untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Gua Hirak (tempat turun Wahyu Pertama), Gua Thaur (tempat sembunyi ketika Hijrah) dan manasik Haji seperti Arafah, Muzdalifah, Mina dan Jamrah.

Hari 03 dan seterusnya – Jemaah akan melawat Hudaibiah (tempat Perjanjian Hudaibiah dan miqat Umrah), Tan’iem (miqat Umrah), Jakranah (miqat Umrah), kubur isteri-isteri Nabi saw, Khadijah ra dan Maimunah ra, tempat tapak Nabi saw dilahirkan, rumah masyarakat Melayu Mekah, kedai borang kopiah, Masjid Jin dan lain-lain.

Hari Terakhir – Jemaah akan mengerjakan Tawaf Wadak sebelum bertolak ke Airport Jeddah untuk pulang ke Malaysia. Air Zamzam 1 tong 10 liter diberi kepada setiap orang jemaah dengan percuma.

TIBA KLIA

Jemaah tiba di KLIA dan disambut oleh saudara mara. Bas boleh disediakan dari KLIA ke kampung atas rundingan di Tanah Suci nanti.

PENDAFTARAN UMRAH :  Untuk mendaftar, telefon 06 – 764 0010 / 764 4494 (pejabat) atau smskan / wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012 -659 0000 (pejabat / Cik Aisyah) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

“HARAPAN ANDA MATLAMAT KAMI”

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM 019-678 0000

Advertisements

12 Respons

  1. Assalammualaikum,

    Suami dan anak saya bercadang untuk melakukan umrah pada hujung bulan 2 nanti, iaitu seminggu sblm cuti sekolah. Masih ada lagikah kekosongan n berapa bayarannya. Bolehkah tarikh pulang dan visa ditukar ke tarikh lain jika mereka hendak tinggal 2 minggu lagi di Jeddah sebab saya bekerja di Jeddah. Terima kasih.

  2. Assalamu’alaikum,
    Kami berempat berhajat menjalankan ibadah umrah dalam bulan Febuari/mac dan mahu penerbangan yang langsung ke Medinah. Tolong beritahu kosnya dan hotel di Medinah dan Mekah. Di Mekah berapa jaud dari masjidil Haram.

    Abu Bakar

    • Assalammualaikum Ustd..
      Saya dan keluarga (jumlah 9 orang) berminat untuk menunai dengan pakej Deluxe pada 15/2-27/2/2013

      Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat berkenaan pakej?

      Terima kasih

      Salahuddin

  3. Assalamualaikum

    Saya dan tiga saudara (termasuk seorang pakcik saya dan 2 perempuan) berhajat untuk mengikuti umrah kumpulan ustaz pada bulan feb 2012 akan datang, insyaAllah. Kami ingin menempah 4 orang sebilik. Pakcik saya juga ingin ditempatkan 4 orang sebilik. Bolehkah ia diuruskan sebegitu?

    Terima kasih

  4. Assalamualaikum wbt

    Saya ingin bertanya, kalau saya berminat nk ikut umrah pada 15 feb ni, masih ada kekosongan ke.

    Saya sudah berkahwin tapi saya akan pergi sorang.

    Terima kasih

  5. Assalamualaikum wr.wbt.
    Saya ingin bertanya. Abg saya ingin pergi menggunakan satu pakej yg dikeluarkan oleh satu agensi. Saya dimaklumkan oleh seorg ustaz (ketua kump. bagi kump. abang saya) saya perlu membayar xx00 ke dlm akaun beliau. Apabila saya menelefon kerani di agensi berkenaan saya dimaklumkan bahawa kump. tersebut hanya mmbyr xx00 seorang sahaja (kurang dari yg diminta oleh Ustaz tersebut) Apabila saya bertanya kpd ustaz berkenaan mengapa charge yg tinggi dikenakan keatas abg saya, beliau menyatakan bahawa byrn itu adalah kerana “last minute” memandangkan penerbangan akan dibuat 2 minggu lagi. Harga yg dinyatakan oleh pihak agensi yg jauh lebih rendah adalah harga yg dijual 2 bulan yg lepas. Saya ingin tahu, bolehkah perkara yg sedemikian berlaku? Bukankah biasanya pakej yg ditawarkan oleh agensi adalah harga tetap? Mohon pandangan ustaz. Terima Kasih.

  6. Assalamu’alaikum ustaz,

    Saya ingin mendaftarkan diri dan ahli keluarga untuk pakej umrah seperti berikut:

    Tarikh: 12/3 – 25/3/2013
    Jenis: Umrah Deluxe
    Bilangan: 3 atau 4 perempuan dan 1 lelaki (belum pasti, mungkin lebih ramai)

    Pertanyaan:

    1. Masih adakah tempat untuk pakej di atas?
    2. Adakah kemudahan dialisis disediakan untuk pesakit buah pinggang?
    3. Memandangkan banyak pembaharuan di sana, berapa jauh tempat tinggal dari masjid (Mekah dan Madinah) sekarang ini?

    Asmah bt Yahaya
    drasmahyahaya@gmail.com

    Terima kasih, jazakumullahukhairan.

  7. salam ustaz, boleh tau jarak dari hotel ke masjidil haram

  8. salam.saya bercadang untuk umroh pada desembar ataupun januari 2014 berapa harganya ustda kalau boleh saya nak hotel dekat dengan masjid haram.

  9. salam. ayah pesakit buat pinggang yang perlu menjalanai proses dailisi sebanyak 3x seminggu.
    saya selaku anak perempuan dan ayah saya boleh tidak mengikuti program umrah kali ini.

    • Wsm ww

      Boleh ikut insyaAllah.
      Bahkan pesakit buah pinggang yang kena dialysis, mesti diiringi oleh waris yang akan menguruskan pesakit ke hospital.

      Pihak syarikat akan menunjukkan cara menghantar pesakit ke hospital pada rawatan kali yang pertama (sahaja).

      IKLAN / PENGUMUMAN :
      Pendaftaran pakej-pakej Umrah, Umrah Khas, Umrah+Tour upah Badal Haji, Korban/Aqiqah di Tanah Suci dibuka sepanjang tahun. Sila mendaftar dengan menghubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 (pej), 016-696 7770 (Haji Azhar, staff) atau terus hubungi Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah 019-678 0000.

      Untuk memudahkan tuan puan, semua urusan boleh juga dilakukan melalui jarak jauh.

      “Harapan Anda Matlamat Kami”

      HAJIUMRAH.COM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: