23/4-4/5/2016 Umrah (11-13 hari) RM5950

Rombongan pakej Umrah HAJIUMRAH.COM di hadapan Kaabah. Ustaz Halim berdiri dua dari kiri.

HARI 01 – Jemaah berada di KLIA dan check-in. Jemaah yang tiba awal sila duduk di kerusi-kerusi dan tunggu berdekatan dengan Pintu 05 di Lantai Berlepas (Departure Floor), iaitu tingkat yang teratas sekali.

HARI 02 – Rombongan jemaah tiba di Jeddah Aiport. Jemaah kemudiannya tiba di Madinah dengan menaiki bas ekspress. Jemaah dibawa menziarahi Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah saw. Kemudian acara bebas di Raudhah, sebuah taman dari taman-taman Syurga (Hadis).

HARI 03 & 04 – Rombongan ibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Madinah peninggalan Rasulullah saw dan para Sahabatnya. Jemaah juga akan melawat Pasar Kurna dan Ladang Kurna untuk membeli buah kurma untuk dibawa pulang ke Malaysia.

HARI 05 – Jemaah bersiap untuk berihram dan bas bertolak menuju ke Mekah. Di miqat Bi’r Ali (kira-kira 7 km dari pusat bandar Madinah), jemaah akan singgah sebentar, bersolat sunat Ihram dan berniat Umrah. Didalam bas, jemaah bertalbiyah dan berehat. Setiba di Mekah jemaah akan mengerjakan Umrah yang pertama dibawah bimbingan mutawif.

HARI 06 – Jemaah dibawa dengan bas ke tempat-tempat bersejarah di Mekah dan juga tempat-tempaty Manasik (mengerjakan ibadat) Haji seperti padang Arafah, Muzdalifah dan Mina. Di tempat lawatan terakhir, Jaaranah, yang merupakan salah satu tempat Miqaat, jemaah akan bersiap ihram dan berniat Umrah. Selepas itu bas membawa jemaah kembali ke hotel atau Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat Umrah yang kedua.

HARI-HARI SETERUSNYA – Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah dan miqaat Umrah untuk mengerjakan Umrah. Tempat-tempat bersejarah termasuk Hudaibiyah (tempat Nabi saw mengadakan Perjanjian Hudaibiah dengan Quraisy), kubur-kubur isteri-isteri Nabi saw dan sebagainya. Ini tertakluk kepada perubahan program.

HARI TERAKHIR – Setelah jemaah menurunkan beg-beg besar ke bawah hotel, jemaah akan Tawaf Wadak (tawaf perpisahan) sebelum bertolak ke Jeddah Airport untuk pulang ke Malaysia.

HARI TIBA KLIA : Rombongan jemaah mendarat dan disambut oleh sanak saudara di KLIA. (Tarikh dan masa mendarat adalah seperti jadual di atas).

“Ya Allah, terimalah ibadah Umrah ku sebagai ibadah yang mabrur. Ameen”

PENDAFTARAN PAKEJ UMRAH :  Untuk mendaftar, telefon 06 – 764 0010 / 06-764 4494 (pejabat) atau smskan / Wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012-659 0000 (pejabat / Cik Aisyah) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM  019-678 0000

Satu Respons

  1. Assalamualaikum wbt, Ustaz Halim, saya Pn. Nor ingin bertanya utk pakej umrah 15/4 – 29/4/2011 masih ada lagi tak utk 3 orang…InsyaAllah kami 3 beranak nk mengerjakan umrah utk tarikh tersebut.

    sila telefon saya ditalian 0196415508.

    terima kasih,

    wassalam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: