TOUR

Piramid di Giza, Cairo. Salah satu dari 7 Keajaiban Dunia.

ZIARAH / TOUR / MELANCUNG 

Kami menawarkan pakej-pakej Ziarah / Tour ke berbagai negara yang menarik khususnya negara-negara Jejak Rasul di Timur Tengah yang boleh memberi pengajaran berguna seperti Mesir, Syria, Jordan, Lubnan dan lain-lain. Pakej-pakej adalah seperti berikut :

(1) Ziarah Mesir 3 hari semasa transit dalam perjalanan ke Umrah.

(2) Ziarah Mesir ~1 minggu.

(3) Ziarah Mesir dan Syria ~1 minggu.

(4) Ziarah Mesir, Syria, Lubnan ~10 hari.

(5) Ziarah Mesir, Syria, Lubnan dan Jordan ~2 minggu.

(6) Ziarah Syria dan Lubnan sahaja.

masjid-md-ali.jpg

Masjid Sultan Mohd Ali, Cairo 

Tarikh pakej adalah seperti di bawah :

– Akhir Februari.

– Cuti Sekolah Mac.

– Pertengahan Julai.

– Akhir Oktober.

Sila hubungi Pejabat Urusan 06 – 764 4494 (pej / Hj. Azhar 016 – 696 7770) atau Ustaz Halim 019 – 678 0000 untuk maklumat lanjut mengenai tarikh-tarikh berlepas, bilangan hari, harga dan sebagainya. Sila lawati laman Mesir, Syria dan lain-lain untuk maklumat terperinci program harian ketika Ziarah di tempat-tempat berkenaan.

masjid-umayah.jpg

Perkarangan tengah Masjid Umawi, Damsyiq, Syria. Di dalamnya terletak kubur Nabi Yahya as. Di luarnya terletak kubur Panglima Salahuddin Al-Ayyubi yang digeruni Tentera Salib/Eropah.

Kami juga mengelolakan pelancungan selain Haji, Umrah dan Ziarah (Jejak Rasul). Ini termasuk ke Gold Coast di Australia, Hangzhou di China, Eropah dan lain-lain destinasi. Pakej ke destinasi-destinasi tersebut jika dianjurkan akan disiarkan di dalam laman web ini dengan tarikh dan harganya. Sekiranya tidak disiarkan maka ia masih didalam perancangan untuk dianjurkan pada masa-masa yang sesuai atau permintaan yang tinggi dari para pelanggan yang budiman. Sekian, terima kasih.

Advertisements

20 Respons

  1. perlancongan ke mesir dan cairo

  2. ada sapa2 pernah ke tempat yang sy nyatakan td?

  3. berapa cost keseluruhan untuk pakej tersebut

  4. Adakah ustaz akan buat pakej pelancongan ke Mesir sahaja, tanpa buat umrah, jadi kosnya lebih rendah. anggaran 6 – 7 hari. Tarikhnya awal tahun 2010.

  5. Asalamualaikum..
    Saya Mohd Firdaus B. Ayob..
    Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.
    drpd Exco Perhubungan Awam dan Pengantarabangsaan..
    Sekretariat RAkan Muda UKM.

    Saya sedang mencari pakej2 yang ditawarkan oleh Travel Agent2. Dimana kami sedang memilih pakej yg sesuai dari segi harga, tempat2 yg ditawarkan oleh travel agent yg menarik, dan negara tsbt adalah negara spt Mesir, dan Negara2 yg mempunya kegemilangan Sejarahnya yg tinggi.. Blhkan pihak Travel Agent Saudara memberi pakej2 yg sesuai spt diatas.

    Utk Pengetahuan Saudara lami merancang utk pergi pada bln Nov 2010 spt yg Travel Agent Saudara cadangkan diatas..

    Di samping itu kami juga akan mengadakan lawatan ke Universiti Terbaik di sana.. Klu negara2 tsbt Saudara ingin gabungkan pun xpe spt Mesin & Jordan.. Mesir dan Syria.. ,Mesir Sahaja or lain2 negara Islam..

    Diharap pihak Travel Agent anda dpt Emailkan kpd sy ye nnt..

  6. Asalamualaikum. adakah pakej umrah dan ziarah kemesir? saya ingin pergi pada musim sejuk iaitu sekitar feb / mac2010.
    Boleh bagi kos nye yg terperinci.

  7. As-salam ustaz,

    saya ingin sangat menunaikan umrah dan ingin pergi bersama suami n ibu. duit simpanan saya hanya cukup2 utk kami membuat umrah dan tiada simpanan utk mengerjakan haji. adakah dibolehkan saya mengerjakan umrah dahulu? ini kerana sy mmikirkan sy n suami masih muda dan mampu mencari lagi simpanan utk menunaikan haji. bolehkan bayaran dilakukan secara kredit card.. sy harap ustaz dapat membantu kerana sy terlalu rindu pada tanah haram walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke sana.

  8. Assalammualaikum Ustaz,
    Saya Zainal bin Abd Rahim ingin membuat ziarah umrah Mesir pada bulan Jun ini. Harap ustaz hantarkan jadual perjalanan serta harganya.
    sekian terima kasih

  9. Salam ustaz, ahli qariah masjid saya hendak buat umrah ziarah ke jordan dan syria pada akhir jun.saya cuma mahukan harga tiket pergi balik shj insyallah penginapan dan pengurusan di jordan dan syria akan diuruskan oleh kmi,bolehkah saya hendak tahu harga tiketnya, jemaah insyallah 30 keatas

  10. Ustaz,

    Saya dah 4 orang yg lain bercadang hendak membuat lawatan ker Cairo dan Alexendria awal bulan Mac ini. Penerbangan dan penginapan akan diuruskan oleh kami sendiri. Soalan saya boleh kah Uztaz recommend kan seorang penuntut di sana yg boleh menjadi ‘tourist guide’ kami sepanjang kami berada di sana..dan berapa kah bayarannya. Kami bercadang hendak berada di sana selama 7 hari 5 malam.

  11. Terima kasih ustaz,,I’ll contact you again mid February.

  12. Assalamualaikum wbt. Ustaz Halim…saya ada bercadang hendak bercuti ke Australia pada tahun 2011. Ada tak perancangan ustaz untuk kesana memandangkan ustaz ada menyatakan program ziarah Australia.

  13. Ziarah Jordan & Syria,

    Berapa lama sesuai? Berapa harga Pakej? (anggaran)

  14. Asalamualaikum..
    Saya Noor Jawahir drpd UTM Skudai..

    Untuk pengetahuan ustaz, saya bersama 19 orang pelajar postgraduate dan 2 orang pensyarah daripada Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan, UTM Skudai merancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Perth, Australia.

    Saya ditugaskan untuk mencari pakej-pakej sesuai yang ditawarkan oleh mana2 agensi pelancongan dari segi harga, tempat2 yg ditawarkan oleh travel agent yg menarik, termasuk lawatan ke sebuah universiti dan kilang2 industri di sana. Tarikh lawatan 12 Feb 2011-17 Feb 2011

    Harap pihak ustaz dpt bagi quotation pakej di sana (tlg emelkan pd saya)… Kalau hotel ditukarkan kpd bagpackers hostel pun ok.. Kami mencari pakej yang termurah..
    Syukran ustaz..

  15. Salam, ustaz, boleh kah kiranya saya menggunakan wang pinjaman dari bank2 di malaysia untuk tujuan umrah dan ziarah. untuk pengetahuan ustaz, saya telah menunaikan haji pada tahun 2005/2006 yang lalu.

  16. Assalamualaikum
    Ustaz, saya tinggal di UK bole kah saya nk ikut pakej umrah ustaz ni dari uk, kalau bole bagaiman caranya, kerana sy berminat utk melawat mesir disamping terus mengerjakan umrah,
    Terima kasih

  17. asslamualaikum wr saya asmaa’ pelajar universiti sains islam malaysia, saya dn 30 orang pelajar lain merancang untuk mengadakan lawatan ke jordan dan kawasan berdekatan.

    rancangan lawatan adalah pada tahun = 2014.saya ingin tahu minimum kos keseluruhan secara kasar berkenaaan perbelanjaan, penginapan, makanan dan lawatan ke beberapa tempat menarik di sana.

    kami juga memerlukan maklumat tentang lokasi penginapan yg murah dan sesuai dan pengangkutan.

    kami juga merancang untuk melawat satu universiti terkenal di sana seperti JUST (jordan uni. of science and technology) atau mana2 univ. lain.

    kerjasama dan balasan dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

  18. tambahan maklumat asmaa’.
    no tel =0145228307

  19. Assalam….saya nak tahu kalau ustaz ada ziarah ke Spain …..

  20. salam ustaz, saya nk bertanya, adakah pihak syarikat ustz menyediakan pakej lawatan ke mesir tanpa menunaikan haji dan umrah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: