28/5-8/6/2016 Umrah Ramadan+EgyptTour (14hari) RM6950

Diantara pakej yang paling diminati ialah Pakej Umrah Cuti Sekolah+Ziarah Mesir. Ringkasan aturcara Pakej ini adalah seperti berikut :

Hari 01 : Berlepas dari KLIA. Tiba di Cairo, Egypt. Ziarah Hari Pertama seperti Maqam dan Masjid Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie, Masjid dan Universiti Al-Azhar yang terkenal, seluruh dunia Islam, Masjid Sultan Hasan, Masjid Imam Rifaie dan lain-lain kesan peninggalan Islam.

Hari 02-03 : Ziarah Iskandariah (Alexandria) termasuk Kubu Salahuddin Al-Ayyubi di Laut Medditerranean, Masjid Abbas Al-Mursy, bandar Iskandariah dan lain-lain. Ziarah Ancient Cairo (Kaherah Kuno) seperti Piramid, Museum Firaun, Sungai Nil dan sebagainya.

Hari 04-06 : Ziarah Madinah Al-Munawwarah.

Hari 07-13 : Umrah dan ziarah di Mekah. Berlepas pulang ke Malaysia.

Hari 14 : Tiba KLIA.

(Aturcara tertakluk kepada perubahan).

Setelah 8 jam berlepas dari KLIA (tengah malam), rombongan Umrah+EgyptTour tiba di Cairo International Airport pada waktu pagi. Bas siap untuk ke tempat penginapan.

Di hadapan Masjid Imam Syafie. Di dalamnya terdapat maqam Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie yang dianuti oleh kebanyakan orang Melayu.

Di maqam Imam Syafie. Ustaz Halim sedang memberikan penerangan mengenai riwayat hidup Imam Syafie dan kelebihan yang ada pada beliau.

Rombongan di hadapan Masjid Sayyidina Hussein, cucu Rasulullah saw yang terletak bertentangan dengan Universiti Al-Azhar.

Rombongan di Universiti Al-Azhar (kelihatan di belakang). Ia adalah universiti yang tertua di dunia yang yang termasyhur di Dunia Islam dalam bidang pengajian Islam seperti Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Kelihatan Ustaz Halim, graduan universiti berkenaan, duduk di hadapan tengah.

Rombongan dibawa masuk ke dalam Universiti Al-Azhar melalui pintu utama (kelihatan di belakang).

Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Bazaar Khan Khalily yang terkenal di Cairo, tempat membeli souveniers bagi para pelancung. Dikatakan ia adalah salah satu bazaar yang terbesar di dunia.

Masjid Imam Ar-Rifaie.

Masjid Sultan Hasan.

Masjid Sultan Muhammad Ali di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi.

Rombongan dibawa menziarahi Masjid Sultan Muhammad Ali, yang terletak di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi (Citadel) di Kaherah. Rekabentuk masjid tersebut hampir menyamai Masjid Biru di Istanbul kerana ia dibina dizaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki.

Sebahagian rombongan berfoto di ruang solat utama di dalam Masjid Sultan Muhammad Ali.

Di dalam Masjid Amru Al-As. Ini adalah masjid yang pertama di bumi Mesir, didirikan oleh sahabat Nabi saw bernama Amru bin Al-As yang memimpin jihad membuka Mesir dizaman Khalifah Umar Al-Khattab ra.

Rombongan berfoto di Sungai Nil, sungai paling bersejarah dan paling panjang di dunia (melebihi 4000 batu).

Berfoto di Piramid, Cairo, salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia.

Berfoto di hadapan The Spinx yang kelihatan di belakang, terletak diantara rombongan dan Piramid.

Rombongan menziarahi Museum Firaun, di tengah-tengah kota Kaherah (Cairo). Di dalamnya terdapat banyak firaun (raja) termasuk Firaun Ramses II yang menentang Nabi Musa as.

Salah satu dari mami. Proses pengawetan jenazah dilakukan dengan penuh teliti sehingga ke peringkat ia dibalut menyebabkan jenazah itu kekal sejak ribuan tahun lalu hingga sekarang. Seelah dibalut, topeng diletakkan di wajah jenazah. Jenazah orang biasa diletakkan topeng biasa, manakala jenazah raja diletakkan topeng yang dibuat dari emas padu seperti topeng mami Raja Tutankhamon.

Setelah beberapa hari melancung di Mesir, rombongan berlepas ke Tanah Suci untuk menziarahi Rasulullah saw di Madinah dan mengerjakan Umrah di Mekah.

Untuk mendaftar, telefon 06- 764 0010 / 06 – 764 4494 (pejabat) atau smskan / wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012 – 659 0000 (pejabat / Cik Aisyah) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia), +966 – 503 – 508 007 (Ustaz Halim, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya. Pakej-pakej lalu yang kami tawarkan disambut baik oleh masyarakat dan maklumbalas yang kami terima dari para peserta adalah sangat menggalakkan. Terima kasih atas sokongan tuan puan. Semoga tuan puan mendapat Haji dan Umrah yang mabrur. Ameen.

Sila pilih pakej di bawah :

  1. Pakej Umrah Cuti Sekolah Mac +Egypt Tour
  2. Pakej Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun + Egypt Tour
  3. Pakej Umrah Ramadan + Egypt Tour
  4. Pakej Egypt Tour.

Untuk mendaftar, telefon 06 – 764 0010 / 06 – 764 4494 (pejabat) atau smskan / wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012 – 659 0000 (pejabat / Cik Aisyah) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia), +966 – 503 – 508 007 (Ustaz Halim, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

HAJIUMRAH.COM

Ustaz Halim 019-678 0000

Advertisements

18 Respons

  1. Saya berminat untuk menyertai pakej umrah Ziarah Egypt pada 1-8-08. Harap dapat memberi tahu sekiranya masih terdapat kekosongan untuk dua orang dan bilik berdua. Sila beri maklumat lanjut sekiranya ada. Terima kasih.

  2. Assalamualaikum…

    saya adalah seorang pelajar universiti Al-azhar kaherah, mesir. saya mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam menjalankan Aktiviti pelancongan di mesir. sebelum ini saya byk menerima kunjungan tetamu dari utara tanah air (kedah, penang, perlis) . Saya bercadang untuk mengembangkan lagi pakej2 yg saya ada ke seluruh agensi pelancongan d malaysia.

    kebelakangan ini, singgah d mesir selama beberapa hari tlh menjadi trend bg mereka yg nak ke umrah.

    sekiranya tuan ingin maklumat lanjut ttg pakej2 yg ada pada saya. saya sendiri akan ke pejabat tuan untuk perbincangan.

    saya juga boleh di hubungi melalui;

    SAFIROL IMAN BIN PISAL
    no tel:+604-8851727 (m’sia)
    +60102684967 ( mesir )

  3. slam. saya berminat tapi tarikh mana satu betul berlepas KLIA 19/8 tiba cairo 16/8

    DI KLIA

    Jemaah tiba di KLIA pada 9.00 pm Rabu 19/8/2009 untuk utusan Check-in dan berlepas. Sesiapa yang tiba awal, sila duduk di kerusi berdekatan Pintu 5, Tingkat 5 (Departure Hall). Jemaah menaiki pesawat MS 969 ke Cairo (Kaherah).

    DI EGYPT / MESIR

    HARI 01 – Tiba di Cairo Airport, Egypt pada 6.15 am 16/8/2009. Jemaah terus dibawa ke tempat penginapan. Selepas sarapan, jemaah akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di Cairo termasuk Universiti Al-Azhar, maqam Imam Syafie, dll

  4. salam…ada kekosongan untuk 19/8-2/9 Umrah AwalRamadan +EgyptTour (14hari) RM7450 utk 4 org?….sila inform saya secepat mungkin.tkasih

    • salam….19/8-2/9 Umrah AwalRamadan +EgyptTour (14hari) RM7450 utk 4 org? .sekiranya ada, bagaimana utk membuat tempahan.sila inform saya secepat mungkin di 019-3867616 atau 0192555834.

  5. salam….19/8-2/9 Umrah AwalRamadan +EgyptTour (14hari) RM7450 utk 4 org? .sekiranya ada, bagaimana utk membuat tempahan.sila inform saya secepat mungkin di 019-3867616 atau 0192555834 dan boleh fax maklumat ke 7847 6870

  6. salam….19/8-2/9 Umrah AwalRamadan +EgyptTour (14hari) RM7450 utk 4 org dan bilik bedua? .sekiranya ada, bagaimana utk membuat tempahan.sila inform saya secepat mungkin di 019-3867616 atau 0192555834 dan boleh fax maklumat ke 7847 6870

  7. saya bersama dengan 4 ahli keluarga ingin mengerjakan umrah bermula 20 ogos hingga 2 september 2009. 2 perempuan 3 lelaki .Ingin pakej ekonomi sahaja. Pakej RM 5980.Adakah peluang bersama agensi ustaz masih ada?

  8. saya bersama 4 ahli keluarga ingin mengerjakan umrah 20/8-2/9 Pakej Ekonomi RM5980. Masih ada kekosongan dalam agensi ustaz?. Hubungi 019-6569057.Zaini Ismail (suami)

  9. Salam ustaz,

    Saya dan suami berhasrat utk mengerjakan umrah dan ziarah Egypt (8/8/10 – 22/8/10), melalui pakej yg ditawarkn oleh ustaz ni, tapi ada pakej blk berdua?sila hubungi saya ditalian 012-2022356..saya berniat utk menempah awal, lokasi saya di Lumut, Perak. sekian, tq.

  10. saya berminat untuk menyertai pakej umrah+egypt untuk 2 org, saya dan ibu saya, pls hubungi saya kembali.terima kasih. no. tel 0124863272

  11. Saya ( 2 pax) berhajat untuk menunaikan umrah /ziarah pada ogos ini,
    d Masihkah ada kekosongan>
    Kalau ada kekosongan bilakah pihak tuan akan mengadakan kursus umrah.

    Mohd

  12. salam ust. saya berminat mengikuti umrah awal ramadhan-ziarah egypt 1/8 – 14/8. masih ada kekosongan ke utk dua org..?..jika ada minta bgtau apa perlu sy buat n bayaran..TK

  13. salam, ustaz, sy berminat mengikuti umrah awal ramadhan & ziarah egypt. 1/8 – 14/8. masih adakah kekosongan utk 2 org? jika ada, apa perlu sy sediakan..? TK

  14. salam,
    saya berminat dgn umrah awal ramadan 1/8/2010… saya ingin tau harga utk kanak2 umur 6 thn, dan saya mau bilik bertiga, (saya, suami & anak) harga mcm mana? dan menginap di hotel mana di madinah & mekah?letaknya brp meter dr masjid? terima kasih….

  15. Saya berminat untuk mengikuti umrah melalui Cairo 17 Julai-3 Ogos 2012. Silla daftarkan nama saya: Bagaimana hendak daftar online.

    Sallam
    Hj Abdullah Junus
    Kuala Terengganu
    abdullahjunus@gmail.com

  16. Assalamualaikum wrt wbt Ustaz Halim,

    Saya dan suami amat berminat utk menyertai pakej umrah Ramadhan & Egypt tour ini. Suami saya memegang passport Singapura manakala saya rakyat Malaysia. Adakah apa-apa masalah dari segi visa dsb disebabkan suami bukan rakyat Malaysia?

    Bagaimana utk menjelaskan bayaran?

  17. Assalamualaikum wrt wbt Ustaz Halim,

    Saya dan suami berminat untuk mengikuti pakej Umrah ramadhan dan egypt tour

    soalan saya:1. Masih ada kekosongan untuk pakej ini?

    2. Bagaimana cara Untuk berdaftar

    3. maklumat tentang harga Pakej
    wassalam ,Terima Kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: