Egypt Tour (7 hari) RM5850

Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan dibayar sendiri LE60 (Piramid) + LE60 (Museum Firaun) + LE50 (Kubu Salahuddin Al-Ayyubi/Masjid Sultan Mohd Ali) = LE170.  Kami tidak memasukkan ke dalam harga pakej kerana harga tiket kurang menentu.  ( Egyptian Pound “Junaih” LE60=RM35,  LE50=RM30).

(Aturcara tertakluk kepada perubahan).

Setelah 8 jam berlepas dari KLIA (tengah malam), rombongan Umrah+EgyptTour tiba di Cairo International Airport pada waktu pagi. Bas siap untuk ke tempat penginapan.

Di hadapan Masjid Imam Syafie. Di dalamnya terdapat maqam Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie yang dianuti oleh kebanyakan orang Melayu.

Di maqam Imam Syafie. Ustaz Halim sedang memberikan penerangan mengenai riwayat hidup Imam Syafie dan kelebihan yang ada pada beliau.

Rombongan di hadapan Masjid Sayyidina Hussein, cucu Rasulullah saw yang terletak bertentangan dengan Universiti Al-Azhar.

Rombongan di Universiti Al-Azhar (kelihatan di belakang). Ia adalah universiti yang tertua di dunia yang yang termasyhur di Dunia Islam dalam bidang pengajian Islam seperti Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Kelihatan Ustaz Halim, graduan universiti berkenaan, duduk di hadapan tengah.

Rombongan dibawa masuk ke dalam Universiti Al-Azhar melalui pintu utama (kelihatan di belakang).

Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Bazaar Khan Khalily yang terkenal di Cairo, tempat membeli souveniers bagi para pelancung. Dikatakan ia adalah salah satu bazaar yang terbesar di dunia.

Masjid Imam Ar-Rifaie.

Masjid Sultan Hasan.

Masjid Sultan Muhammad Ali di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi.

Rombongan dibawa menziarahi Masjid Sultan Muhammad Ali, yang terletak di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi (Citadel) di Kaherah. Rekabentuk masjid tersebut hampir menyamai Masjid Biru di Istanbul kerana ia dibina dizaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki.

Sebahagian rombongan berfoto di ruang solat utama di dalam Masjid Sultan Muhammad Ali.

Di dalam Masjid Amru Al-As. Ini adalah masjid yang pertama di bumi Mesir, didirikan oleh sahabat Nabi saw bernama Amru bin Al-As yang memimpin jihad membuka Mesir dizaman Khalifah Umar Al-Khattab ra.

Rombongan berfoto di Sungai Nil, sungai paling bersejarah dan paling panjang di dunia (melebihi 4000 batu).

Berfoto di Piramid, Cairo, salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia.

Berfoto di hadapan The Spinx yang kelihatan di belakang, terletak diantara rombongan dan Piramid.

Rombongan menziarahi Museum Firaun, di tengah-tengah kota Kaherah (Cairo). Di dalamnya terdapat banyak firaun (raja) termasuk Firaun Ramses II yang menentang Nabi Musa as.

Salah satu dari mami. Proses pengawetan jenazah dilakukan dengan penuh teliti sehingga ke peringkat ia dibalut menyebabkan jenazah itu kekal sejak ribuan tahun lalu hingga sekarang. Seelah dibalut, topeng diletakkan di wajah jenazah. Jenazah orang biasa diletakkan topeng biasa, manakala jenazah raja diletakkan topeng yang dibuat dari emas padu seperti topeng mami Raja Tutankhamon.

PENDAFTARAN UMRAH :  Untuk mendaftar, telefon 06 – 764 0010 / 06 – 764 4494 (pejabat) atau smskan / wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012 – 659 0000 (pejabat / Cik Aisyah) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia), +966 – 503 – 508 007(Ustaz Halim, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya. Pakej-pakej lalu yang kami tawarkan disambut baik oleh masyarakat dan maklumbalas yang kami terima dari para peserta adalah sangat menggalakkan. Terima kasih atas sokongan tuan puan. Semoga tuan puan mendapat Haji dan Umrah yang mabrur. Ameen.Pakej-pakej lain yang ditawarkan :

  1. Pakej Umrah Cuti Sekolah Mac +Egypt Tour
  2. Pakej Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun + Egypt Tour
  3. Pakej Umrah Ramadan + Egypt Tour
  4. Pakej Egypt Tour.

Untuk mendaftar, telefon 06- 764 0010 / 06 – 764 4494 (pejabat) atau smskan / wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012 – 659 0000 (pejabat / Cik Aisyah) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia), +966 – 503 – 508 007 (Ustaz Halim, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

HAJIUMRAH.COM

Ustaz Halim 019-678 0000

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: