(A) 6/8-13/8/2016 Mesir Tour (~8hari) RM5850

Diantara pakej yang paling diminati ialah Pakej Ziarah Mesir. Ringkasan aturcara Pakej ini adalah seperti berikut :

Hari 01-04 : Berlepas dari KLIA. Tiba di Cairo, Egypt. Ziarah Hari Pertama seperti Maqam dan Masjid Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie, Masjid dan Universiti Al-Azhar yang terkenal, seluruh dunia Islam, Masjid Sultan Hasan, Masjid Imam Rifaie dan lain-lain kesan peninggalan Islam.

Hari 05-08 : Ziarah Iskandariah (Alexandria) termasuk Kubu Salahuddin Al-Ayyubi di Laut Medditerranean, Masjid Abbas Al-Mursy, bandar Iskandariah dan lain-lain. Ziarah Ancient Cairo (Kaherah Kuno) seperti Piramid, Museum Firaun, Sungai Nil dan sebagainya.

(Aturcara tertakluk kepada perubahan).

Setelah 8 jam berlepas dari KLIA (tengah malam), rombongan Egypt Tour tiba di Cairo International Airport pada waktu pagi. Bas siap untuk ke tempat penginapan.

Di hadapan Masjid Imam Syafie. Di dalamnya terdapat maqam Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie yang dianuti oleh kebanyakan orang Melayu.

Di maqam Imam Syafie. Ustaz Halim sedang memberikan penerangan mengenai riwayat hidup Imam Syafie dan kelebihan yang ada pada beliau.

Rombongan di hadapan Masjid Sayyidina Hussein, cucu Rasulullah saw yang terletak bertentangan dengan Universiti Al-Azhar.

Rombongan di Universiti Al-Azhar (kelihatan di belakang). Ia adalah universiti yang tertua di dunia yang yang termasyhur di Dunia Islam dalam bidang pengajian Islam seperti Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Kelihatan Ustaz Halim, graduan universiti berkenaan, duduk di hadapan tengah.

Rombongan dibawa masuk ke dalam Universiti Al-Azhar melalui pintu utama (kelihatan di belakang).

Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Bazaar Khan Khalily yang terkenal di Cairo, tempat membeli souveniers bagi para pelancong. Dikatakan ia adalah salah satu bazaar yang terbesar di dunia.

Masjid Imam Ar-Rifaie.

Masjid Sultan Hasan.

Masjid Sultan Muhammad Ali di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi.

Rombongan dibawa menziarahi Masjid Sultan Muhammad Ali, yang terletak di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi (Citadel) di Kaherah. Rekabentuk masjid tersebut hampir menyamai Masjid Biru di Istanbul kerana ia dibina dizaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki.

Sebahagian rombongan berfoto di ruang solat utama di dalam Masjid Sultan Muhammad Ali.

Di dalam Masjid Amru Al-As. Ini adalah masjid yang pertama di bumi Mesir, didirikan oleh sahabat Nabi saw bernama Amru bin Al-As yang memimpin jihad membuka Mesir dizaman Khalifah Umar Al-Khattab ra.

Rombongan berfoto di Sungai Nil, sungai paling bersejarah dan paling panjang di dunia (melebihi 4000 batu).

Berfoto di Piramid, Cairo, salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia.

Berfoto di hadapan The Spinx yang kelihatan di belakang, terletak diantara rombongan dan Piramid.

Rombongan menziarahi Museum Firaun, di tengah-tengah kota Kaherah (Cairo). Di dalamnya terdapat banyak firaun (raja) termasuk Firaun Ramses II yang menentang Nabi Musa as.

Salah satu dari mami. Proses pengawetan jenazah dilakukan dengan penuh teliti sehingga ke peringkat ia dibalut menyebabkan jenazah itu kekal sejak ribuan tahun lalu hingga sekarang. Setelah dibalut, topeng diletakkan di wajah jenazah. Jenazah orang biasa diletakkan topeng biasa, manakala jenazah raja diletakkan topeng yang dibuat dari emas padu seperti topeng mami Raja Tutankhamon.

TIBA KLIA

Jemaah tiba di KLIA dan disambut oleh saudara mara.

Pendaftaran Umrah : Sila hubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 / 012-659 0000 (Cik Aisyah, Staff) atau pendaftaranhajiumrah@yahoo.com dengan merekodkan nama-nama dan no tel semua jemaah dalam kumpulan anda.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM  019-678 0000

39 Respons

  1. Assallamualaikum Ustaz.

    Saya dan keluarga ingin menunaikan umrah pada musim sejuk tahun ini dan bercadang untuk pergi bermula pada 21 Disember 2009 untuk selama 15 hari 13 malam. Berdasarkan pada pakej yang Ustaz sediakan, saya dapati hanya untuk 12 malam sahaja. Bolehkah Ustaz menyediakan satu pakej khas bagi kami dengan memberikan tempoh untuk kami berada lebih lama di sana. Dan yang keduanya bolehkah sekiranya saya ingin memohon pada Ustaz supaya pakej tersebut bermula dengan memasuki ke Mekah dahulu kemudian diteruskan dengan berziarah ke Madina dan tempat² lainnya.
    Untuk kedua perkara di atas, dengan izin Allah saya boleh menyediakan seberapa jumlah kos yang akan dikenakan nanti. Sekian terima kasih. Wasallam.

  2. Salam,
    Saya ingin mengetahui untuk pakej umrah 22/12/2009-2/1/2010, jenis penginapan yang disediakan, bilik berkongsi berapa orang?

  3. salam ust..sy berminat dgn pakej bln 12 ini.berapakah jumlah byrn untuk 3dewasa n 1baby..adakah ada bilik ber3?

  4. salam,

    saya wakil kepada majikan saya ingin bertanya mengenai pakej murah untuk bulan Feb 2010 dan Mac 2010. majikan saya berminat untuk pergi dala tempoh 12 hari.

    boleh tidak saya dapatkan quoatation tersebut beserta dgn tempat penginapan

    sekian, terima kasih

  5. Kami berhasrat untuk menunaikan umrah pertengahan bulan januari 2010,mohon diberi jadual dan harga untuk 3 orang.terima kasih

  6. Assalamualaikum

    Saya berminat untuk menyertai umrah ziarah 15/12/2010. Ingin tahu flight detail dari KLIA (adakah terus ke Madinah) serta flight detail dari Jeddah.

    Umrah Ziarah ini tidak melibatkan ziarah ke Taif atau Madain Salleh ke?

  7. Salam,
    saya nak daftar umrah untuk tarikh ini untuk saya, kakak dan mak saya..boleh tahu maklumat lanjut cara2 dan harga pakej? adakah perlu ade muhrim yg ikut sekali?

  8. AWB.
    Kami berhajat untuk menunaikan Umrah dalam masa hujung Nov – Dis 2010 ini. Amat menghargai jika pihak ustaz boleh memberi nasihat dari segi kos, kedapatan Visa dll. Mengharapkan jawapan segera. HP 0146997325 (Abdullah). Bercadang pergi bagi 3 orang dewasa.
    T kasih dan selamat menyambut Eidulfitri.
    Wassalam.

  9. Salam Ustaz,

    Saya bercadang untuk menunaikan umrah bersama isteri & ibu saya pada disember ini melalui pakej umrah as-solihin di kuala lumpur.

    Ibu saya memerlukan rawatan haemodialisis 3 kali seminggu dan mengikut maklumat yang saya dapati terdapat kemudahan rawatan percuma di hospital kerajaan arab saudi di mekah & madinah. Ianya akan diuruskan oleh mutawif syarikat tersebut.

    Mengikut pengalaman syarikat ustaz, adakah terdapat masalah tentang pengurusan dan perkhidmatan haemodialisis disana?

    Harap dapat bantu kami mendapatkan maklumat yang lebih lengkap mengikut pengalaman ustaz.

    Sekian, terima kasih.

    Wassalam

  10. Ustaz, saya bersama keluarga (4 orang) bercadang mengerjakan umrah pada disember tahun ini. Masih adakah lagi kekosongan untuk 4 orang seperti tarikh 15/12/2010 – 26/12/2010?

  11. Salam Ustaz..

    berminat untuk mengikuti pakej yg ditawarkan..
    berapa harga pakej yg sudah difinalised.

  12. salam ustaz..
    saya berhajat untuk pergi umrah pada tarikh 15-26 dis 2010 ni.masih ada kekosongan ke?boleh saya brdaftar sekarang?untuk dua orang suami isteri

    Md Faiz

  13. Assalamualaikum… saya berniat untuk mengerjakan umrah dan ziarah ke istanbul pada bulan Dec tahun ini bersama suami dan anak perempuan berumur 13 tahun. bagaimana prosedur nya? Saya tinggal di kelantan.. masih survey pakej2 yang ada.. kebanyakan jawapan nya visa belum keluar. Boleh saya dapatkan sedikit penjelasan kerana apabila saya membaca laman web ini nampaknya visa ziarah sudah ada? Sila perbetulkan jika saya salah.. Terima kasih

  14. Assalamu’alaikum Ustaz .. saya ingin mengerjakan 1) Umrah serta ziarah Mesir atau 2) Umrah serta ziarah Baitul Maqdis dalam bulan Disember 2011 atau Januari 2012. Kalau ada pekej tersebut, dapat kiranya jasa baik Ustaz beri sedikit maklumat tentang:
    1) Hari Bulan penerbangan
    2) Harga Pekej
    3) Menaiki pesawat Negara mana
    4) Jumlah Hari Pekej

    Sekian, Terima kasih.

  15. Assalamualaikum wbt

    Saya ingin mengetahui lebih lanjut urusan pendaftaran dan maklumat berkaitan umrah & ziarah lepas musim haji 1432 ? disember 2011.

    Kami bercadang menunaikan umrah 2 orang suami isteri dan berada di Kuala Terengganu.

  16. As salam.
    Ertinya, disember 2011 package takdela kan?haya mac 2012

  17. salam ustaz halim.
    saya dan keluarga juga berminat untuk pakej umrah Dis-Jan 2012.
    Moga2 tahun ini kerajaan saudi keluarkan visa umrah.

    Jika ada apa2 perkembangan ustaz update ya. Tk.

  18. saya nak tanya umrah untuk bulan disember tahun ini ada ke?. ada tak penginapan yang berhampiran masjidil haram di mekah? berapa kos kalau 5 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. dan boleh kami tinggal dalam satu bilik.

  19. Salam ustaz, berminat untuk pakej umrah Disember, kalau dah dpt Visa umrah untuk bulan disember boleh maklumkan pd saya.

  20. Salam Ustaz Halim,

    Saya sekeluarga ingin mengerjakan umrah dan berminat dengan pakej umrah 11 – 22 Dis 2011. Berapa harga pakej bagi 4 dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 bayi. Dan bagaimana pula dengan upah umrah bagi arwah nenek saya.

    Sekian, terima kasih.

  21. 1.SUAMI ( MAHMOOD BIN KUTTI HASSAN – TEL:017 7856207)
    2.iSTERI (NAFISAH BINTI BAVA – TEL:019 7059327 / 013 7195381)

  22. Assalammulaikum wrt. Ustaz, saya ingin bertanya adakah package umrah n ziarah untuk disember 2011.kalau ada tolong hubungi saya, Hajjah saodah utoh or suami saya Hj Zulkifli md ghazali,.

  23. assalamualaikum ustaz..

    saya dan suami telah membayar deposit utk umrah yg asalnya djadualkan 11-22 dis..maklumat terkini yg dterima mengatakan umrah tersebut mungkin di anjak pada 15 dis keatas..apakah status terkini visa ziarah..?

  24. Salam… saya sedang mencari pakej umrah bulan disember 2012 bg 2 dewasa dan 1 kanak-kanak.

  25. Assalamualaikum, saya ini mengetahui sama Ada umrah pada bulan disember 2012 dibuka untuk para jemaah?

  26. ustaz,
    bagaimana dgn tambang untuk anak berusia 3 tahun?

  27. Salam, Saya berminat untuk mengikuti unrah pada disember 2012.
    Julah dalam kumpulan 6 dewasa dan seorang kanak -kanak. tolong masukkan kami dalam list yang memmohon. Jika saya ingin memohon untuk groung arrangement sahaja, berapa harganya untuk seorang.
    Saya boleh dihubungi di e-mail berikut msbi2002@yaoho.com.

  28. As salam. Saya nak tahu di mekah dan madinah tinggal di hotel mana?
    Dan ada ke Umrah Pada bulan Disember 2012. Harap Tuan Haji dapat membantu. Kami sekeluarga ingin mengerjakan umrah pada bulan Disember 2012 (cuti sekolah). Terima kasih.

  29. assalamualaikum tuan haji

    nak bertanya, utk bulan dec 2012, berapa banyak pakej yg akan disedia kan? di sini (kolum kiri) saya lihat ada tarikh 11-22 Dec. 2012. Di website http://www.hajiumrah.com, ada 2 pakej iaitu pada tarikh 1 – 12 Dec. 2012 dan 15-26 Dec. 2012. Boleh kah saya memilih salah satu dr tiga tarikh ini, atau pemilihan tarikh ikut kekosongan?

    Saya berhajat utk pergi dgn ibu bapa (bapa uzur dan tak larat berjalan jauh) dan anak2 kecil (3 dan 5 tahun), saya ingin tahu berapa jauh kah jarak dari hotel ke masjid di Mekah dan Madinah.

    Terima kasih, di harap pihak tuan haji dapat membantu

  30. assalamualaikum…. jika saya dan suami berhajat nak mengikuti tawaran umrah hajiumrahziarah pada bulan Disember..,
    1) masih ada kekosongan ke?
    2) ada ke tawaran umrah+ziarah seperti ke cairo pada bulan dis?
    3) orang mengandung boleh pergi umrah ke?

  31. Salam Ustaz,

    Sudah confirmkah Umrah Disember 2012? Terima kasih.

  32. As Salam, saya dan keluarga (6 orang) berminat untuk menunaikan Umrah pada bulan disember 2012. Boleh Ust beri tarikh tarikh dan butiran lain.

    terima kaish

  33. Salam saya ingin membuat umrah pd pertengahan Dec ini.Masih terdapat kekosongan?

  34. Assalamualaikum Ustaz saya ingin berdaftar untuk umrah AA 2012.Tarikh 11/12-22/12.

  35. Asalamualaikum ustaz Halim, saya Ada beberapa jemaah yang berminat mengikuti umrah visa ziarah bulan disember 2012 ini .. Bagaimana cara ingin memohon Nya.. Terima kasih..
    -Hajjah Rabiah Abdul Rahman

  36. Salam Ustaz, untuk pakej Umrah 12 hari 11/12/12 – 22/12/12 tu, kalau kami nak umrah 8 hari dan ke Mesir 4 hari boleh ke?

  37. Assalamualakum.sy nk tya pakej umrah utk disember 2012 ade ke?

  38. Assalammualaikum ustaz… umrah bulan Disember 2013 tahun ini ada tak?

  39. umrah ziarah turki
    3 dewasa
    disember 2013

    ustaz dah lama tak respon
    cer citer

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: