16/9-29/9/2017 +Egypt Tour (14hari) RM6950

Diantara pakej yang paling diminati ialah Pakej Umrah +Ziarah Mesir. Ringkasan aturcara Pakej ini adalah seperti berikut :

Hari 01 : Berlepas dari KLIA. Tiba di Cairo, Egypt. Ziarah Hari Pertama seperti Maqam dan Masjid Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie, Masjid dan Universiti Al-Azhar yang terkenal, seluruh dunia Islam, Masjid Sultan Hasan, Masjid Imam Rifaie dan lain-lain kesan peninggalan Islam.

Hari 02-03 : Ziarah Iskandariah (Alexandria) termasuk Kubu Salahuddin Al-Ayyubi di Laut Medditerranean, Masjid Abbas Al-Mursy, bandar Iskandariah dan lain-lain. Ziarah Ancient Cairo (Kaherah Kuno) seperti Piramid, Museum Firaun, Sungai Nil dan sebagainya.

Hari 04-06 : Ziarah Madinah Al-Munawwarah.

Hari 07-13 : Umrah dan ziarah di Mekah. Berlepas pulang ke Malaysia.

Hari 14 : Tiba KLIA.

(Aturcara tertakluk kepada perubahan).

Setelah 8 jam berlepas dari KLIA (tengah malam), rombongan Umrah+EgyptTour tiba di Cairo International Airport pada waktu pagi. Bas siap untuk ke tempat penginapan.

Di hadapan Masjid Imam Syafie. Di dalamnya terdapat maqam Imam Syafie, pengasas Mazhab Syafie yang dianuti oleh kebanyakan orang Melayu.

Di maqam Imam Syafie. Ustaz Halim sedang memberikan penerangan mengenai riwayat hidup Imam Syafie dan kelebihan yang ada pada beliau.

Rombongan di hadapan Masjid Sayyidina Hussein, cucu Rasulullah saw yang terletak bertentangan dengan Universiti Al-Azhar.

Rombongan di Universiti Al-Azhar (kelihatan di belakang). Ia adalah universiti yang tertua di dunia yang yang termasyhur di Dunia Islam dalam bidang pengajian Islam seperti Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Kelihatan Ustaz Halim, graduan universiti berkenaan, duduk di hadapan tengah.

Rombongan dibawa masuk ke dalam Universiti Al-Azhar melalui pintu utama (kelihatan di belakang).

Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Bazaar Khan Khalily yang terkenal di Cairo, tempat membeli souveniers bagi para pelancung. Dikatakan ia adalah salah satu bazaar yang terbesar di dunia.

Masjid Imam Ar-Rifaie.

Masjid Sultan Hasan.

Masjid Sultan Muhammad Ali di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi.

Rombongan dibawa menziarahi Masjid Sultan Muhammad Ali, yang terletak di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi (Citadel) di Kaherah. Rekabentuk masjid tersebut hampir menyamai Masjid Biru di Istanbul kerana ia dibina dizaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki.

Sebahagian rombongan berfoto di ruang solat utama di dalam Masjid Sultan Muhammad Ali.

Di dalam Masjid Amru Al-As. Ini adalah masjid yang pertama di bumi Mesir, didirikan oleh sahabat Nabi saw bernama Amru bin Al-As yang memimpin jihad membuka Mesir dizaman Khalifah Umar Al-Khattab ra.

Rombongan berfoto di Sungai Nil, sungai paling bersejarah dan paling panjang di dunia (melebihi 4000 batu).

Berfoto di Piramid, Cairo, salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia.

Berfoto di hadapan The Spinx yang kelihatan di belakang, terletak diantara rombongan dan Piramid.

Rombongan menziarahi Museum Firaun, di tengah-tengah kota Kaherah (Cairo). Di dalamnya terdapat banyak firaun (raja) termasuk Firaun Ramses II yang menentang Nabi Musa as.

Salah satu dari mami. Proses pengawetan jenazah dilakukan dengan penuh teliti sehingga ke peringkat ia dibalut menyebabkan jenazah itu kekal sejak ribuan tahun lalu hingga sekarang. Seelah dibalut, topeng diletakkan di wajah jenazah. Jenazah orang biasa diletakkan topeng biasa, manakala jenazah raja diletakkan topeng yang dibuat dari emas padu seperti topeng mami Raja Tutankhamon.

Setelah beberapa hari melancung di Mesir, rombongan berlepas ke Tanah Suci untuk menziarahi Rasulullah saw di Madinah dan mengerjakan Umrah di Mekah.

Untuk mendaftar, telefon 06 – 764 0010 / 06 – 764 4494 (pejabat) atau smskan / wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012 – 659 0000 (pejabat / Cik Aisyah) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia), +966 – 503 – 508 007 (Ustaz Halim, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya. Pakej-pakej lalu yang kami tawarkan disambut baik oleh masyarakat dan maklumbalas yang kami terima dari para peserta adalah sangat menggalakkan. Terima kasih atas sokongan tuan puan. Semoga tuan puan mendapat Haji dan Umrah yang mabrur. Ameen.

Sila pilih pakej di bawah :

  1. Pakej Umrah Cuti Sekolah Mac +Egypt Tour
  2. Pakej Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun + Egypt Tour
  3. Pakej Umrah Ramadan + Egypt Tour
  4. Pakej Egypt Tour.

Untuk mendaftar, telefon 06 – 764 0010 / 06 – 764 4494 (pejabat) atau smskan / wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012 – 659 0000 (pejabat / Cik Aisyah) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia), +966 – 503 – 508 007 (Ustaz Halim, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

HAJIUMRAH.COM

Ustaz Halim 019-678 0000

12 Respons

  1. Saya berminat untuk menyertai PAkej 26/5 – 9/6/2009 + Egypt Tour. Sila maklumkan keperluan untuk pendaftaran, harga pakej untuk 2 orang sebilik , Visa dll .

  2. umrah cuti sekolah 26/5-9/6/09 +EgyptTour (15 hari) RM6550

    Saya ingin tahu :
    1. Flight yang akan dinaiki oleh kami samada Mas atau lain2.
    2. Jarak hotel di Makkah.

  3. salam.pakej ni masih ada kosong lagi x?
    kalau nak buat umrah dulu dan singgah di cairo kemudian ada x?

  4. Salam ustaz.
    Saya pelajar di Universiti Ain Shams. Keluarga saya di Malaysia berhajat untuk menyertai pakej umrah+Mesir awal Jun ketika cuti sekolah nanti. Saya bercadang untuk mengikut pakej yg sama tetapi dari Mesir dan kemudian pulang semula ke Mesir. Persoalannya:
    1. Adakah plan ini obtainable?
    2. Kalau ya, apa tindakan yang perlu saya buat untuk urusan ke umrah.

    Terima kasih.Jzkk

  5. Memandangkan saya bukan seorang lelaki, bolehkan ustaz jelaskan pendetailan tersebut.
    Harap pihak ustaz dapat maklumkan kepada saya apabila pakej awal Jun cuti sekolah telah dibuka untuk pendaftaran.

    Terima kasih.

  6. salam ustaz halim.

    Saya berhasrat mengerjakan umrah pada mei-Jun 2010 bersama2 suami dan anak berusia 3 thn. harga pakej utk anak saya bp ya (anggaran). dan akan timbul masalah utk mengerjakan umrah ke jika saya bawa bersama anak saya? tq

  7. Ustaz, saya dah beri nama 3 Dewasa untuk pakej ini lebih kurang 5 bulan dahulu tetapi tidak mengisi borang. Saya juga bertanya melalui telefon dan e-mel dan dinyatakan bahawa saya ada didalam senarai. Disebabkan pakej ini belum confirm, saya dinyatakan bahawa tidak pelru membayar dahulu dan diminta berbuat demikian apabila ditelefon. Saya nak pastikan adakah saya, isteri dan kakak saya ada didalam senarai tersebut.

    1, Saifuzzaman Ibrahim
    2. Hamidah Mohamed
    3, Nor Azizah Ibrahim

  8. salam ustaz, 1. dimanakah lokasi & alamat pejabat urusan tn haji?

  9. Asslamualaikum ustaz,
    Untuk Egypt 26/5 – 8/6, tarikh daftar masuk pada 25/5 malam ke 26/5 malam? Wasallam

  10. Asalamualaikum…

    SAya keluarga 3 orang dan mungkin 5 orang berminat pakej umrah / cairo pada 24.05.11 – 6.6.11.
    Boleh tak ustad beri keterangan lanjut tentang pakej ni…Saya tinggal di Kota Tinggi dan anak saya di Shah Alam.

    Sekian, terima kasih

  11. Salam Ustaz,

    Saya suami isteri merancang utk bercuti ke Mesir (tanpa umrah) pada minggu pertama atau kedua February 2012. Saya berminat untuk mendapat khidmat syarikat Ustaz.
    Minta maklum balas.

    ZAHID HUT
    hp 0193133293

  12. Asalamualaikum ustaz,
    Sekali lg sy nak tanya, pakej Egypt 25/5-7/6/2012 masih boleh daftar tak? Saya, suami, kedua ibu mertua, ipar, biras & anaknya bcadang nak pergi umrah semasa cuti sekolah seramai 7 org. Kami berasal dari Sabah, bagaimana cara kami mengikuti kursus yg dianjurkan oleh ustaz?
    Sekian, semoga dpt jwpn drp ustaz & berharap sgt dpt mgikuti umrah pd tarikh tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: