6/08-13/8/2017 Egypt Tour RM5850

Piramid di Giza, Cairo : Salah satu dari 7 Keajaiban Dunia.

ZIARAH MESIR SAHAJA (1 minggu). Tanpa Umrah.

Hari 01 – Anda berlepas dari KLIA, Malaysia dan tiba di Cairo International Airport pada pagi hari. Anda teus dibawa ke tempat penginapan.

Di sebelah pagi anda  dibawa menziarahi 10 Kompleks Kediaman Pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah. Terdapat seramai lebih 6000 pelajar Malaysia di Mesir, kebanyakannya tertumpu di bandaraya Kaherah yang mempunyai bilangan penduduk hampir 20 juta orang.

Masjid Sultan Mohd Ali, dalam Kubu Salahuddin Al-Ayyubi, Cairo.

Hari 02 – Anda dibawa menziarahi masjid-masjid bersejarah termasuk Masjid dan Maqam Imam Syafie, Masjid Imam Hasan, Masjid Ar-Rifaie, Universiti dan Masjid Al-Azhar, Kubu Salahuddin Al-Ayyubi, Masjid Sultan Mohamad Ali, Masjid Sayyidina Hussein ra, Masjid Tulun, masjid Sayyidah Zainab ra dan lain-lain.

Hari 03 – Anda akan menziarahi Pyramid dan Spinx di Giza, Kaherah, kemudian melawat Museum Kaherah dimana terdapat ratusan mummi purba termasuk mummi Firaun, Ramses II di zaman Nabi Musa as. Anda juga berpeluang menikmati pemandangan di tebing Sungai Nil yang masyhur dan terpanjang di dunia.

Ramses II, raja Mesir yang menentang Nabi Musa as, di dalam Museum Mesir, Cairo.

Hari 04 – Nikmati beli belah di bazaar Khan Khalili, Cairo yang masyhur dan murah.

Bandaraya Kaherah (Cairo) berpenduduk 20 juta orang, terbesar di Afrika.

Hari 05 – Anda akan dibawa ke bandar kedua terbesar di Mesir, Iskandariah, 250 km dari Kaherah. Ia terletak di pantai Laut Medditerranean dan mempunyai tempat-tempat menarik seperti Kubu Salahuddin Al-Ayyubi (Qaitbay), Montazah (istana lama Raja Farouk), Perpustakaan Iskandariah yang terbesar di Afrika dan lain-lain.

Hari 06 – Anda dibawa ke timur Mesir iaitu melawat Terusan Suez, terusan terpenting di dunia yang menghubungkan dunia Barat dan Timur, bandar Ismailiyah dan Port Said. Nikmati pemandangan kawasan luar bandar di Mesir.

Hari 07 – Anda berlepas pulang ke KLIA, Malaysia.

PENDAFTARAN  :  Untuk mendaftar, telefon 06 – 764 0010 / 06 – 764 4494 (pejabat) atau smskan / wasapkan nama dan pakej pilihan anda kepada 012 – 659 0000 (pejabat / Cik Aisyah) atau terus kepada 019 – 678 0000 (Ustaz Halim, Malaysia), +966 – 503 – 508 007 (Ustaz Halim, Mekah & Madinah) dan anda nanti akan dihubungi dan dilayan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM 019-678 0000

Ustaz Halim 019-678 0000

4 Respons

  1. Adakah ustaz akan buat pakej pelancongan ke Mesir sahaja, tanpa buat umrah, jadi kosnya lebih rendah. anggaran 6 – 7 hari. Tarikhnya awal tahun 2010

  2. Salam,

    Saya mahu ziarah mesir sahaja.Berapa kos nya dan brapa hari?

  3. Saya sekeluarga bercadang nak pergi melawat anak kami di alexandria university, egypt. Kami seramai 5 adult dan 2 children. Kami bercadang nak melawat egypt tanpa umrah. Cadangannya ialah duduk di alex, free and easy dengan satu hari day trip ke pyramid, giza. Boleh tak ustaz uruskan termasuk ground arrangement.

    Terimaksih

  4. Assalamualaikum,
    Ustaz, saya berminat utk tour ke Egypt selama seminggu. Tarikh,
    1. sekitar 12 Mac-20-Mac 2011 (cuti sekolah pertengahan penggal.

    atau

    2. sekitar 28 mei-12 jun 2011 (cuti sekolah pertengahan tahun).

    Ustaz tolong hantar quotation via e-mail

    2 dewasa
    2 warga emas
    3 kanak-kanak (3, 7 & 9 thn)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: