Beijing dan Tianjin

Para peserta yang mengikuti Program Kembara Muslim ke Beijing dan Tianjin (Foto hiasan)

MELANCONG adalah alam rasa. Ia juga adalah proses keilmuan yang membentuk peribadi dan sahsiah kita sebagai manusia, apatah lagi kepada umat Islam. Benar orang melancong untuk beristirehat atau dengan pelbagai alasan lain.

HAJIUMRAH.COM cuba untuk mengubah persepsi melancong dengan memberi nilai ilmu dan keagamaan dalam setiap pakej mereka.

Di samping berlibur atau bersantai di mana-mana destinasi pelancongan termasuk China, syarikat yang berusia lima tahun ini mahu dikenali sebagai hub pelancongan Muslim terunggul di Malaysia.

Pengarah Urusannya, Ustaz Abdul Halim Abdullah (Tel: 019-678 0000) berkata, sejak mempelopori status hub pelancongan Muslim, sambutan daripada pelanggan termasuk syarikat korporat, badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), universiti, keluarga dan orang perseorangan amat memberangsangkan.

“Kami sama sekali tidak menduga masyarakat begitu dahaga dan mahukan corak pelancongan seperti ini mungkin kerana kesedaran tinggi terhadap agama termasuk soal halal dan haram serta aktiviti kekeluargaan ketika melancong,” ujar beliau.

Justeru dari semasa ke semasa sentiasa berhubung dan berjumpa sendiri dengan rakan niaga di China, Korea, Vietnam, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapura, Australia, New Zealand, Turki, beberapa negara Eropah lain di samping negara Timur Tengah.

“Ini penting supaya setiap tempat makan, penginapan, urusan ibadah atau solat, pelayanan dan seumpamanya di negara yang dilawati itu benar-benar mencapai piawaian atau keserasian dengan pelanggan kami yang rata-ratanya beragama Islam,” terangnya.

Selain umrah ke Tanah Suci Mekah yang sedang dibuka pendaftaran, pakej terdekat syarikatnya ialah Kembara Muslim ke Beijing dan Tianjin pada 29 Jun hingga 4 Julai ini.

Dengan pakej enam hari yang berharga lengkap RM2,500 seorang ini, peserta rombongan berpeluang bermesra dengan komuniti Muslim di daerah Niujie, selain bersolat di Masjid Madian dan Masjid Niujie, masjid tertua di Beijing.

Tempat lain dilawati ialah Chinese Herbal Medicine Centre yang terkenal dengan khidmat refleksologi beramai-ramai dan ubat-ubatan berasaskan bunga merah Tibet, Tianjin Snack Market, Tianjin Ancient Culture Street, kilang sutera, Pasar Sun Shine, menyaksikan pertunjukkan Shaolin kanak-kanak, Pasar Sanlitun Yashow, The Palace Longest TV, Silk Street Market Russia, kilang pisau Jerman, Donghuamen Wangfujing Night Street, Pasar Hongqiao Tianya, kilang herba Baoshutang dan pelbagai lagi.

Peserta rombongan akan disajikan dengan pelbagai makanan China Muslim termasuk itik Peking panggang dan sate kambing masyarakat Muslim Xinjiang.

Mereka juga akan berpeluang menaiki keretapi laju ke Tianjin dari Beijing yang cuma mengambil masa 30 minit (perjalanan darat biasa tiga jam).

Di samping orang ramai, kita mempelawa ahli-ahli korporat atau anak-anak yang sibuk dengan urusan harian masing-masing menaja warga emas atau membiayai ibu dan bapa mereka untuk menyertai pakej ini.

Ini kerana selain melancong guide akan turut memberi sentuhan peribadi kepada warga emas mahupun ibu bapa terbabit. Mereka akan mewakili anda sebagai ‘anak angkat’ sepanjang perjalanan pergi dan balik.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi www.HAJIUMRAH.COM 06-764 4494

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: