6 Ralat Umrah

RALAT UMRAH 

Ralat Umrah adalah kisah-kisah kesilapan atau kelemahan yang berlaku yang menjadi pengalaman yang berguna kepada jemaah Umrah dan mereka yang bercadang untuk mengerjakan Umrah. Dengan pengamatan dari apa-apa yang telah berlaku, yang kami paparkan di sini, ia disebabkan oleh kedua-dua belah pihak Jemaah Umrah dan Penganjur (Syarikat) tanpa kecuali. Dipihak Penganjur biasanya ialah kerana mereka tidak competence (layak) dalam menganjurkan atau membimbing ibadat Haji atau Umrah yang sememangnya berkait rapat dengan Feqah Ibadat dalam Islam dan pengurusan dengan orang Arab. Di pihak Jemaah pula, mereka tidak mengambil berat dalam memilih Pakej atau Syarikat mana yang akan mengurus dan membimbing mereka sebaliknya memilih berdasarkan iklan yang termuat dalam akhbar atau harga yang dirasa murah. Sebaiknya kenalpasti Ulamak dan Syarikat yang akan membimbing anda mendapat Haji dan Umrah yang mabrur.

  DI MANA MAQAM NABI SAW? Kebiasaannya sebaik rombongan tiba di Madinah, mereka akan berehat di hotel seketika, makan minum di tempat yang disediakan, berwudhuk dan terus di bawa oleh ketua rombongan atau pembimbing untuk menziarahi Maqam Rasulullah saw dan Masjid Nabawi. Ketika saya berjalan di perkarangan Masjid Nabi, saya terlihat seorang bapa dan keluarganya sekitar 4 atau 5 orang seperti sedang mencari sesuatu. Lalu saya menyapa dan dia bertanya di mana Maqam Rasulullah saw. dan memberitahu tiada pembimbing yang datang bersama mereka sedang merek kali pertama datang ke Tanah Suci. Nasihat Maqam Nabi saw adalah diantara tempat yang paling hendak di ziarahi oleh jemaah Haji atau Umrah ketika berada di Madinah. Adalah menyedih jika jemaah kali pertama ke Tanah Suci terpaksa mencari sendiri Maqam Nabi saw yang hendak diziarahi, apatah lagi ziarah Maqam dan Masjid Nabi itu sendiri mempunyai adab-adabnya yang perlu dipelajari dan dilaksanakan seperti tertib Doa di Pintu, Solat Tahiyyat, Doa, beri salam kepada Rasulullah saw, rendah suara dan sebagainya. Bagaimana pula nanti untuk melaksanakan ibadah Umrah yang lebih banyak selok beloknya. Sebaiknya pergilah ke Tanah Suci dengan pembimbing yang bertauliah.  DAM KAMBING SR4000.00 SEORANG 

Dalam satu rombongan Umrah lebih kurang 60 orang, para jemaah telah melakukan umrah dengan banyak sekali. Ada yang melakukan umrah sebanyak 16 kali ! Mereka dimaklumkan oleh ketua rombongan bahawa dibolehkan berniat Umrah di hotel tempat mereka menginap.(seperti yang biasa dilakukan oleh jemaah Haji secara tamattuk).

Hukum

Niat Umrah di Miqat Umrah adalah wajib. Miqat Umrah di Mekah ialah di Tanah Halal, manakala hotel masih terletak di Tanah Haram. Berniat di luar Miqat dikenakan denda Dam Tertib dan Taqdir. Walaupun Umrah tersebut tetap sah (jika berniat di luar Miqat) tetapi berdosa jika sengaja dan tidak berdosa sekiranya tidak sengaja. Jika beliau telah mengerjakan 16 kali Umrah dengan niat di luar Miqat, maka beliau didenda 16 ekor kambing x SR250 harga seekor = SR 4000.00 !! Apabila pembimbing tersebut disiasat rupanya dia kurang memahami selok belok ibadah Umrah dan membaca buku dengan tersilap tajuk. Dia baca dibawah tajuk Haji, bukan Umrah.

Nasihat

Mesti fahami bahawa perjalanan kita ke Mekah bukan bentuk pelancungan biasa tetapi ia adalah perjalanan ibadah. Malangnya bukan sahaja jemaah (kerana tidak teliti memilih) tetapi juga sesetengah penganjur hanya memberi tumpuan kepada aspek pelancungan dan pengurusan perjalanan seperti hotel, makan minum dan pengangkutan tetapi agak cuai atau mengabaikan aspek bimbingan dan penerangan seperti yang sepatutnya. Cuba juga bayangkan (harap tak berlaku) jika semua 60 orang melakukan 16 kali Umrah, maka dam kambing adalah berjumlah 16 kali Umrah x SR250 seekor kambing x 60 orang = SR 240,000.00 iaitu hampir suku juta Riyal Saudi !!

  DAM BERTINDAN-TINDAN 

Seorang wanita dari hotel lain datang bertemu saya dan berkata tadi dia ke Jakranah (tempat Miqat) dan berniat Umrah bersama kawan-kawan sebilik. Selepas berniat di kembali ke Mekah untuk meneruskan Tawaf, Saie dan Gunting tetapi mendapati dia didatangi haid sebelum memulakan Tawaf. Pembimbingnya mengatakan kalau begitu dia tidak perlu mengerjakan Umrah kerana dia berniat Umrah ketika dalam Haid. Selepas itu dia menjalani kehidupan seperti biasa seperti memotong kuku, menyikat rambut mandi dengan menggosokkan kepala dan sebagainya.

Hukum :

Saya memberitahunya bahawa dia masih dalam keadaan mengerjakan Umrah kerana telah berniat, Cuma kena menunggu sehinga haidnya tamat, mandi wajib, berwudhuk dan menyempurnakan Tawaf Umrah, Saie Umrah dan Gunting Umrahnya. Niat Umrah ketika dalam haid dikira sah niat dan mesti berpantang larang selepas berniat tersebut. Perbuatan memotong kuku, mencabut rambut/bulu dan lain-lain kesalahan mesti dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir.

Nasihat :

Mesti bertanya kepada alim yang tahu selok belok ibadah Umrah. Jika tidak kita akan melakukan kesalahan demi kesalahan sedang kita tidak menyedari. Mungkin kesalahan yang kita lakukan menjadi banyak dan dendaan dam menjadi terkumpul dan banyak. Pastikan penyertaan anda di dalam rombongan Umrah atau Haji selepas ini disertai oleh pembimbing yang arif tentang ibadah Haji dan Umrah.

5 Respons

  1. Salam,
    saya ingin mengerjakan umrah tetapi tidak pernah menghadiri kursus umrah. Bolehkah saya pergi menunaikan umrah?
    saya menetap di pulau pinang, Adakah agen di sekitar ini?

  2. Salam,mohon bantuan ustaz mengenai membawa bayi semasa mengerjakan umrah. Boleh tak saya memakai sling ( alat untuk mengendong bayi) semasa tawaf dan saie

  3. Assalam, ustaz, memang betul apa yang diperkatakan ustaz, mutawwif perlu memainkan peranan bagi yang kali pertama pergi untuk umrah..ia berlaku pada diri saya juga., ziarah raudhah tanpa bantuan mutawwif.peranc.aktiviti perlu supaya semua jemaah dpt berkumpul utk melaksanakannya..harapan sya semoga umrah sya diterima oleh Allah s.wt.

  4. Wsm ww

    Dengan haid, Puan terus menerus tidak boleh bertawaf. Jika tidak boleh bertawaf, Puan tiadak boleh bersaie dan bergunting kerana semuanya mestimdilakukan mengikut tertib.

    Setelah Puan keluar dari Mekah menuju ke Airport atau ke Madinah, pada jarak ya g tidak boleh kembali semula ke Mekah, Puan tamatkan Ihram/pantang larang dengan menggunting rambut dan menyembelih seekor kambing “Dan Ihsar (tersekat)”.

    Jika masa Niat Umrah, Puan niat dgn Bersyarat, maka tak perlu sembelih Dam Kambing tersebut.

  5. Kena berniat di Miqat Bir Ali kerana Puan datang berumrah dari arah utara (Madinah).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: