UpahHJ

Kelihatan seorang waris sedang mengurus upah Haji Badal dengan Ustaz Halim di Pejabat Urusan HAJIUMRAH.COM. Urusan boleh dibuat dari jarak jauh tanpa perlu datang ke Pejabat.

UPAH HAJI atau UPAH HAJI BADAL

Erti Upah Haji ialah mengupah seorang yang telahpun menunaikan Haji dirinya sendiri, untuk melakukan Haji untuk orang lain pula. Orang lain itu samada telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh menyebabkan orang lain itu tidak mampu kesihatan untuk ke Tanah Suci. Haji untuk orang lain seperti ini dinamakan Haji Badal. “Badal” bermakna “ganti” atau “alternatif”.  Cara memohon Upah Haji Badal.

Untuk memahami hukum dan perlaksanaan Haji Badal, kita terlebih dahulu harus mengetahui hukum asal Haji dan Umrah bagi orang yang masih hidup.

HUKUM MENUNAIKAN IBADAT HAJI DAN IBADAT UMRAH

Erti Haji ialah mengunjungi Kaabah (Baitullah) dalam Bulan-bulan Haji kerana mengerjakan Tawaf, Saie, Wuquf dan lain-lain menurut syarat-syarat serta menunaikan wajib-wajibnya.

Erti Umrah ialah mengunjungi Kaabah (Baitullah) pada bila-bila masa kerana mengerjakan Tawaf, Saie dan lain-lain menurut syarat-syarat serta menunaikan wajib-wajibnya.

Hukum Haji dan Umrah

Haji dan Umrah diwajibkan sekali sahaja dalam seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan (atau berkuasa) samada lelaki atau perempuan.

Firman Allah swt, “Dan kamu sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah : 196).Firman Allah swt, “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia untuk mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu pergi ke sana” (Ali Imran : 97).Erti Berkemampuan

Erti berkemampuan ialah :

(i)berkuasa dengan sendiri, atau

(ii)berkuasa dengan pertolongan orang lain.

Berkuasa dengan sendiri ialah memiliki perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal di Tanah Suci dan cukup bekalan untuk ditinggalkan bagi orang-orang yang dibawah tanggungannya di Tanahair, ada kenderaan, aman perjalanan, sihat tubuh badan dan berkesempatan masa. Syarat-syarat tambahan bagi wanita ialah mendapat izin suami dan hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ke Tanah Suci.

Berkemampuan dengan pertolongan orang lain ialah :

(i)Orang yang memiliki perbelanjaan untuk ke Tanah Suci tetapi tidak dapat mengerjakan sendiri kerana terlalu uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umurnya yang telah putus asa tidak dapat ke Tanah Suci.

(ii)Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak sempat mengerjakan Haji.

Dalam hal ini terhutanglah fardhu Hajinya ke atas warisnya atau orang yang menerima wasiatnya untuk menyelenggarakan hutang hajinya dengan upah yang yang berpatutan atau sukarela. Ini dinamakan Badal Haji.

HUKUM HAJI BADAL

Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan Haji dirinya sendiri untuk mengerjakan Haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana terlalu uzur.

Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw

dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”.  Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi saw berkata kepada wanita tersebut, “Kerjakanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie).

Dari hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi saw juga membuat perbandingan dimana melunaskan Haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.

PAHALA HAJI BADAL

Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.

Dari Ibnu Abbas ra berkata, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meningal dunia, ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu Haji dan orang yang mengerjakan Haji tersebut mendapat tujuh Haji”. Dalam satu riwayat lain, “Dan bagi orang yang mengerjakan Haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar).

Dari Abi Razin Al-Uqaily bahawa dia berjumpa Nabi saw dan berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku terlalu tua dan tidak larat untuk mengerjakan Haji, Umrah atau berjalan dalam rombongan”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji dan Umrah bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat At-Tarmizi dengan katanya hadis ini bertaraf hasan sahih. Nama sebenar Abi Razin ialah Laqit bin Amir).

Haji Badal bagi orang yang masih hidupDari Al-Fadl bin Abbas bahawa dia pernah menunggang bersama Rasulullah saw lalu datang seorang lelaki bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku terlalu tua. Jika aku mengangkatnya secara tanggung, dia tidak boleh memegang kuat. Jika aku mengikatnya aku khuatir boleh membinasakannya lalu meninggal dunia”. Sabda Rasulullah saw, “Jika ibumu berhutang dengan seseorang, tidakkah engkau yang akan melunaskannya?”. Dia berkata, “Ya”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji bagi pihak ibumu”.Dari dalil di atas, jelas menunjukkan bahawa dibolehkan seseorang mengerjakan Haji bagi pihak seseorang yang lain yang masih hidup tetapi tidak berkuasa mengerjakannya untuk dirinya sendiri.

Datang seorang lelaki dari kaum Khath’am kepada Rasulullah saw bertanya tentang ayahnya yang tidak berkuasa mengerjakan Haji, “Adakah diterima Allah jika aku mengerjakan Haji bagi pihaknya?”. Sabda Rasulullah saw, “Adakah kamu anak sulungnya?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Rasulullah saw, “Tidakkah engkau melihat jika ayahmu berhutang, adakah engkau akan melunaskan hutang tersebut?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji bagi pihaknya”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dengan penambahan “Ayahku tidak larat menunggang tunggangan sedang Haji diwajibkan ke atasnya. Adakah boleh aku mengerjakan Haji bagi pihaknya?”).

Dari hadis-hadis di atas menunjukkan wajib mengerjakan Haji ke atas orang yang tidak berkuasa jika sekiranya dia berkemampuan di segi harta dan ada anak atau orang lain yang boleh mengerjakan Haji tersebut bagi pihaknya.

Pahala anak yang mengerjakan Haji untuk kedua orang tuanya.

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibu bapanya, atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt)”.

Dari Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji”.

Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah saw bersabda, “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibu bapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada ruh-ruh ibu bapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan”. Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah Hajinya itu.

Seseorang tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain jika dia sendiri belum mengerjakan Haji untuk dirinya.Dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw mendengar seorang lelaki bertalbiyah sambil berniat mengerjakan Haji untuk Syubrumah lalu bersabda, “Siapa dia Syubrumah?”. Lelaki itu menjawab, “Saudaraku”. Nabi saw bertanya, “Adakah engkau telah mengerjakan Haji untuk diri sendiri?”. Dia menjawab, “Belum”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakan Haji untuk dirimu sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah kerjakan Haji untuk Syubrumah”. (Hadis diriwayatkan oleh Ad-Darqutny dan Ibnu Majah).

Hadis ini menjadi dalil mazhab Syafie bahawa seseorang itu tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain selagimana dia belum mengerjakan Haji untuk dirinya sendiri.

KESIMPULAN

Haji dan Umrah adalah wajib sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Kewajipan ini tidak terlepas walaupun seseorang itu telah meninggal dunia atau menjadi terlalu uzur jika sekiranya semasa waktu sihatnya dia telah mencukupi syarat-syarat wajib mengerjakan Haji dan Umrah. Menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk melunaskan Haji dan Umrah si mati atau orang yang terlalu uzur secara mengerjakan Haji Badal dan Umrah Badal samada waris itu sendiri mengerjakannya (lebih afdhal) atau seseorang yang telahpun mengerjakan Haji dan Umrah dirinya diupah atau sukarela mengerjakan Haji dan Umrah bagi orang yang tidak berkuasa tersebut.

Disediakan oleh :

Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Abdullah

  B.A. Peng. Islam & Bah. Arab (Al-Azhar), G.D. (Kaherah), B.E. (Queensland)Ahli Muzakarah Kebangsaan Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia 1999, 2000M

Tel : 019 – 678 0000 (Malaysia), 00 – 966 – 503 508 007 (Saudi Arabia)

Pejabat Urusan Haji, Umrah, Ziarah, Haji Badal, Korban di Tanah Suci dll :

C – 1.7 Flat UDA Ampangan, Seremban, NS.  Tel : 06 – 764 4494 / 764 0010 (pej – Haji Azhar / Puan Tati / Cik Norhayati)

Rujukan

  1. Al-Qira li Qasid Ummi Qura oleh Al-Hafiz Abi Al-Abbas Ahmad bin Abdullah Muhibuddin At-Tabary (615 – 694H) m/s 80 – 88.
  2. Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah oleh Lembaga Tabung Haji cetakan 2003.

45 Respons

  1. Asalamualaikum ustaz.. saya ingin membuat badal haji ( upah haji) untuk arwah ibu saya. boleh ustaz beritahu berapakah harga bagi pakej badal haji ini dan syarat syaratnya. Kami adik beradik ingin membuat badal haji ini pada tahun ini juga..

  2. Asalamualaikum ustaz.. saya ingin membuat badal haji ( upah haji) untuk arwah bapa saya. boleh ustaz beritahu berapakah harga bagi pakej badal haji ini dan syarat syaratnya. Kami adik beradik ingin membuat badal haji ini pada tahun ini juga..

  3. ustaz saya ingin membuat badal haji (upah haji)untuk arwa bara saya.kalau boleh saya ingin melaksanakan nya pada tahun ini,masih kah ada kekosongan,bila kah saya boleh mendaftaf,bila saya kena membuat bayaran,dan berapa kah harga bagi
    pakej badal haji ini dan apakah syarat-syarat nya,sekian terima kasih-Raja Airan Bt Raja Ismail,
    Bandar Baru Uda,Johor Bahru-tel no 0137853033.

  4. Kalau kita melakukan badal haji dengan haji tamattu’ adakah perlaksanaannya sama dengan haji untuk diri sendiri seperti perlu membayar dam, mengerjakan umrah terlebih dahulu dsbnya.

  5. Assalamualaikum ustaz. Saya sekadar ingin bertanya dan inginkan penjelasan berkenaan upah haji untuk orang yang telah meninggal dunia, sedangkan ketika hayatnya , si mati teramat jarang mengerjakan solat.

    Terima kasih.

  6. saya ingin membuat badal haji untuk 6 orang – iaitu untuk arwah kedua ibu bapa saya dan datuk dan nenek sebelah arwah ibu dan bapa. Masalah sekarang ialah saya tidak tahu nama sebenar arwah-arwah datuk dan nenek saya. Bagaimanakah caranya saya hendak membuat badal haji dan berapa jumlah bayaran yang perlu saya bayar untuk 6 orang. Harap ustaz dapat memberikan penjelasan pada, saya ingin membuat badal haji pada tahun ini. Sekian terima kasih. tel-0177949016

  7. Asalamualaikum ustaz.. saya dan adik-beradik ingin membuat badal haji ( upah haji) untuk arwah ibu dan bapa saya. boleh ustaz beritahu berapakah harga bagi pakej badal haji ini dan syarat-syaratnya. Kami berhajat ingin membuat badal haji tersebut pada tahun ini.masihkah sempat untuk membuat pendaftaran?

  8. Assalamualaikum ustaz,
    Saya berhajat untuk membuat badal haji (upah haji) untuk arwah bapa saya pada tahun ini juga. Bolehkah ustaz beritahu berapa kosnya dan apa syarat-syaratnya?

  9. Saya ini mengupah haji bagi pihak arwah kakak saya tahun ini.
    Diharap dapat menyatakan prosedur dan juga kos yang terbabit.

    sekian

    ROSLI HASSAN

    • assalam….ustaz bolehkah saya membuat membuat upah haji bagi tahun 2012, bagaimana cara saya ingin membuat pendaftaran?

  10. salaam ustaz, blog ustaz memang kewl!

    ana nak tanya sikit, jika perlu, delete saja komen ini kemudiannya. saya nak pergi umrah dengan kos yang rendah. bukan kedekut, tapi memang duit tak banyak.

    saya nak mintak sebut harga untuk kos ground handling sahaja, untuk;

    penginapan hotel murah tapi dapat suami isteri dapat tinggal bersama di madinah 2 malam, mekah 3 malam.

    dan mungkin hubungan dengan wakil syarikat di madinah dan mekah jika saya ingin pergi melawat atau apa-apa kecemasan.

    pengangkutan dari airpot jeddah ke madinah, dan madinah ke mekah akan saya uruskan sendiri, begitu juga makan minum.

    apa yang saya minta tuan sediakan cuma visa umrah dan penginapan dengan spesifikasi yang saya sebutkan di atas.

    untuk pengetahuan pihak tuan, ini bukan kali pertama saya mengerjakan umrah, jadi insyaAllah, tak banyak masalah.

    kalau ustaz dapat bantu, besarlah harapan saya. sekian

  11. saya nak tahu siapakah orang yang di upah untuk membuat upaj haji..

  12. Salam Ustaz Halim,

    Nak minta pandangan..Ibu saya berusia 76 tahun..telah uzur hanya merangkak..dan ingatan kadang2 lupa..kadang2 tidak…Adakah boleh jika Badal Haji bagi pihak ibu. Saya tinggal di Senawang.

  13. Assalamualaikum ustaz,

    Saya ingin bertanya, masih sempatkah saya memohon untuk badal haji ( upah haji) tahun ini. Saya ingin membuatnya bagi arwah datuk saya. Mengenai kos, adakah masih sama seperti yang ustaz maklumkan? Terima kasih.

  14. Saya ingin badal hajikan untuk arwah datuk dan nenek saya pada tahun ini, jadi berdasarkan respon daripada soalan yang diajukan kepada ustaz, makanya untuk 2 orang adalah RM 3000 ringgit,
    1. adakah dikenakan bayaran lain selain RM 3000 tersebut?
    2. pengurusan untuk pembayaran dan lafaz akad tersebut adakah perlu saya hadir ke pejabat ustaz?

    M.Faizal : 019-7173114

  15. Salam Ustaz,
    Paksu saya minta saya tanya ustaz mengenai urusan upah haji bg datuk saya (meninggal tahun 1998). Apa yang perlu saya buat dan hal2 lain yg perlu? Paksu saya cadang kalau boleh nk diuruskan dlm tahun ni jgak.

    Apapun harap dpt respon dr Ustz.
    Email saya: zenx6@yahoo.com
    No.HP (Jordan): +962 77 645 3581

    Aiman Rosli (Abu Asiah)
    Jordan

  16. Assalamualaykum,

    ustaz saya ingin mengupahkan haji buat arwah bapa saya. saya kini berada di ireland. bolehkah saya mendapatkan borang secara online? jika tidak, bagaimana boleh mendaftar?
    thanks.

    salam alayk.

  17. assalamualaikum ustaz. saya ada satu kemusykilan iaitu apakah status haji yang diupah sekiranya orang yang diamanahkan upahan haji itu tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya. Satu lagi, sekiranya sedekah yang diberikan kepada pembinaan sebuah masjid, adakah putus pahalanya sekiranya masjid itu dirobohkan?

  18. Assalammualaikum Ustaz,

    Saya amat berminat dan berhajat untuk mengupahkan haji buat arwah bapa saya yang meninggal dunia pada 28.11.2009.

    Bagaimana untuk saya memohon borang dan membuat pertanyaan tentang Upah Haji tersebut.

    Wassalam Ustaz

    Sha

  19. syukran alaikum…
    sbb telah membantu saya dlm menyiapkan kerja sekolah…
    tq.

  20. salam ustaz,

    Bapa saya telah meninggal dunia pada tahun 1998 tanpa menunaikan haji. Saya ingin sangat bapa saya mendapat pahala haji. Bolehkah saya mengupah orang yang lain (bukan saya sendiri) untuk menunaikan haji bagi pihak beliau. Berapakah kosnya dan bagaimana saya hendak buat.

    Sekian, terima kasih.

  21. assalamualaikum ustz,
    saya berniat untuk membuat upah haji untuk arwah nenek yang meninggal pada 04-03-2007 atas duit arwah sendiri(jual barang kemas arwah),segala yang lain telah diselesaikan.masaalahnya saya takut ditipu oleh ejen upah haji nie kerana tidak mangatahui
    serta arif bab nie.
    berape kos nye yang berpatutanlah??saya keliru sbb ada yang tawar kos dari rm1200 ke rm1500 sahaja..Aper bukti hajinya??jika haji tu tidak laksakan sedangkan saya dah bayar wang tersebut??aperkah hukum nya??saya nak yang terbaik untuk arwah nenek saya kerana…. mohan pengalaman ustz …terima kasiah lokasi saya ustz di TEMERLOH PAHANG…

  22. Salam ustaz…sy b’hajat utk membuat upah haji bg pihak arwah ayah. Soalannya..adakah kita perlu mbuat upah umrah terlebih dahulu utk arwah @ boleh terus mbuat upah haji? Mengenai pbelanjaan…sy ada mdgr yg kita perlu mggunakan harta arwah (jika ada) utk segala pbelanjaan upah haji ini..adakah ianya betul?

  23. Salam ustaz,

    Saya nak tanya sedikit mengenai upah haji,
    1. apa hukumnya upah haji, wajib, harus, sunat atau yang lain? apakah syarat2nya pulak untuk meletakkan hukum pada upah haji ini?
    2. berbalik pada hukum haji diatas mestilah berkemampuan
    (i) berkuasa dengan sendiri, atau

    (ii) berkuasa dengan pertolongan orang lain.
    tapi tak ada pulak mengatakan dibawa kan oleh orang lain? bagaimana pulak tu ustaz?

    3. Apabila mati seorg, hanya tinggal 3 perkara, i. anak yg soleh ii. ilmu yang diajarkan, iii. amal jariah/sedekah….tak ada pulak pasal upah haji ?

    saya harap ustaz dapat memperjelaskan factor2nya dana alasan yang baik.
    maaf atas pertanyaan yang melampau ini, saya haya ingin belajar dan memahami dengna lebih dalam, bukan dengan mendengar dari keturunan sahaja

  24. Assalamualaikum…
    Salam kenal buat ustadz Abdul Halim Abdullah dan pejabat terkait.
    Saya Abdurrahman Karji dan kami bersedia menjadi orang yg di upah untuk
    melaksanakan badal haji/umroh.
    sila hubungi kami di rahman_rei@yahoo.com / +966 0542069735
    Terima kasih.

  25. saya ingin membuat upah haji bagi arwah ayah saya bersama-sama dengan adik beradik yang lain. Bolehkah saya menggunakan wang sendiri bersama-sama dengan adik beradik yang lain sedangkan arwah ayah saya mempunyai pencen yang kini telah di wariskan pada ibu saya. Masalahnya ibu saya tidak mahu menggunakan pencen arwah tersebut bagi menunaikan upah haji.

  26. Assalamualaikum Ustaz,

    Ayah saya meninggal dunia semasa saya berusia 7 tahun, Ibu saya pula semasa umur saya 25 tahun.
    Sebelum Ibu meninggal dunia, 1 1/2 tahun sebelum dia jatuh sakit saya ada berjanji ingin menghajikannya (Ibu Saya) dengan wang bonus yang akan saya terima pada hujung tahun, Ibu saya jatuh sakit sebelum bonus dan meninggal dunia 1 1/2 tahun selepas itu.
    Ibu dan bapa memang tidak mempunyai harta peninggalan kerana kami bukan orang yang berkemampuan dari segi kewangan.
    Syukur alhamdullilah kini saya setabil.
    Persoalanya saya adalah anak bongsu dan perempuan.
    Arwah Ibu pernah berkata bahawa dia mahu salah seorang anak lelakinya untuk menghajikannya bila dia sudah tiada lagi.
    Masaalahnya abang abang saya tidak berkemapuan untuk menghajikan ibu dan ayah saya.
    Mereka hidup secara ala kadar sahaja. Yang paling berkemampuan dalam kami bertiga ialah diri saya.

    Bolehkah saya sebagai anak perempuan mengupah haji untuk menghajikan Ibu & bapa saya buat masa ini, dan apabila jika ada rezeki untuk abang abang saya atau saya di masa akan datang menunaikan haji dan kemudian bolehlah kami menghajikan ibu dah ayah sendiri sekali lagi.

  27. assalamualaikum, saya ingin membuat upah haji bagi arwah ayah saya ,kalau boleh pada tahun ini 2010 .adakah masih sempat untuk saya mendaftar di syarikat tuan ? terimakasih

  28. Assalamualakum ustaz, saya ingin melakukan upah haji ntuk arwah pak cik saya, jd berapa kos yang perlu dibayar dan bagaimana hendak berurusan?? Adakah sudah terlambat

  29. saya berada di kota tinggi johor. ingin menyertai haji badal. minta penjelasan cara untuk mendaftar dan bayaran

  30. Assalamualaikum Ustaz.
    Saya petugas haji pada tahun ini dan telah menunaikan Haji untuk diri saya pada tahun lepas. pada tahun ini saya ingin membuat sendiri badal haji untuk datok saya.
    Bagaimanakah cara pelaksanaanya ustaz.. Terima kasih.

  31. Assalamualaikum

    Minta pendapat ustaz sikit. saya menderita sakit paru-paru sejak tahun 1998 akibat tb (2 kali) dan pneumothorax (paru-paru berlobang). Akibatnya paru-paru berparut teruk dan menurut doktor kapasiti paru-paru hanya tinggal sekitar 30%-40% sahaja. Doktor berpendapat parut-parut ini menyebabkan banyak tisu paru-paru mati dan tidak dapat diperbaiki lagi dan keadaan akan menjadi lebih teruk apabila umur meningkat. Natijahnya saya cepat penat dan mencungap apabila melakukan perkara-perkara yang memerlukan tenaga. Berlari dah tak boleh , angkat barang berat tak boleh, naik tangga walaupun setingkat mencungap dan kena berhenti 2/3 kali, naik jalan berbukit sedikit pun mencungap. Saya berumur 53 tahun dan masih bekerja sebagai pentadbir di syarikat swasta dan banyak tugasan hanya dibuat di dalam pejabat sahaja.

    Minta pendapat ustaz samada keadaan saya yang sebegini jatuh ke syarat uzur yang dibenarkan untuk saya boleh mempertimbangkan haji badal.

  32. Assalamualaikum ustaz,
    sy ingin daftar untuk upah haji datuk dan nenek sy untuk tahun ini. adakah syarikat tuan masih terima pendaftaran atau sudah terlewat untuk berbuat demikian utk tahun ini? sekian, terima kasih.

  33. Contoh bacaan niat untuk mengerjakan badal haji untuk arwah bapa saya bernama Mat Razani bin Yaacob

  34. Salam ustaz,

    soalan sy, bolehkah sy terus membaut upah haji utk arwah ayahanda sy sedangkan sy tdk pernah buat upah umrah untuknya sebelum ini.

    Sekiranya boleh dan Masih sempat untuk saya mendaftar bagi membuat upah haji untuk sessi 2010 ini dan membuat pembayarannya ecok, minta pihak ustaz fakskan borang pendaftaran tersebut ke 03-89412860 atau email ke alamat sy.

    Terima kasih.

  35. Assalamualaikum ustaz,

    Saya ada kemuskilan dan berharap agar ustaz dapat meperjelaskan soalan saya ini.

    Bolehkah seorang isteri yang kematian suami mewakilkan ustazah nya untuk menyempurnakan haji kepada arwah suami nya ?

    Yang meninggal lelaki dan yang membawa haji itu nanti seorang perempuan ( ustazah )

    Terimakseh ustaz

  36. assalamualaikum…
    saya ingin tahu adakah masih dibuka untuk upah haji pada tahun ini. bolehkah saya dapatkan maklumat terperinci mengenai upah haji.saya tinggal di kuala terengganu. di manakah saya boleh mendapatkan borang pendaftaran upah haji.

    sekian, terima kasih.

  37. assalamualaikum…ustaz…sy ingin bertanyakan satu soalan…pada thun leps sy sudah pergi menunaikan haji memandang saya belaja di tanah jordan..pada thun nie bapa saya suruh saya menunaikan haji bagi pihak atuk saya yang sudah meninggal..? dlm hal ini perlukan sy m’dptkan sijil badal haji t’sebut? dan bagaimanakah caranye…mohon p’jelasan

  38. Assalamualaikum ustaz, sekiranya waris membuat upah badal haji dengan syarikat ustaz, warisnya dapat tak cenderamata berupa air zam-zam selain dari sijil badal haji?

  39. Salam ustaz…ayah saya sudah meninggal dunia pada tahun 2000.Boleh kah seorang adik membiayai upah haji arwah ayahnya sedangkan ia masih berhutang dengan abangnya sendiri melebihi kos upah haji?? yang mana satu yang patut si adik tadi dahulu kan??kadang2 hutang dengan adik beradik ni,,bila diminta baru nak dibayar,,bila senyap,,diorang pun buat senyap jer..minta ustaz beri penjelasan..terima kasih

  40. Asalamualikum Ustaz , saya Zarina , ingin membuat Upah Haji untuk arwah suami saya , tolong hubungi saya di email zarina_asma@hotmail.com, Sekian terima kasih.

  41. Asalamualaikum ustaz.. saya ingin membuat badal haji ( upah haji) untuk arwah ibu dan bapa saya. boleh ustaz beritahu berapakah harga bagi pakej badal haji ini dan syarat syaratnya. Sekian TerimaKaseh

  42. Askum Ustaz,
    Saya kurang arif dgn upah haji ni. Benarkah waris kena pergi haji dulu sbelum boleh membuat upah haji utk arwah? Harap balas. Kami ingin mnunaikan upah haji utk arwah abah yg bniat nk pg buat umrah.
    Harap dpt beri sdikit pnjelasn. Trima kasih.

    • Wsm ww

      Mohon klik di pakej yang berkenaan.
      Utk upah Haji takda masalah jika waris belum naik Haji.
      Cuma yang tak boleh adalah jika waris sendiri nak kerjakan utk org lain sedang dia sendiri belum buat.

      Terima kasih.

      IKLAN / PENGUMUMAN :
      Pendaftaran pakej-pakej Umrah, Umrah Khas, Umrah+Tour upah Badal Haji, Korban/Aqiqah di Tanah Suci dibuka sepanjang tahun. Sila mendaftar dengan menghubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 (pej), 016-696 7770 (Haji Azhar, staff) atau terus hubungi Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah 019-678 0000.

      Untuk memudahkan tuan puan, semua urusan boleh juga dilakukan melalui jarak jauh.

      “Harapan Anda Matlamat Kami”

      HAJIUMRAH.COM

  43. Untuk Badal Haji boleh hubungi Pejabat Urusan 012 659 0000. Boleh berurusan dari jarak jauh.

Tinggalkan Jawapan kepada Liza Batal balasan