Cara Mohon

CARA MEMOHON BUAT BADAL HAJI

Cara mengupah Haji Badal adalah seperti berikut :

(A) SEBELUM MUSIM HAJI

  1. Hubungi Pejabat Urusan kami dengan menelefon 06 – 764 4494 / 764 0010 (pej),  016 – 696 7770 (Haji Azhar dan nyatakan hasrat ingin mengupah Haji Badal.
  2. Isi Borang Permohonan Haji Badal dengan lengkap. Borang boleh didapati di Pejabat Urusan atau melalui fax. Borang yang telah diisi, boleh dikembalikan melalui fax.
  3. Buat pembayaran Badal Haji ke dalam akaun yang ditetapkan. Bayaran boleh di buat di Pejabat Urusan atau dari jauh melalui akaun bank.
  4. Buat Aqad Wakil iaitu tuan puan melafazkan aqab mewakilkan kepada pihak kami untuk menghasilkan Satu Haji dan Satu Umrah bagi Allayarham/ah ……… Aqad ini boleh dilakukan di Pejabat Urusan atau dari jauh melalui telefon. (Lihat lampiran “Lafaz Aqad” di bawah).
  5. Wang tersebut akan dibawa ke Tanah Suci Mekah dan diserahkan kepada orang yang bersetuju melaksanakannya, setelah ditolak kos perkhidmatan Syarikat, cenderahati untuk pihak Waris dan lain-lain.

(B) SELEPAS MUSIM HAJI

  1. Setelah tamat Musim Haji, pihak kami akan menghubungi pihak Pengupah dalam masa sebulan (sekitar bulan Februari) untuk menyatakan bahawa Badal Haji telah selamat dilakukan oleh orang yang menerima Upah Haji berkenaan.
  2. Pengupah datang ke Pejabat Urusan untuk menerima cenderahati/tanda dan sijil Haji Badal.

LAFAZ AQAD BADAL HAJI

Pengupah akan berkata, “Saya ……(nama Pengupah) dengan ini mewakilkan kepada Tuan Haji .…..(nama wakil dari Pejabat Urusan) untuk menghasilkan satu Haji dan satu Umrah bagi Almarhum/ah …… (nama arwah) pada tahun ini”.

Wakil Syarikat akan menjawab, “Saya ….. (Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah atau wakilnya) akan mewakili pihak Pengupah untuk menghasilkan satu Haji dan satu Umrah bagi Almarhum/ah ……(nama arwah) pada tahun ini, insyaAllah”.

Advertisements

14 Respons

  1. Assalammualaikum

    saya ingin bertanya jika saya ingin melakukkan upah haji untuk tahun 2008.

    1) Pada bulan berapakah selewat-lewatnya saya harus mendaftar?
    2) Berapakan bayaran untuk upah haji untuk 2 orang?

    Wassalam.

    • 1.Assalamualaikum Ustaz… saya ingin membuat upah badal Haji utk arwah isteri saya, berapa kah bayaran utk tahun 2012.

      2. saya ingin tahu dimana alamat pejabat ini.

  2. salam

    saya berhasrat untuk menunaikan haji bg pihak arwah ayah saya melalui hj badal. saya kini tinggal di kuala selangor. adakah mudah atau agak sukar untuk saya berurusan jika saya memilih pakej disini.

    • Assalamualaikum,
      Saya ingin memohon badal haji untuk arwah ayah saya. Saya ingin mendapatkan borang tersebut melalui email. Boleh ustadz…?

  3. salam ustaz,

    saya dan keluarga suami berhasrat untuk membuat upah haji untuk arwah bapa mertua sy yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan Julai yg lepas.
    Di sini saya ingin mengetahui adakah pendaftaran bagi tahun ini sudah dibuka atau telah ditutup.

  4. assalamulalaikum…

    ustaz, minta tlg pihak ustaz emailkan borang permohonan utk badal haji kpd saya.
    saya dahului dgn ucapan terima kasih.

  5. akum ustaz,
    sy ingin mengupah haji bagi pihak arwah suami sy pd thn ini.Dia baru meninggal pd 11 ogos 2009.adakah sy perllu melangsaikan hutanngnya terlebih dahulu sblm upah haji?.

  6. Assalammualaikum Ustaz,

    Saya ingin mengupah haji bagi pihak arwah bapa sy. Dia baru meninggal dunia pada 28 November 2009.

    Bolehkah saya yang belum pernah menunaikan Haji untuk mengupah Haji bagi pihak bapa saya?

    Urusan hutang piutang bapa sedang dalam proses kerana saya masih menanti jawapan dari sahabat2nya sekiranya dia ada berhutang tetapi sehingga kini tiada antara sahabat2nya yang datang meminta kami menjelaskan sebarang hutang walaupun kami telah menyampaikan berita tentang beliau yang telah meninggal dunia.

    Adakah bapa saya layak mendapat perkhidmatan UPAH Haji tersebut?

    Wassalam
    Sha

  7. bolehkah saya mengupah haji badal untuk mak saya yang sakit? Dia tak mampu berjalan dan menggunakan kerusi roda.

  8. assalamualaikum ustaz,

    mohon pihak ustaz emailkn borang permohonan mendaftar upah haji kepada saya.sekian, terima kasih.

  9. salam..ustaz, untuk tahun 2011, upah haji berapa?saya ingin buat upah haji untuk arwah abah saya. kiranya pihak ustaz ada buat upah haji, saya ingin tahu bulan berapa dan upahnya.sekian,terima kasih.

  10. AS SALAM USTAZ,

    berapakah jumlah pembayaran upah Haji & Umrah, sekiranya saya ingin membuatnya utk 2org pada tahun ini?
    Terima kasih Ustaz.

  11. salam ustaz,

    Berapa kos upah haji Badal utk tahun 2012? utk arwah ayah saya.

    terima kasih

  12. assalammualaikum, jika saya telah menunaikan ibadah haji dan ingin menunaikan ibadah haji badal untuk simati, selain niat ihram haji/umrah badal….. perlukah niat di badal semasa tawaf, saie dan sebagainya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: