Boleh buat pinjaman peribadi tunai haji

PUTRAJAYA 4 Ogos – Umat Islam di negara ini boleh membuat pinjaman peribadi bagi menunaikan haji dengan syarat mereka mempunyai kemampuan membayar balik pinjaman tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, kaedah pinjaman masih boleh diterima walaupun syarat menunaikan haji memerlukan seseorang itu berkemampuan dari segi kewangan.

”Syarat mengerjakan haji adalah diukur dari segi kemampuan fizikal dan kewangan. Jika mereka mampu dan yakin dapat membayar balik kerana memikirkan soal kesihatan dan faktor umur sekiranya ditangguh, ia tidak menjadi satu kesalahan untuk membuat pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Intensif Bimbingan Haji anjuran Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (Jawhar) di sini hari ini.

Seramai 310 bakal haji terdiri daripada penjawat awam dan keluarga masing-masing menghadiri siri pertama kursus dua hari yang bermula hari ini, manakala 320 peserta lagi akan mengikuti siri kedua pada 11 dan 12 Ogos ini.

Bagaimanapun, Mashitah berkata, Tabung Haji tidak memberi kemudahan pinjaman haji secara khusus kerana ia bertentangan dengan konsep menabung yang diamalkan oleh organisasi itu.

”Lagipun Islam menggalakkan supaya menabung bagi tujuan menunaikan haji iaitu dilakukan seawal usia dan apabila wang simpanan mencukupi barulah ia dikira sebagai mampu,” katanya.

Dalam pada itu, Mashitah menasihati bakal-bakal haji agar tidak berbelanja secara boros sewaktu menunaikan haji walaupun Islam membenarkan untuk menjalankan perniagaan dan berbelanja di sana.

”Haji ini merupakan satu perniagaan yang tidak merugikan kerana ia bukan sahaja sebagai satu ibadah tetapi mempunyai nilai-nilai ekonomi.

”Cuma kita tidak mahu ia lari daripada matlamat sebenar apabila pergi ke Mekah, iaitu tidak pergi ke masjid semata-mata ingin membeli-belah. Berbelanja tidak salah tetapi jangan secara berboros,” jelasnya.

6 Respons

  1. assalammualaikum ustaz.

    bolehkah saya membuat pinjaman peribadi untuk menghantar kedua ibu bapa saya menunaikan haji memandangkan saya tidak mampu untuk menabung untuk mereka dan kedua ibu bapa saya kini dah berumur.

    wassalam.

    • Assalamualaikum ustaz
      bolehkah sya membuat pinjaman peribadi untuk menunaikan ibadat haji walaupun sya tiada simpanan & sya berstatus ibu tunggal kepada 3 org anak.& bekerja di syarikat swasta.
      wasalam..

  2. assalamulaikum.
    tabung haji ada tak menyediakan perkhidmatan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang dapat memasuki IPTA/IPTS. kalau ada apakah syarat-syaratnya?
    terima kasih.

  3. Assalamualaikum… wb

    ustaz

    saya berbesar hati ingin mengerjakan ibadah umrah,namun demikian,sumber keuwangan saya masi tidak mencukupi,dan saya bercadang untuk membuat pijaman ke koprasi permodalan di mana tempat saya bekerja.. so soalannya saya di sini. adakah ibadat umrah saya itu sah jika saya mengunakan wang dari hasil pijaman tersebut.?

  4. Assalamualaikum…
    Saya nak tnya boleh ke saya buat pinjaman peribadi untuk menghantar kedua ibu bapa menunaikan haji kerana ingin menolong mereka duit simpan mereka belum cukup memandangkan usia kedua ibu bapa dh berumur..

    • Wsm ww

      Takda masalah buat pinjaman peribadi.

      Terima kasih.

      IKLAN / PENGUMUMAN :
      Pendaftaran pakej-pakej Umrah, Umrah Khas, Umrah+Tour upah Badal Haji, Korban/Aqiqah di Tanah Suci dibuka sepanjang tahun. Sila mendaftar dengan menghubungi Pejabat Urusan 06-764 0010 / 06-764 4494 (pej), 016-696 7770 (Haji Azhar, staff) atau terus hubungi Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah 019-678 0000.

      Untuk memudahkan tuan puan, semua urusan boleh juga dilakukan melalui jarak jauh.

      “Harapan Anda Matlamat Kami”

      HAJIUMRAH.COM

Tinggalkan komen